Saturday, February 12, 2011

Couple? Belum Kahwin Lagi Tu. Agak Sikit.


Sebelum itu, aku ingin menasihatkan kepada sesiapa yang terlalu fanatik bercouple sampai tak ingat dunia, jangan baca. :) Assalamualaikum. Kali ini pendek sebab aku tak mahu tulis panjang berjela. buat panas hati. sakit hati, segalanya lah nak dijadikan cerita. haha

"hey, my boyfriend tak bagi you contact dengan i dah"
"Jangan tegur i lagi, nanti boyfriend i marah"
"I taknak gaduh dengan boyfriend i lah"
"Kau jangan nak kacau awek aku"


Banyak lagi quote yang aku terima tapi malas nak tulis satu-satu. Nak cerita panjang pun tak guna. Sini aku nak story, Pergi cari maksud in relationship tu apa dulu. Belum kahwin buat cara belum kahwin lah lelaki. Agak-agaklah nak control, saving pun tak cukup nak buat hantaran, tutup mulut sudah lah.

And to 3 person unstated here, yeahh. dulu you all cerita macam-macam dekat aku, gaduh sana-sini, sedih sana-sini, cukuplah, aku tak contact you all dah kann. So tak payah la gaduh lagi. Seorang dah putus, sama je kawan or tak kawan kan? 2 lagi? Aku doakan you all bahagia dengan 'soulmate' tu :) Syurga terletak bawah kaki boyfriend kan? HAHA

Aku tanya "kalau boyfriend korang tak bagi kawan dengan aku dah, apa nak buat?"

Ans 1 : Eh, mana boleh hilang kawan macam kau, comel kot. haha
Ans 2 : Nonsense lah semua tau, belum kahwin lagi kot? -__-
Ans 3 : He can't stop me to contact others, as long as i'm loyal.


Tengok binatang atas tu, couple rilek je. HAHA

Sunday, February 6, 2011

Fake, Tipu, Liar, Manusia Semua Tu.


Haha, tergelak aku dengan tajuk ni. Okay aku reka, aku gelak. cantik lah. Fake, ikut wikipedia pergi cari sendiri, ikut aku, tipu. mudah kan? 4 huruf yang kalau kita buat, memang boleh jahanamkan diri sendiri. :) Pernah dengar tak hukum karma? Alaa, yang kalau kita buat kita akan kena balik. Aku tak percaya. Nasib lah. takdir semua tu kan. Tapi ada pepatah 'kalau buat jahat dibalas jahat' kan? bukan sama ke? biarkan. HAHA.

Okay, cerita bermula sebegini, seorang wanita, eh bukan, budak mentah yang sudah mula berjinak dengan gejala negatif ini. Apa lagi, memalsukan profil diri dan menipu orang sekeliling. Aku seorang yang friendly, jadi seperti biasa, aku akan memperkenalkan diriku terlebih dahulu. Setelah selesai, giliran dia. Nama diberi, Hana (bukan nama sebenar). berumur 18 tahun. belum melanjutkan pelajaran dan sedang berkerja. Kami berbual seperti biasa tanpa notice apa-apa yang pelik berlaku.

Tapi, nama pun tipu. Tipu salah orang. aku tahu segalanya sebelum dia confess sendiri. Bukan susah nak tahu dia menipu, senang sangat. Budak-budak menipu kan? apa lah sangat. haha. Akhirnya dia mengaku, baru 15 tahun. Oh, seronok menipu kan? Setelah beberapa lama kemudian, dia pula yang ditipu. OH, pandai pulak marah? mengamuk? sedih? well, you deserve it. Nasib kau lah kan.

Nasihat abang Ariff ni, aku tak kisah nak berkawan dengan sesiapa, cantik atau buruk, tinggi atau rendah, kaya atau miskin. Jujur, tahu apa tu? that is the most important okay. So please, don't do that anymore to other please. Oh, cuma aku tak berkawan dengan penipu :)

aku tahu kau akan baca, sebab blog aku ada dalam list kau dan kau terasa dengan tajuk ini. aku tahu tu semua :)

Wednesday, February 2, 2011

Rentetan 1 Februari 2011

Pagi :
Selsema dan batuk tak henti,
Tak breakfast

Tengah hari :
Blackberry jatuh, selamat elok
Second phone, keypad hilang -,-
Card student lupa nak bawa
Jari sakit

Malam :
Tak makan nasi
Sakit perut, selsema batuk
Keluar gatal satu badan.


APA SEMUA INI?
=_______________________='

Jangan Nak Minta Tolong Dah. Penat.

assalamualaikum,

Seperti biasa, sebelum apa-apa, diharap sesiapa yang tak suka ataupun terasa, cari butang 'Close' tekan :) oh, dan diam. :)

Okay, nak tanya, pernah tak berada dalam situasi ini,

Situasi 1 : Okay, ada sesiapa yang nak tolong saya?
Situasi 2 : Weh, tolong printkan ni.
Situasi 3 : Bro, buat report ni sampai siap.

Mesti pernah kan? mesti punya. Lain lah kalau tak sekolah. Dah terang terang minta tolong bukan? Sini aku jelaskan situasi per situasi.

Situasi 1 :
Lecturer minta tolong hantarkan semua kerja yang diberi, aku angkat tangan oleh sebab tiada siapa yang yang tolong kan. bukan nak kata baik, tapi lebih kepada terlebih rajin. haha. Pada masa yang sama, aku telah bercadang untuk minum bersama rakan sehabis kelas. Boleh pula, seorang yang tidak sengaja siapkan kerja dengan gaya yang teramat lambat. So, kena tunggu dia. Okay semua marah sebab aku tak join minum petang. Perkara kecil boleh jadi besar bila ada api, so faham sahaja :)

Situasi 2/3 :
Yes, ini aku suka, selesai lecturer beri tugasan, masing-masing mula ambil tugas masing-masing. Beria-ia sampai aku dapat yang memang orang lain tak mahu pilih. Okay, tak kisah, janji siap dapat markah. Eh? last-last semua aku buat? ya semua aku buat. dari muka depan sampailah ke muka belakang. Lepas dah siap, jangan nak kata kari kepala ikan, air sirap pun tak. eh bukan. Terima kasih pun tak. Siap sound lagi sebab ada salah. Agak mulut tu muat kasut saiz10 aku ni? Bukan nak harapkan apa-apa, tapi boleh bayangkan kalau kita buat kerja tapi tak berapa nak dihargai kan?

Okay, natijah nya, aku nak perkataan 'Terima Kasih' sahaja. tak salah rasanya :) Oh, kalau ada yang aku minta tolong, tapi tak cakap perkataan itu, #tolongingatkanaku :)

Tuesday, February 1, 2011

EGYPT!


Can't really say anything about this.

Rasulullah s.a.w bersabda: "Sesiapa yang berdoa bagi saudara Islamnya dengan tidak setahu saudaranya yang tersebut, berkatalah Malaikat yang ditugaskan untuk itu: "Aamin, dan engkau pula akan beroleh seperti itu juga."
- Abu ad-Darda' r.a

Yes, i'll pray for them, i'll.
Insyaallah they will be safe. Amin