Sunday, January 15, 2017

Perlu.

Perlu;

Aku perlukan seorang yang faham hidup aku,
Aku perlukan seorang yang faham kerja aku,
Aku perlukan seorang yang tak cepat melatah,
Aku perlukan seorang yang pandai berdikari,
Aku perlukan seorang yang tepati janji.

Aku bukan budak sekolah, aku sudah tiada masa untuk 'playing around'
7 hari seminggu berkerja bukan mudah, tetapi aku tahu dimana kemampuan aku.
Oleh kerana itu, aku perlukan sokongan, untuk lebih gigih bekerja, bukan beban, yang buatkan aku rasa bersalah, kerana tiada masa.

Andainya kau tahu, apa yang buatkan aku terus dan terus berusaha. Itu kau.



Aku mengaku, baran memang perangai aku. Tapi kau kena tahu,
Aku seperti petrol.


Selagi petrol tak dinyalakan, dia tidak berbahaya pada sesiapa. Tetapi jika api sebesar mancis dicampak, aku akan balas dengan api semarak-nya.

Takkan lagi, aku takkan lagi meminta dari kau. Sama ada kau suka atau pun tidak, ini hidup aku. Kau nak bertahan, kau bertahan, kau nak pergi, kau pergilah. 

Aku dah penat.