Wednesday, July 23, 2014

Sempurna.

Nak yang cantik ?
rupa takkan kekal, bro.

Nak yang tinggi ?
tua nanti bongkok juga, bro.

Nak yang kaya ?
rezeki bila-bila masa tuhan boleh tarik, bro.

Nak yang highly educated ?
manusia paling kuat boleh belajar 1% je dari ilmu dekat dunia ni, bro.

Buat apa semua tu ?
Kau pilih dia bersebab.
Sekarang dia lepas requirement kau,
nanti ?

Tak salah nak yang terbaik,
Nak hidup sampai mati, bukan boleh main pilih.

Tapi ingat, kalau kau nak cari yang sempurna,
Kau takkan jumpa.

Sebab apa ?
Tak ada manusia sempurna, bro.

Thursday, March 6, 2014

Luar. Dalam.

Kau boleh update status "saya gembira" dekat Facebook.
Kau boleh tweet "aku manusia paling happy" dekat Twitter.
Kau boleh reply "Hahahahaha" dekat Whatsapp.
Kau boleh senyum, gelak tawa depan orang.

Tapi hakikat?

Siapa yang tahu apa sebenarnya dalam hati?
Tiada.
Hanya kau dengan Tuhan.

Thursday, January 30, 2014

Hidup Engkau. Hidup Aku.


Allah bagi kita nyawa, Allah bagi kita jasad.
Allah bagi kita perasaan.
Bukan untuk suka-suka, semua ada sebab.

Allah cipta manusia berpasangan.
Ada lelaki, ada perempuan.
Dan lumrahnya,
Kita akan suka antara satu sama lain.

Semua ni Allah yang bagi,
Bukan dia, dia, dia, dan dia.
Dia pinjamkan satu hati,
Kepada setiap manusia.

Dia suruh kita jaga,
Hati sendiri, hati orang.

Bukan hancurkan hati sendiri,
Bukan remukkan hati orang lain.

Monday, September 23, 2013

Croeso i Caerdydd | Welcome To Cardiff


Muhammad Ariff Bin Mohd Mokhtar
Master Of Engineering Program (M.eng) Civil Engineering
Cardiff University, Cardiff, Wales.


Ini gambar aku.
Ini tempat baru aku.
Ini hidup baru aku.
InsyaAllah.
Doakan. Aku berjaya.

Thursday, August 1, 2013

Tadah Tangan.

Senyap,

Saat tengah malam, hati kau jadi hiba.
Tiada siapa tahu kenapa termasuk kau.

Saat pagi hari, kau nak mulakan hidup.
Tapi taktahu macam mana nak mulakan.

Saat tengah hari, jalani hidup macam biasa.
Tengok kanan "Nothing is right".
Tengok kiri "There's nothing left".

Saat petang senja, badan ingin rehat.
Tidur. Kerja lain tangguh esok.

Saat malam mula muncul, otak mula berfikir.
Dah berapa lama aku macam ni ?

Ya Allah, dikala Ramadhan ini,
Aku tidak mengharapkan malam Lailatul Qadr,
Aku mahu Engkau tunjuk aku cara.

Salam Ramadhan.