Showing posts with label miscellaneous. Show all posts
Showing posts with label miscellaneous. Show all posts

Tuesday, July 14, 2015

Graduation Day ! V0.1



Mana aku? Hahahaha

Mula kenal semasa awal pengajian di Cardiff University.
September 2013.

Dan sekarang, masing masing dah habis.
Cuma aku yang masih perlu teruskan perjuangan.
Setahun lagi.

Tapi macam mana hidup aku dekat sana?
Susah bila kita dah selesa, tiba-tiba kena adapt balik dengan sekeliling.
Kesian aku kena tinggal. Hahaha

Congratulations bros bros. I love you guys.
muah ciked.

Thursday, September 4, 2014

As simple as that ;

If you are someone's priority, 
you will know because they will show you.

If you are not someone's priority, 
you will know because they will show you.

As simple as that ; so please. 
Don't make someone a priority , when you're just an option.

Monday, May 13, 2013

Status = TM (COMPLETE)


That is my last result for Diploma in Civil Engineering . I don't care much about Dean List as long as the status has been completely changed to COMPLETE. So, now, I'm officially a diploma holder !

But this is just a beginning.

Sunday, April 14, 2013

#RandomPost Kehidupan

Pulau Pinang ,

Banyak ajar aku erti hidup sendiri , hidup bermasyarakat . Dekat sini , kawan-kawan aku adalah keluarga aku . Jadi salah pilih kawan , jahanam hidup . Sini aku sedar , baik mana pun kau, tetap ada yang tak suka . Itu manusia , dengki . Aku juga belajar berdikari .Basuh baju sendiri , cari makan sendiri , duit pun cukup-cukup sebulan .

Aku makin berani berhadapan dengan orang , bercakap dengan orang tak dikenali , dan macam-macam lagi . Itu yang tak ada sewaktu sekolah , atau pun aku tak dapat peluang tu waktu sekolah . Cara hidup masyarakat orang sini , walaupun tak jauh beza dengan Shah Alam, tetap ada perbezaan . Aku belajar untuk adapt . Sampai aku sendiri boleh cakap utara dengan baik .

Pengalaman baik, buruk. Semua aku lalui.

Cinta. Aku juga belajar untuk mencari kehidupan . Ada orang kata terlalu awal. bagi aku tidak, sebab dia datang dengan sendiri. Aku tak mencari semata-mata , aku nak jaga kalau boleh sampai akhir nafas aku . Adibah Shazwani Binti Azmi. aku sayang kau lebih dari diri aku sendiri .

3 tahun aku susah senang dekat Pulau Pinang , negeri orang ni , banyak tempat aku teroka . lebih dari tempat tinggal aku sendiri. Ramai orang aku jumpa . Jadi macam mana aku nak tinggalkan Pulau Pinang ni macam tu  sahaja ? Aku sedih sebab terpaksa tinggalkan kawan-kawan yang bersama aku sepanjang aku dekat sini . Bila boleh jumpa ? aku tak tahu. mungkin waktu Degree ? itupun kalau aku sambung dekat sini. Kalau aku ditakdirkan terbang ?

Terima kasih kawan sekelas, teman serumah, Akid, Adib, Ajid, Enot, Apek, Syed, Anep, Shuk, Aim, Aziz, Kepet, Amy, Acap, Jan, Shah, Rafiq, Anis, Bob, Zabid, Pokleh, Ayep, teman bowling , teman hidup aku yang aku sayang sebab banyak ajar aku erti hidup dekat sini,

Selamat Tinggal, Pulau Pinang . See you when I see You. :) 

Wednesday, November 14, 2012

Minta Maaf

Orang kata cinta itu buta , cinta itu sakit , cinta itu indah . Tapi apakah kau tahu apa sebenarnya erti cinta ? Tak semua orang boleh rasa .

Aku minta maaf . Mungkin aku belum cukup sempurna , belum cukup matang buat kau . Aku panas baran , aku juga tak romantik , aku tak reti memujuk , aku sangat kerdil kalau dibandingkan dengan lelaki lain . Mungkin aku belum bersedia ? Mungkin . Tapi aku berpegang dengan kata " kalau nak tunggu kita bersedia , memang tak tahu bila . Lebih baik ikut aturan kehidupan , semua ini takdir " .

Jangan kau tanya kenapa aku pilih kau , aku takkan dapat jawab tu . Aku minta maaf sebab selalu marah kau , sakitkan hati kau , buat kau menangis , buat kau kecewa , tak pedulikan kau . Tapi ? kau istimewa . Hanya kau tempat aku nak bermanja , hanya kau tempat aku luahkan perasaan . 

Aku Minta Maaf .

*There's no logic in LOVE

Wednesday, April 25, 2012

Lelaki ? seperti perempuan juga. :)

Assalamualaikum,
Aku tak tahu kenapa aku post benda seumpama ini , mungkin seseorang telah memberi idea secara tidak langsung . Blog ini sangat jarang diisi dengan perkara seperti ini . haha . Bagi perempuan , lelaki sangat jarang memahami dirinya kerana lelaki anggap perempuan adalah satu ciptaan yang sangat rumit dan kompleks dari segi hati dan perasaan . Tapi , perempuan juga anggap lelaki ini mudah , jadi dia tak nampak apa yang sebenarnya . *drumroll* 20 yang terbaik ! *nada hagemaru*
  1. Si dia bersungguh2 melakukan sesuatu utk kekasihnya dgn rela dan bukan kerana terpaksa.
  2. Si dia sentiasa ingin menghiburkan kekasihnya dan sanggup berubah demi menyenangi hati pasangannya.
  3. Si dia byk menasihati kekasihnya kerana si dia amat menyayangi kekasihnya.
  4. Si dia sentiasa takut kehilangan kekasihnya.
  5. Si dia sentiasa mengawasi pergerakan kekasihnya kerana si dia sentiasa berasa curiga jika kekasihnya dikacau lelaki lain.
  6. Si dia tidak suka ada lelaki lain rapat dgn kekasihnya.
  7. Si dia mudah merasa cemburu dan sensitif apabila kekasihnya tidak menumpukan sepenuh perhatian kepadanya.
  8. Adakalanya si dia seperti seorang anak kecil yang meminta perhatian kerana si dia mahu kekasihnya melayannya lebih dari org lain.
  9. Si dia menjadi org yg paling rajin dan sanggup membantu kekasihnya melakukan apa saja.
  10. Si dia pandai merajuk hati kerana ingin dipujuk dan dimanjai oleh kekasihnya.
  11. Si dia akan menggelabah apabila kekasihnya berjauhan daripadanya terlalu lama.
  12. Si dia sentiasa memastikan keselamatan kekasihnya.
  13. Si dia mementingkan kekasihnya daripada dirinya sendiri.
  14. Si dia kerap bertanya adakah kekasihnya mencintainya kerana si dia tidak mahu kasih sayang antara mereka menjadi luntur.
  15. Si dia tidak akan melayan perempuan lain yg tidak ada urusan penting dengannya.
  16. Si dia cuba meluangkan lebih byk masa dgn kekasihnya walaupun terpaksa mengorbankan masa dirinya sendiri.
  17. Si dia membanggakan kekasihnya di depan org lain.
  18. Apabila timbul org ketiga,si dia akan hilang akal dan sanggup berbuat apa saja untuk merebut kembali kekasihnya.
  19. Si dia menganggap kekasihnya sebagai org yg paling dipercayainya dan sanggup menyerahkan harta walaupun nyawanya sendiri.
  20. Si dia sanggup menitiskn air mata demi kekasihnya.. Bukan semua lelaki sanggup menitiskan air mata hanya untuk seorang perempuan.
Nampak permainan dia ? haha . The answer is yes , most of lelaki mesti macam ni . Kajian dah dibuat sendiri oleh aku , dari pemerhatian dari lelaki yang aku kenal . haha . Kami lelaki mungkin ada cacat dan cela , tetapi kami akan berusaha untuk jadi yang terbaik untuk kau , Perempuan . dah memang lumrah kan lelaki untuk perempuan dan perempuan untuk lelaki ? 

Monday, February 13, 2012

Vanilla Twilight - Owl City .

The stars lean down to kiss you
And I lie awake and miss you
Pour me a heavy dose of atmosphere

'Cause I'll doze off safe and soundly
But I'll miss your arms around me
I'd send a postcard to you, dear
'Cause I wish you were here

I'll watch the night turn light-blue
But it's not the same without you
Because it takes two to whisper quietly

The silence isn't so bad
'Til I look at my hands and feel sad
'Cause the spaces between my fingers
Are right where yours fit perfectly

I'll find repose in new ways
Though I haven't slept in two days
'Cause cold nostalgia
Chills me to the bone

But drenched in vanilla twilight
I'll sit on the front porch all night
Waist-deep in thought because
When I think of you I don't feel so alone

I don't feel so alone, I don't feel so alone

As many times as I blink
I'll think of you tonight
I'll think of you tonight

When violet eyes get brighter
And heavy wings grow lighter
I'll taste the sky and feel alive again

And I'll forget the world that I knew
But I swear I won't forget you
Oh, if my voice could reach
Back through the past
I'd whisper in your ear
Oh darling, I wish you were here

hm.

Friday, February 3, 2012

Tutorial : Membawa Kereta

Assalamualaikum,

Ye murid-murid , hari ini abang nak ajar kamu semua bagaimana nak membawa kereta dengan betul . Maksud abang , bukan nak jaar , macam mana nak start engine , nak pegang stereng , nak tekan minyak , mahupun nak langgar kereta orang lain . Abang nak ajar cara pemanduan yang berhemah . Mungkin tak berapa berhemah , tapi kalau guna nasihat ini , Insyaallah , Kemalangan sifar dapat dicapai . 1Malaysia.

1. Penggunaan Signal
Tahu lampu oren yang selalu menyala liplap ? itu namanya signal . Jika kita nak masuk kemana sahaja simpang , ataupun nak tukar lane, SILA BERI SIGNAL TERLEBIH DAHULU . walaupun kecil dengan lampu hanya bernilai RM5 . dia boleh alertkan kepada semua orang sekeliling . Jangan pandang remeh.

2. Cermin Sisi dan Belakang
Cermin ini bukan hiasan , tapi ada kegunaan . dah bagi signal pun , tengok cermin baru belok . Tengok dulu , jalan kiri kanan clear ke tak . Ini main libas je . Kalau orang dah hentam , jangan ditanya kenapa.

3. Lampu Brek
Nak kata kereta mahal , mahal dah . nak kata takde duit , hari-hari sumbat petrol . Takkan la lampu brek yang terbakar tu takboleh nak beli ? lepas tu bising kalau orang dah sondol belakang ?

4. Had Laju (Jalan Kampung)
Ini aku tak kisah sangat kalau setakat lebih sikit . Ini jalan kampung kau buat macam highway . Memang kau pandai control kereta . Tapi kalau dah laju macam tu , tak ke bahaya ? Kalau kau mati sorang takpe , ini menyusahkan orang lain.

5. Had Laju (Highway)
Kalau highway, aku pun dah berapa kali cecah 180+ . Meter je tak putus-putus . tapi kena pandai lahh . Dulu , lane kiri untuk kelajuan biasa , lane tengah untuk kelajuan laju , lane kanan untuk memotong . Sekarang dah bukan macam tu , biasalaa orang Malaysia , suka buat peraturan sendiri . Lane kiri untuk orang yang slow , lane tengah average , lane kanan LAJU . yang laju tu bukan nya 110km/h ya . 140 -150 baru kau layak . kalau tak , duduk tengah .

6. High Beam
High beam adalah untuk menyuluh jalan yang begitu gelap DENGAN syarat tiada kereta lain dihadapan anda . Yang kau bantai suluh time ada kereta tu kenapa ? faham maksud silau tak ? Kang aku brek , dapat bumper baru . sia-sia . haha

7. Potong Memotong
Ini memang aku suka . haha . Cara memotong kereta lain dengan betul , beri signal kanan , tengok jalan clear , potong dengan cool . Kereta yang dipotong tu yang lah makin laju , bagi je kita dipotong , lepas tu potong lah balik . Haha . jangan laa dok himpit kereta orang . kurang ajar sangat tu .


Dah murid-murid , abang bagi tujuh je . cukup la kot ? Ingat . hati-hati di jalan raya . Jangan jadi samseng , berlagak . selisih dengan abang , hon je . HAHA . okbai .

Thursday, February 2, 2012

Friends, Ourself .

 
" Easy come , easy go "

Kawan , senang datang dan senang pergi . Ya , aku dah lalui semua itu . Itu lumrah hidup . Yang datang pasti akan pergi . Tetapi aku nak cerita dimasa pertengahan iaitu , semasa persahabatan itu sedang terjalin , apa yang kita buat ? Jangan kita salahkan orang lain kerana tidak mempertahankan status kawan itu sendiri .


Sunday, January 29, 2012

The Making of Vclip Sahabat - Najwa Latif

Assalamualaikum . sorry kepada semua sebab dah lama, sangat lama tak update blog ini . diri sangat busy dengan Lab report yang extremely susah dan banyak . rasa menyesal sekejap buat Civil Eng. -__-

Okay , berbalik kepada tajuk asal . Pembikinan Video Muzik Najwa Latif yang terbaru , Sahabat. Tarikh dari gambar yang diambil , 25-12-2011 . Dengan kerjasama TheMALAYA Production , NAR records , CST Production , artis yang terlibat , House Of Five , The Alif , Sleeq , Sham Kamarul dan Najwa Latif , jadi la Muzik Video yang awesome ni . Haha

Rasanya tak perlu nak tulis panjang-panjang , tengok gambar jelah eh ?

Sham Kamarul
Sleeq
The Alif
Najwa Latif

Okay dah nampak kan ? Cukup lah tu . Ini nak cerita sikit , Nampak Syam Kamarul ? search lah dia dekat youtube . Artis youtube jugak . suara pun boleh tahan sedap . tak rugi tengok . :) Actually , ada video in the making. Tapi tak boleh upload dulu untuk bagi laluan untuk AJL26 Malam ni . Tengok and support artis kegemaran anda semua  :)

Okbai.

 Feel free to visit my FLICKR. Comments and Critics are very appreciated :)

Tuesday, November 15, 2011

Greyson Chance VS Justin Bieber

Hari ini , satu fenomena baru telah muncul , tiba-tiba nama seorang budak daripada Amerika Syarikat telah melonjak naik , Greyson Chance . siapa dia ? Youtube , youtube , and youtube . Yeah , AIM lepas Greyson Chance ada berduet dengan seorang lagi Youtubers , Najwa Latif dalam lagu Paparazzi . Macam pernah dengat , betul sangkaan aku setahun dulu , budak ini akan popular . Seorang budak yang berumur 14tahun sudah mula mencipta nama di seluruh dunia . amazing huh ?

Tapi ingat tak dulu ? seorang budak yang juga seorang artis Youtube , Justin Bieber ? yang dahulunya video muzik 'Baby' yang mendapat rangking Most Viewed and Discussed Youtube Video ? Sekarang dia sudahpun berumur 17 tahun . Aku rasa entah berapa juta peminat dia kan ? kan ?




See ? sekarang ramai yang mula tunjukkan ke-fanatik-kannya terhadap Greyson dan mula menolak Bieber . kenapa ? Mentaliti orang Malaysia dah macam tu . Nak buat macam mana . kononnya , Greyson punya suara lagi sedap , lagi berbakat , dan macam-macam . Dan paling teruk , yang cakap ni adalah , BELIEBERS . Dulu punyalah download semua lagu , tampal poster , pergi konsert , sanggup beli SUPRA warna purple , kaya lagi ada yang siap beli Beats . lepas tu , kutuk . 

Mann , this is seriously not right ! bagi aku , dua dua ada bakat . kalau tak takkan lah boleh popular kan ? Aku pun suka dengar lagu Waiting Outside The Lines , That Should Be Me pun siap karaoke dalam bilik air . Okay aku faham ada segelintir yang tak suka muzik yang dibawa oleh seseorang . Tapi perlu ke kita mengutuk ? 

Aku dengar , tengok , ramai orang-orang dekat luar sana kutuk artis Malaysia , Najwa Latif sebab dia menyanyi tak sedap , kononnya merosakkan lagu ketika AIM . I were there ! dia menyanyi okay . tak ada cacat cela . Well , mungkin lah tak sesedap Greyson tu , tapi , still not bad for 16 years old kan ? Atleast dia popular . kau hadoo ? -___-

Up to you lah nak pilih siapa , dua dua okay . tapi jangan lah sampai nak kutuk orang lain , cuba buang mentaliti tu . macam mana nak berjaya kalau dah asyik condemn orang je ? 

By the wayyy , ini ada seorang peminat Greyson Chance , haha i like this little girl lah :) 

kita berkenalan hanya dalam muka bukuu , kau hantar pesan dan suruh aku terima kamu ohh ohh baby ohhh uoowhh uoowhhh waiting outside the liness ! hambek medley haha

Monday, November 14, 2011

Anugerah Industri Muzik ke-18

Fuh , penat sebenarnya malam ini setelah menidurkan diri selama sehari suntuk . Hanya bangun untuk makan haha . Cerita pun taknak banyak . cukup dengan sedikit gambar dan cerita disebaliknya .


Ha , nampak tiket itu ? takde yang special . hanya tak dijual sahaja . Yeah , special thanks to Najwa Latif kerana memberi tiket ini kepada saya . Pergi pun sebab adik punya pasal . ikutkan jela . boleh juga tengok live ni . Pada mula orang agak tiada . mungkin aku terlalu awal haha . bila pintu dah dibuka . ini jadinya .

 Suasana sekitar Stadium Putra Bukit Jalil

Ini dia punya ramai , selamat aku tinggi -____-

Dapat pula tempat duduk yang agak strategik . Tengah tengah . okay lahh . not bad stage dia . tapi maybe aku yang tak berapa suka warna biru , sebab warnanya agak kegelapan . haha .


Minta maaf gambar yang kurang kualitinya . DSLR telah digunakan oleh adik . so blackberryku ini lah yang menjadi peneman . Nak cerita banyak , orang malas baca . Jom saksikan persembahan Greyson Chance dan Najwa Latif ni . Sorry lagi sebab kualiti tak berapa baik . indoor shoot memang macam ni -__- tambah lagi dgn tak bawa tripod kan . aduh .


Friday, November 11, 2011

11 . 11 . 11

OKAY SEBENARNYA KENAPA DENGAN TARIKH ITU ??!

Huh , lupa nak bagi salam . Assalamualaikum . Dekat Facebook , Twitter , BBM , dan semua tempat yang boleh update status , majoriti bercerita tentang tarikh yang kononnya keramat ini . Pelbagai andaian yang dibuat untuk cuba menyesatkan orang. Dah la kita senang terpengaruh . Banyak juga yang aku dapat daripada orang-orang sebegini .

Yang Paling dan terpaling Popular . Muak aku baca -____-
Dalam kitab satanic the holy is satan. Yg Mr St Wingston Father Satan bagi tahu yang 11.11.11 hari kebangkitan anak setan dan dajjal yang akan memerintah dunia. Dan org akan memuja2 pada hari keramat yg bratus tahun Wiliam satan tunggu-tunggukan. Sebenarnye orang tak akan tahu apakah makna tarik tersebut malah pada hari Jumaat datangnya ...kami untuk menyesat semua agama Islam, Kristian dan Buddha. Dan di mana nanti Yahudi dan kami akan gembira kerana kebodohan manusia yang ada agama tapi tidak guna dengan betul. Sesungguhnya father of god satan akan terus menyesat ank2 adam, St Mary and Crist Jesus. Maka kiamat akan muncul pada hari Jumaat dan tarikh ini bermakna untuk kami. Semperna keturunan kami 6.6.6 9.9.9 dan 11.11.11.
Apa ke bebal , dah 6.6.6 lepas tu 9.9.9 then 11.11.11 ? aku boleh betting bila tarikh 12.12.12 naik , benda alah ni ada balik . Yang kedua , bagi yang berjiwang karat berkarat .
To those that going to purpose someone on 11.11.11 I wish you'll get your happiness with someone that you love but remember you can't love more than 1 person. True love only consists of 2 hearts, beating together as 1 :)
11.11.11, According to the mayans, Tonight is the night of love, god created love on this date 15000000BC ago.. Maybe you will find your true love tonight, change ur DP with the person u want to date+married-couple.. Love of ur life.. ♥
Memanglah tarikh ni lawa comel . tapi cakap jela nak pilih sebab senang ingat . -__- tak adanya miracle kononnya true love , blessed love segala bagai . Lepas tu nak tayang gambar boyf/girlf . Apa semua tu ? aku pelik sungguh . Dan ada jugak orang yang sound post post diatas ini dengan keterlaluan , Kalau marah sekali je sudah laa . ini dok laknat orang sebab percaya , masuk neraka kena bakar , eh kau tu siapa lah ? relax boleh tak . yang nak emo sangat dah kenapa ? Period ? ke breakup time 11.11.11 ? 

Aku tak tahu lah bagi orang lain macam mana , tapi bagi aku , ianya cuma satu tarikh yang akan berlalu seperti tarikh yang lain . 13.12.11 pun lawa , 11.12.13 pun lawa . punya banyak tarikh lawa ni , biasalah tu . tak payah nak semangat sangat . Dan tolong , jangan sebarkan benda yang bukan bukan , aku takut ada orang percaya . Berdosa sebar benda yang takbetul dan memudaratkan ni .

Apa-apa pun , aku nak tidur . sekian . Assalamualaikum :)

Thursday, November 10, 2011

FREE MOVIEEE ! HEWHEW


I don't caree, gue mahu nonton Paranormal Activity 3 jugaaaaaaaaaaa !

Monday, October 24, 2011

#OctTwtFest Happening !

Hello ! Yeah after sehari event baru nak post kan ? padahal dah beratus orang dah post sejak semalam . Sebenarnya malas , tapi , oleh kerana masa yang ada terbuang , buat juga lah . haha .

Okay, OctTwtFest ? Bagi pengguna twitter sepatutnya tahu . October Twitter Festival . Nak describe pun tak tahu . haha . lebih kurang macam pengguna twitter dikumpulkan pada satu tempat dan berkenalan antara satu sama lain . Haha . Event ini diadakan pada 22 Oct 2011 , di Digi HQ, Shah Alam .

Ada pelbagai aktiviki yang ada dekat sini , board games , guitar hero , PES , live show , karaoke , dan jualan di booth yang ada . Paling penting , tercatat dalam book of records , gath paling ramai participation berjumlah 2600++ . Aku check-in foursquare , terus dapat Epic Swarm . Haha . Itu pengguna 4sq sahaja yang tahu .

Ramai artis yang datang , Lisa Surihani , Imran Ajmain , Dr. Fazley , Amir AF , Maulana AF , Fazura , dan ramai lagi . Semuanya diletakkan pada satu taraf yang sama , tiada VIP atau VVIP . so , sesiapa sahaja boleh bertegur sapa . We're all VIP's . Overall , memang happening , semua sporting ! Rugi sikit sebab kena balik awal . Ingat nak stay sampai malam kan , but nak buat macam mana . :) so lets , picture is worth a thousand words :)






























Haha , enough with the pictures :) ini baru petang . belum malam lagi . dengan goyang inulnya . Haha . yeaa insyaAllah . akan join lagi next TwtUp ! :) Ohh ohh , follow this !

Okbai :D



Friday, October 21, 2011

Alahai .

Kalau taknak cakap taknak . Jangan bagi sejuta alasan . Jangan ingat orang lain bodoh . Jangan nak mulakan .
Nak main api dengan aku , boleh . Tapi ingat ,

Don't play games with someone who can play better ,

Wednesday, October 19, 2011

Random Post

Setiap orang mesti ada satu obsession yang kalau boleh, biar benda tu lekat seti pada mereka sepanjang mereka hidup . Aku juga ada , antaranya Bowling.

Aku bermula bermain pada umurku 12 tahun . bermula dari hari itu , minat aku kepada Bowling semakin bertambah . aku masuk kelab Bowling yang ada disekolah . dan bermula dari itu , aku mula bermain bersungguh-sungguh .  Sehingga aku membeli bola sendiri .  Permainan ku semakin baik dan semakin baik . Aku mula berani menyertai kejohanan . Tidaklah sehebat orang lain , tetapi aku puas , melihat semakin hari semakin improved.

Tetapi bermula aku masuk Universiti . Mungkin dengan kerja yang banyak , aku takboleh meluangkan masa untuk bermain . Dan setiap kali aku cuba untuk bermain , jari aku mula sakit . Tak tahu kenapa . Performance aku juga mula menurun . Sehingga semalam . aku cuba untuk bermain , tetapi keadaan jari semakin teruk . Aku cuba repair bola , but yeah . tiga tahun usage . Mesti rosak punyalah .

Sekarang , semangat aku yang dulu dah semakin tiada . sedih itu ada ,  tetapi aku bukanlah seorang yang akan bersedih untuk sesuatu yang remeh . Mungkin aku akan cuba lakukan sesuatu . Bola yang baru mungkin ? teknik yang baru mungkin ? Nanti . Yang pasti aku tidak akan berhenti bermain :)

New Baby Guitar :D


As promised before , ni ada dah video ni :)

Oh , Assalamualaikum ,

 Yeah , sebenarnya guitar ini guitar lama . tetapi telah dihidupkan semula dengan sentuhan baru . Dicatkan dengan warna merah jambu . kenapa ? dont ask me why . I just like it ! :D Dengan sejumlah wang yang bernilai RM45.50 , ini yang terhasil .

Spray Paint - RM6.50
Guitar String - RM24.00
Sticker - RM5.00
Pins , Saddle - RM10.00

Oh oh , String ni tak best sangat , still sakit jari nak tekan, nanti nak try super light punya lah :)




Jangan dipersoalkan kesedapannya, sebab aku tahu memang tak sedap . haha . Saja je nak try this new reborn guitar . Amboi ayat :D record guna D3100 . taktahu kenapa part video dia pergi compress . padahal widescreen . 40 kali convert tak jadi . -,-

Okay , done with this . bye :)

Monday, October 17, 2011

Miam Cafe , Bukit Jelutong

Wah , blogger ada layout baru lah , boleh tahan ;)

Okay , assalamualaikum . Lama tak update . Alasan utama , Malas :) faham-faham jelah . haha . Actually 2 hari lepas ada buat makan-makan bersama keluarga besar . Yeah , family aku dan 2lagi family saudara atas menyambut makcik aku yang baru sahaja mendapat Phd. baru-baru ini .

Aku nak cerita tentang restoran ini , restoran ini terletak di Bukit Jelutong, nak describe dekat mana tak reti , tapi dia berhampiran dengan tutti frutti . Orang bukit jelutong tahu kot . haha . Bukan murah punya restoran nak cakap awal-awal tetapi taklah semahal hotel 5bintang. boleh imagine ? haha

Restoran yang serba putih dan hiasan dalaman yang cantik telah menarik minat aku . tetapi , don't judge the book by its cover :) makanan sampai tidak mengecewakan , boleh katakan sedap , tetapi ada yang lebih sedap yang aku pernah makan sebelum ini lah :)

Boleh lah cuba pergi sana try makan , tak salah rasanya spend banyak sikit untuk makan kan ? :)


Saturday, October 15, 2011

Bersih Habuk

BERSIH HABUK.
kbye :P