Showing posts with label video. Show all posts
Showing posts with label video. Show all posts

Wednesday, May 9, 2012

Syamkamarul - IamNEETA - Youtube Talent

Haha , assalamualaikum ,

Kalau dengar pasal youtube tak lain tak bukan mesti menyanyi , takpun Vlog . Memang , itu lah trend yang ada  di seantara Malaysia sekarang ini . Macam dulu , si gadis Youtube kita , Najwa Latif yang namanya mula melonjak naik , dengan sekelip mata je . Dulu aku pernah dengar suara dia dalam youtube masa view hanya beratus , dan aku tak sangka langsung dia boleh popular . Rezeki masing-masing :)

Hari ini , aku nak bercakap tentang seorang lagi Youtube talent yang sebenarnya dah lama , tapi mula nak mencipta nama . Syam Kamarul . Okay , jujur aku cakap , suara dia memang lain , Aku sendiri terpesona dengan suara dia . Korang boleh lah check out youtube channel dia , syamkamarul. Oh nak promote satu lagu yang dia cover , YES SANGAT SEDAP . Oh lagi , dia lah yang duet lagu Sahabat dengan Najwa Latif . haha


Hah , dah dengar ? sedia nak dengar satu lagi ? haha , yes satu lagi talent youtube yang aku rasa dah pun under NAR Records , sebab aku tengok dekat MV dia ada watermark NAR . satu bumbung dengan Najwa Latif jugak lah ni . IamNEETA . Ini satu kumpulan sebenarnya . Terdiri dari tiga orang . Haha , bila dia popular , aku baru perasan , dulu aku pernah juga tengok channel dia sebelum ni , record dekat studio bekas telur . style kan cara kedap bunyi dia ? Haha . So , check out dia punya channel , IamNEETA aku dah hyperlink tadi . Oh , dengar juga single baru , Tuhan Tolong Aku , :)


Yeah , itulah dua bakat Youtube Malaysia . jadi sokonglah Industri tempatan , mereka perlukan sokongan anda semua , tak salah nak sokong artis luar negara , tapi 'Hujan emas di negeri orang , Hujan batu di negeri sendiri , sambung sendiri ' kahkahkah. Bagi aku , not bad jugak lah lagu-lagu baru ini hehe .

Sunday, January 29, 2012

The Making of Vclip Sahabat - Najwa Latif

Assalamualaikum . sorry kepada semua sebab dah lama, sangat lama tak update blog ini . diri sangat busy dengan Lab report yang extremely susah dan banyak . rasa menyesal sekejap buat Civil Eng. -__-

Okay , berbalik kepada tajuk asal . Pembikinan Video Muzik Najwa Latif yang terbaru , Sahabat. Tarikh dari gambar yang diambil , 25-12-2011 . Dengan kerjasama TheMALAYA Production , NAR records , CST Production , artis yang terlibat , House Of Five , The Alif , Sleeq , Sham Kamarul dan Najwa Latif , jadi la Muzik Video yang awesome ni . Haha

Rasanya tak perlu nak tulis panjang-panjang , tengok gambar jelah eh ?

Sham Kamarul
Sleeq
The Alif
Najwa Latif

Okay dah nampak kan ? Cukup lah tu . Ini nak cerita sikit , Nampak Syam Kamarul ? search lah dia dekat youtube . Artis youtube jugak . suara pun boleh tahan sedap . tak rugi tengok . :) Actually , ada video in the making. Tapi tak boleh upload dulu untuk bagi laluan untuk AJL26 Malam ni . Tengok and support artis kegemaran anda semua  :)

Okbai.

 Feel free to visit my FLICKR. Comments and Critics are very appreciated :)

Friday, November 18, 2011

Back to Study Life :)

Assalamualaikum ! mungkin kerana suara saya tidak sedap dan lantang , saya tidak membuat Vlog . Haha . okay , hari ini , Jumaat 18/11/2011 , selepas selesai solat Jumaat , aku akan berangkat pulang ke Pulau Pinang untuk memulakan semester baru di UiTM Pulau Pinang . Dalam hati taknak tinggalkan rumah , tapi nak buat macam mana . Hidup perlu diteruskan :)

Bukan lama mana pun , bukan takkan balik Shah Alam ni balik kan ? Ikutkan hati nak je buat fast track . duduk UiTM Shah Alam , setel masalah . Haha . Tapi itulah , ingat degree senang ? So , Bagi sesiapa yang nak masuk fast track HANYA sebab nak duduk Shah Alam , hentikan . Sewa rumah yang mahal , makanan mahal , Mana ada bas percuma dekat luar . Senang kata taraf hidup mahal . Sanggup ?


Subjek pada semester 4 kali ini , 9 kesemuanya . Ada satu tertinggal , takboleh register , sebab sistem yang bebal . Walaupun , tak banyak credit hour yang tinggi , tetapi , sakit jugak . Haha . yelah tu . Harap-harap boleh naikkan pointer yang sudah jatuh menjunam terjun keladang gandum -____-

Oh oh oh ! oleh kerana aku dah menginstall Sony Vegas Pro didalam Laptopku ini , maka . aku mencubanya dengan penuh keyakinan . Ternyata lebih baik dari Windows Movie Maker :D sekian dari saya :)