Showing posts with label random. Show all posts
Showing posts with label random. Show all posts

Sunday, January 4, 2015

Random thought.

Salam,

4th jan 2015. Banyak dalam kepala ni. Ada je benda nak fikir. Baru 4 hari tahun baru. Macam macam benda jadi. Ada benda yang masih tak lengkap. Mungkin kau dah jauh sangat dengan pencipta kau?

1.1
Hati.
Persoalan yang takkan pernah habis. Kenapa macam tu. Kenapa macam ni. Dekat mana salah langkah. Mana terlepas pandang. Orang kata nak tengkk jiwa kau macam mana, tengok perempuan jenis apa kau kejar. Kalau baik, insyaAllah jiwa kau bersih. Kalau jahat, jangan tanya. Tapi kalau sendiri pun tak pernah nak buat apa tuhan suruh, lepas tu pandai pandai lagi buat kerja tuhan. Nasib lah.

1.2
Sama dengan harta kau. Ada pernah kau rasa cukup? Kalau pernah, alhamdulillah. Kalau tak pernah? Cuba cari pakcik jual kerepek atau budak jual kismis dekat luar tu, beli satu tapi bayar untuk 5 barang. Lepas tu kau boleh tanya diri kau, cukup tak?

1.3
Orang kata nak tegur biar beradab. Tapi kita cakap elok elok, tapi kena maki macam mana? Mungkin cara kau tak betul. Mungkin lah. Tapi kalau tegur perempuan suruh pakai tudung, nak efektif macam mana lagi selain suruh dia pakai tudung. Straight to the point. Lepas tu kena bash balik dengan kata tipikal. Walaupun tak pakai tudung tapi kami solat. Gitu.

1.4
Entah. Bye

Thursday, September 4, 2014

As simple as that ;

If you are someone's priority, 
you will know because they will show you.

If you are not someone's priority, 
you will know because they will show you.

As simple as that ; so please. 
Don't make someone a priority , when you're just an option.

Wednesday, July 30, 2014

Hanya engkau.

Allah,

Aku tak pernah minta yang cantik,
Cukup senang mata memandang.

Aku tak pernah minta yang kaya,
Sebab rezeki tu Kau yang punya.

Aku tak pernah minta yang sempurna,
Sebab aku tahu tak ada manusia yang sempurna.

Aku tak pernah tetapkan ciri-ciri terhadap sesiapa.
Sebab aku pun bukan siap siapa.


Aku cuma nak,
Dia terima aku seadanya.
Seperti mana aku terima dia.

Maaf, kalau permintaan aku terlalu berat.


Wednesday, July 23, 2014

Sempurna.

Nak yang cantik ?
rupa takkan kekal, bro.

Nak yang tinggi ?
tua nanti bongkok juga, bro.

Nak yang kaya ?
rezeki bila-bila masa tuhan boleh tarik, bro.

Nak yang highly educated ?
manusia paling kuat boleh belajar 1% je dari ilmu dekat dunia ni, bro.

Buat apa semua tu ?
Kau pilih dia bersebab.
Sekarang dia lepas requirement kau,
nanti ?

Tak salah nak yang terbaik,
Nak hidup sampai mati, bukan boleh main pilih.

Tapi ingat, kalau kau nak cari yang sempurna,
Kau takkan jumpa.

Sebab apa ?
Tak ada manusia sempurna, bro.

Thursday, January 30, 2014

Hidup Engkau. Hidup Aku.


Allah bagi kita nyawa, Allah bagi kita jasad.
Allah bagi kita perasaan.
Bukan untuk suka-suka, semua ada sebab.

Allah cipta manusia berpasangan.
Ada lelaki, ada perempuan.
Dan lumrahnya,
Kita akan suka antara satu sama lain.

Semua ni Allah yang bagi,
Bukan dia, dia, dia, dan dia.
Dia pinjamkan satu hati,
Kepada setiap manusia.

Dia suruh kita jaga,
Hati sendiri, hati orang.

Bukan hancurkan hati sendiri,
Bukan remukkan hati orang lain.

Sunday, April 14, 2013

#RandomPost Kehidupan

Pulau Pinang ,

Banyak ajar aku erti hidup sendiri , hidup bermasyarakat . Dekat sini , kawan-kawan aku adalah keluarga aku . Jadi salah pilih kawan , jahanam hidup . Sini aku sedar , baik mana pun kau, tetap ada yang tak suka . Itu manusia , dengki . Aku juga belajar berdikari .Basuh baju sendiri , cari makan sendiri , duit pun cukup-cukup sebulan .

Aku makin berani berhadapan dengan orang , bercakap dengan orang tak dikenali , dan macam-macam lagi . Itu yang tak ada sewaktu sekolah , atau pun aku tak dapat peluang tu waktu sekolah . Cara hidup masyarakat orang sini , walaupun tak jauh beza dengan Shah Alam, tetap ada perbezaan . Aku belajar untuk adapt . Sampai aku sendiri boleh cakap utara dengan baik .

Pengalaman baik, buruk. Semua aku lalui.

Cinta. Aku juga belajar untuk mencari kehidupan . Ada orang kata terlalu awal. bagi aku tidak, sebab dia datang dengan sendiri. Aku tak mencari semata-mata , aku nak jaga kalau boleh sampai akhir nafas aku . Adibah Shazwani Binti Azmi. aku sayang kau lebih dari diri aku sendiri .

3 tahun aku susah senang dekat Pulau Pinang , negeri orang ni , banyak tempat aku teroka . lebih dari tempat tinggal aku sendiri. Ramai orang aku jumpa . Jadi macam mana aku nak tinggalkan Pulau Pinang ni macam tu  sahaja ? Aku sedih sebab terpaksa tinggalkan kawan-kawan yang bersama aku sepanjang aku dekat sini . Bila boleh jumpa ? aku tak tahu. mungkin waktu Degree ? itupun kalau aku sambung dekat sini. Kalau aku ditakdirkan terbang ?

Terima kasih kawan sekelas, teman serumah, Akid, Adib, Ajid, Enot, Apek, Syed, Anep, Shuk, Aim, Aziz, Kepet, Amy, Acap, Jan, Shah, Rafiq, Anis, Bob, Zabid, Pokleh, Ayep, teman bowling , teman hidup aku yang aku sayang sebab banyak ajar aku erti hidup dekat sini,

Selamat Tinggal, Pulau Pinang . See you when I see You. :) 

Wednesday, September 5, 2012

Random Post #3462256

Okay memandangkan tiada siapa lagi yang masih membaca blog ini . Kejap , ada lagi ke yang masih giat berkecimpung dalam arena blog ? aku rasa masing-masing dah mula berubah hati kepada Vlog yang lebih menjanji populariti yang naik secara mendadak . Dengan hanya berbekalkan muka yang cantik dan hensem , sesiapa kini boleh menjadi seorang Vlogger . Jadi apa lagi aku nak buat dengan blog ni ? Dah tak ada orang nak baca , boleh la aku merepek seorang diri membazirkan waktu yang sepatutnya aku guna untuk mengulangkaji pelajaran , menyiapkan assignment , dan bersedia untuk menghadapi lambakan test yang mula memualkan aku .

Dalam masa kurang daripada setahun . aku akan habiskan pengajian diploma aku , JIKA tiada repeat . Aku tak benci duduk sini . tapi environment yang membuatkan aku benci tinggal disini . Dengan seorang yang betalam-talam muka , dengan yang berlagak tak tentu pasal , dengan yang tak habis mengumpat , dengan yang suka merendahkan orang lain , dengan orang yang berperangai muntah , aku tak terkecuali . Jadi mari kita (saya+blog) bincangkan .

Bertalam-talam muka . perangai ini paling aku benci dan semua orang benci termasuk si talam itu sendiri . Depan berkawan baik , belakang perangai macam talam . Selamat kau jadi talam , ada reflection , jadi aku nampak apa yang kau buat . Aku belum buta . Berlagak tak tentu pasal , biala kita ada kedudukan , pangkat , harta yang tinggi dan banyak , aku tak salahkan kau untuk berlagak . Tapi jangan berlagak tak tentu pasal . Berbekalkan sebiji 'kemudahan' kau bermegah dengan semua orang . Itu bukan cara nak pikat perempuan bro .

Mengumpat . Ini lagi jahanam punya perangai . Mengumpat tu tak semestinya menfitnah . memang ada yang betul . tapi kenapa kita perlu buka aib orang lain ? Cuba bayangkan kalau ada orang pergi bukak baju kau depan orang ramai ? Kalau jackass mungkin tegar lah . Berperangai muntah ni jarang sikit , tergedik sana-sini , terpekik sana-sini . Aku lah tu . Yeke ?

Jadi aku tak boleh nak salahkan sesiapa kerana aku sendiri yang memilih untuk hidup dalam keadaan sebegini . Tu semua cuma sebahagian . Ramai lagi yang baik hati , senang berkawan , senang bercakap . Tak sembang tin milo, bunyi kuat tapi air ? habis . Biasalah manusia . sekali kita buat jahat , terus kena hukum tanpa memikirkan sepuluh lagi kebaikan yang terlah dia buat . Dan biasalah manusia juga , Megah dengan satu kebaikan yang dilakukan , lagi sepuluh keburukan ?