Jangan bilang kau rindu,
Kalau aku tak pernah kau fikir.
Jangan kau ucapkan sayang,
Kalau kau tak pernah rasakan sayang tu.
Jangan ungkapkan kata cinta,
Kalau kau sekadar mahu ungkapkan.
Jangan bincangkan masa depan,
Kalau kau rasa aku bukan masa depan kau.
Jangan bicarakan soal hati,
Sebab soal itu, bukan untuk bermain.
Jangan kau keluarkan kata-kata itu,
Jika kau masih belum tahu, apa erti setiap kata.
Sebab kau tak tahu,
Betapa seseorang itu pegang dengan setiap kata.
Sayang.
Ariff, 13/08/14