Saturday, April 16, 2011

AWAY for awhile .


AWAY , EXAMINATION .
till 30-APRIL-2011
WISH ME LUCK ! :)

Friday, April 1, 2011

April Fool , Memang Suka Kau Je Nak Tipu Orang Kan ?


Haha, April Fool's Day everyone ! Ya , memang hari ini hari yang paling bermakna bagi orang-orang yang agak suka menipu orang lain kerana boleh berikan alasan yang kukuh apabila 'kantoi' . Betul kan? Untunglahhhh. haha

Dulu , semasa masih lagi dalam era persekolahan , aku dah prepare awal untuk menyambut hari ini, listkan nama orang yang akan terkena , listkan helah apa yang bakal digunakan . Haish , memori semua tu . Rindu lah pulak :P Semakin hari semakin dewasa , aku tidak lagi menganggap semua itu masih lagi relevan untuk dipraktikkan .

Semua orang tahu apa yang sebenarnya berlaku disebalik tarikh 4 April ini . Kalau ada yang tak tahu pun , boleh search dekat google . Punya ramai dah orang post cerita tu . So kepada umat Islam , boleh nilaikan sendiri lah :)

Ini aku nak cerita mengikut sudut kemanusiaan . Aku nak tanya , layak ke korang untuk menipu orang lain ? Aku tak rasa macam tu kan ? Kalau budak-budak punya tipu boleh lahh, contohnya ;

"weh, belakang kau ada hantu ! "
"weh, buku kau hilang ! "
"weh, pensel kau hilang ! "

Setakat tipu macam tu tak payah nak cerita . Nampak sangat menipunyaa . haha :) Ni kalau kita menipu sehingga boleh menyinggung perasaan orang lain . Boleh menjunamkan semangat orang lain malah ada yang boleh mendatangkan kemarahan . Nampak tak permainan dia ? Aku taknak lah cerita banyak-banyak , cuba lah korang sendiri bayangkan kalau perkara itu terjadi kepada diri sendiri . Nak ke rasa ?

Konklusi . Tak perlu lah kita nak bangga-bangga dengan 4April ni sampai nak buat sambutan segala . Cukuplah . Apa faedahnya pun ? :)