Wednesday, October 8, 2014

Pernah ?

Pernah tak rasa yang kau dah tak ada harapan?
Pernah tak rasa hidup kau terumbang-ambing?
Pernah tak rasa hidup kau kosong?
Pernah tak rasa putus asa ?

Tiba-tiba, ada seorang manusia datang,
buat semua rasa-rasa tu hilang.

Pernah tak rasa ?

Thursday, September 4, 2014

As simple as that ;

If you are someone's priority, 
you will know because they will show you.

If you are not someone's priority, 
you will know because they will show you.

As simple as that ; so please. 
Don't make someone a priority , when you're just an option.

Wednesday, July 30, 2014

Hanya engkau.

Allah,

Aku tak pernah minta yang cantik,
Cukup senang mata memandang.

Aku tak pernah minta yang kaya,
Sebab rezeki tu Kau yang punya.

Aku tak pernah minta yang sempurna,
Sebab aku tahu tak ada manusia yang sempurna.

Aku tak pernah tetapkan ciri-ciri terhadap sesiapa.
Sebab aku pun bukan siap siapa.


Aku cuma nak,
Dia terima aku seadanya.
Seperti mana aku terima dia.

Maaf, kalau permintaan aku terlalu berat.


Tuesday, July 29, 2014

Random Post #3874892

Assalamualaikum.

Since blog ni memang dah takkan ada orang baca, so I'm going to let out everything in here. Well, today is the first day of Aidilfitri for 2014. And for a cliche reason, Hari Raya is one of the main event that usually will create a lot of memories behind it. Teringat masa aku bawa kau straight dari Pulau Pinang, sampai depan rumah untuk balik raya. Masa tu juga jadi titik mula. Aku ingat. A normal people with the normal operated mind, will not ever forget memories. Aku happy, kau happy. But yeah, we can't predict the future. And now, we are not together anymore. Well basically a year ago. 


So, that was my first serious relationship. I don't understand why certain people can move on from the past just like nothing serious has happened before. But not me. It takes a lot. And Alhamdulillah, boleh dapat pula study luar negara. I'm busy with my new life, new friends, new environment. Honestly, I'm hurt. But, lelaki. ego. Buat macam takde apa jadi. eloklah.

And the feelings start to fade away. Not because I hate you for what you've done since I'm not going to put 100% the blame on you. But because I need to make myself happy again. I can live alone, just like before we met. It's just that, aku takut. Bukan aku takut untuk mula balik, tapi aku takut ending macam ni jadi balik. But that is life, you'll meet a lot of people, you'll have to deal with a lot of character, and so on. 


Aku, tak pernah benci kau. dan aku takkan boleh benci kau. Kau pernah berpuluh kali bahagiakan aku dulu. Jadi kenapa aku kena benci kau untuk satu kesalahan kau. Kita manusia. Biasalah. Pasal move on? mari aku cerita pasal sakit gigi.

Bayangkan cinta ni macam gigi,

Kau sakit gigi, sampai berguling, demam satu badan.
Satu hari tu kau tak tahan, kau pergi klinik dan kau cabut gigi tu.
Apa kau rasa? lega.

Esoknya, apa lidah kau buat ?
tak habis habis pergi dekat tempat gigi yang kena cabut tu.
Sebab dia rasa pelik.
Benda biasa ada, tiba tiba hilang. 

Jadi,
Kau akan rasa kehilangan tu dalam suatu masa yang kita sendiri tak tahu.
Tapi, kau nak biarkan gigi tu terus buat kau sakit ?
Takkan.

Ariff. 2.23AM

Wednesday, July 23, 2014

Sempurna.

Nak yang cantik ?
rupa takkan kekal, bro.

Nak yang tinggi ?
tua nanti bongkok juga, bro.

Nak yang kaya ?
rezeki bila-bila masa tuhan boleh tarik, bro.

Nak yang highly educated ?
manusia paling kuat boleh belajar 1% je dari ilmu dekat dunia ni, bro.

Buat apa semua tu ?
Kau pilih dia bersebab.
Sekarang dia lepas requirement kau,
nanti ?

Tak salah nak yang terbaik,
Nak hidup sampai mati, bukan boleh main pilih.

Tapi ingat, kalau kau nak cari yang sempurna,
Kau takkan jumpa.

Sebab apa ?
Tak ada manusia sempurna, bro.

Thursday, March 6, 2014

Luar. Dalam.

Kau boleh update status "saya gembira" dekat Facebook.
Kau boleh tweet "aku manusia paling happy" dekat Twitter.
Kau boleh reply "Hahahahaha" dekat Whatsapp.
Kau boleh senyum, gelak tawa depan orang.

Tapi hakikat?

Siapa yang tahu apa sebenarnya dalam hati?
Tiada.
Hanya kau dengan Tuhan.

Thursday, January 30, 2014

Hidup Engkau. Hidup Aku.


Allah bagi kita nyawa, Allah bagi kita jasad.
Allah bagi kita perasaan.
Bukan untuk suka-suka, semua ada sebab.

Allah cipta manusia berpasangan.
Ada lelaki, ada perempuan.
Dan lumrahnya,
Kita akan suka antara satu sama lain.

Semua ni Allah yang bagi,
Bukan dia, dia, dia, dan dia.
Dia pinjamkan satu hati,
Kepada setiap manusia.

Dia suruh kita jaga,
Hati sendiri, hati orang.

Bukan hancurkan hati sendiri,
Bukan remukkan hati orang lain.