Thursday, August 19, 2010

Busy Busy Busy Busy :|

Sorry to all readers. dah berzaman tak update, bukan kerana malas, tetapi terlalu banyak kerja utama dan sampingan perlu diselesaikan dengan segera. tak menang tangan.

Assignment, Test, Quiz, Assignment, Test, Quiz, Assignment, Test, Quiz

3sept2010, SHAH ALAM, wait for me! :)
byebyebye :)

Tuesday, August 3, 2010

100TH Post! AWARD :)

Whoaa! tak sedar! dah 100th Post dah! :D
So, sebagai penghargaan, saya sudah menyiapkan satu award untuk pengunjung semua dalam masa 15 minit :) maaf, kurang comel kerana, tidak dibuat di laptopku :)

Thanks to all readers! :) walaupun dah berzaman blog ni senyap, aku akan cuba update tiap2 bulan ATLEAST sekali :) thanks again :)

The Sorcerer's Apprentice | ★★★★


Film review daripada saya sendiri :D Ahad, sejurus selepas test, rakan-rakan mengajak untuk menonton wayang yang telahpun diberi nama (seperti tajuk diatas). Dengan tidak beberapa yakin dengan kehebatan cerita ini, aku terus beri duit, lalu pergi membawa diri ke arcade. Tepat pukul 6.30 (okay, lebih sikit) beli Coke Large, masuk ke dalam panggung. Bermula dengan cerita dahulu kala, sangat bosan. Secara tiba-tiba, bertukar kepada scene yang berlainan, mula dengan keseronokan, percintaan BUDAK KECIL, dan permulaan menjadi seorang wira. ACTION+COMEDY+LOVE, degabungkan dengan sempurna. Tak rugi menontonnya :)



*sebenarnya, banyak lagi cerita yang hendak diupdate, tetapi macam tak perlu, so diam-diam sahajalah :)

Saturday, July 10, 2010

Hidup aku Berubah.

Hidup aku mula berubah sejak mula memasuki UiTM pada 26 JUN lepas.
Tidak lagi serupa dengan sebelum ini,
Semuanya SENDIRI. bukan pelajar sekolah, tetapi siswa universiti.
Baju dipakai dua tiga hari sekali, seluar pun sama.
Basuh sendiri, tangan kecut. tak pernah buat sebelum ini.
Tidur hanya berkipas. tiada lagi AIRCOND.
Berkongsi adalah satu perkara biasa, tetapi aku tidak. perlu biasakan.
berlainan bahasa, berlainan budaya, berlainan adat.
perlu belajar berdikari. berdiri diatas kaki sendiri.
rindu setiap hari dirasai. ibubapa. kehidupan sebelum.
itu semua dulu. kini sudah berubah.
tinggalkan segala kesenangan, berjinak dengan kesusahan.
Orang lain boleh hidup. mereka manusia biasa.
bermakna aku juga boleh hidup.
seperti mereka. Sehingga berjaya :)

Tuesday, July 6, 2010

Goodbye

Goodbye All! back to Penang today.
*bukan lama mana pun. raya balik. hahaha ;D