Monday, April 30, 2012

Assalamualaikum , tak jawab DOSA .





*gambar hanyalah perhiasan semata-mata , jika ada pertikaian, akan dibuang serta-merta*

Boleh kaitkan tak gambar ni dengan tajuk di atas ? Haha . ya ayat di atas memang satu ayat yang sangat BERKESAN untuk lelaki menegur perempuan yang tak dikenali . Mungkin kerana pada umumnya , salam sunat diberi , dan wajib untuk dijawab . tak jelas ? contoh situasi :

Amat : Puitt puitt ! puitt puitt !
Linda : *eh mamat ni , ingat dapat laa aku nak tegur dia ?*
Amat : Amboi sombongnya !
Linda : *memang aku sombong , padan muka kau*
Amat : ASSALAMUALAIKUM ! TAK JAWAB BERDOSA TAU ! 
Linda : *alamak , tak jawab dosa pulak* Wa'alaikumussalam.
Amat : Eleh tadi sombong sangat , last-last tegur balik jugak.

Nampak situasi di situ ? gambarkan sahaja dimana-mana lokasi . Bagi pembaca yang bukan Islam , di dalam Islam apabila seseorang itu memberi salam , maka kita wajib untuk menjawab salam tersebut . Tetapi , ramai yang diluar sana suka untuk menggunakan agenda agama untuk kegunaan yang tidak elok . adi apa yang patut untuk dilakukan oleh perempuan tersebut ? 
Jika perempuan itu adalah orang asing (ajnabiyah) bagi lelaki tersebut, apatah lagi perempuan itu tergolong dalam kategori  perempuan yang cantik yang ditakuti menimbulkan fitnah, maka  makruh lelaki itu memberi salam kepada perempuan seperti ini. Jika dia(lelaki) memberi salam juga, haram bagi perempuan itu menjawab salam tersebut. Begitu juga bagi perempuan haram memberi salam kepada lelaki dan jika dia(perempuan) memberi salam juga, makruh bagi lelaki menjawab salam tersebut.

Jika perempuan yang ajnabiyah itu pula adalah perempuan yang sudah tua, sekira-kira tidak menimbulkan fitnah, maka boleh(sunat) perempuan itu memberi salam kepada lelaki dan wajib lelaki itu menjawab salamnya, begitu juga hukumnya salam lelaki kepada perempuan tersebut.

Adapun jika perempuan itu yang terdiri dari bilangan yang ramai, dibolehkan(harus) bagi seorang lelaki memberi salam kepada mereka atau sekiranya lelaki terdiri dari bilangan yang ramai, maka boleh(harus) mereka memberi salam kepada seorang perempuan, dengan syarat tidak ditakuti terjadinya fitnah, sama ada kepada lelaki atau perempuan tersebut.
Jadi jelas tak ? Tak perlu rasanya saya nak berhujah panjang-panjang . Petikan diatas saya rasa dah cukup terang . Dan saya dah buat kajian juga , kesemua sumber memberitahu perkara yang sama. Tetapi jika masih ada kemusykilan , boleh rujuk kepada orang yang lebih pakar berdekatan anda . Terima Kasih . Assalamualaikum :)

Wednesday, April 25, 2012

Lelaki ? seperti perempuan juga. :)

Assalamualaikum,
Aku tak tahu kenapa aku post benda seumpama ini , mungkin seseorang telah memberi idea secara tidak langsung . Blog ini sangat jarang diisi dengan perkara seperti ini . haha . Bagi perempuan , lelaki sangat jarang memahami dirinya kerana lelaki anggap perempuan adalah satu ciptaan yang sangat rumit dan kompleks dari segi hati dan perasaan . Tapi , perempuan juga anggap lelaki ini mudah , jadi dia tak nampak apa yang sebenarnya . *drumroll* 20 yang terbaik ! *nada hagemaru*
  1. Si dia bersungguh2 melakukan sesuatu utk kekasihnya dgn rela dan bukan kerana terpaksa.
  2. Si dia sentiasa ingin menghiburkan kekasihnya dan sanggup berubah demi menyenangi hati pasangannya.
  3. Si dia byk menasihati kekasihnya kerana si dia amat menyayangi kekasihnya.
  4. Si dia sentiasa takut kehilangan kekasihnya.
  5. Si dia sentiasa mengawasi pergerakan kekasihnya kerana si dia sentiasa berasa curiga jika kekasihnya dikacau lelaki lain.
  6. Si dia tidak suka ada lelaki lain rapat dgn kekasihnya.
  7. Si dia mudah merasa cemburu dan sensitif apabila kekasihnya tidak menumpukan sepenuh perhatian kepadanya.
  8. Adakalanya si dia seperti seorang anak kecil yang meminta perhatian kerana si dia mahu kekasihnya melayannya lebih dari org lain.
  9. Si dia menjadi org yg paling rajin dan sanggup membantu kekasihnya melakukan apa saja.
  10. Si dia pandai merajuk hati kerana ingin dipujuk dan dimanjai oleh kekasihnya.
  11. Si dia akan menggelabah apabila kekasihnya berjauhan daripadanya terlalu lama.
  12. Si dia sentiasa memastikan keselamatan kekasihnya.
  13. Si dia mementingkan kekasihnya daripada dirinya sendiri.
  14. Si dia kerap bertanya adakah kekasihnya mencintainya kerana si dia tidak mahu kasih sayang antara mereka menjadi luntur.
  15. Si dia tidak akan melayan perempuan lain yg tidak ada urusan penting dengannya.
  16. Si dia cuba meluangkan lebih byk masa dgn kekasihnya walaupun terpaksa mengorbankan masa dirinya sendiri.
  17. Si dia membanggakan kekasihnya di depan org lain.
  18. Apabila timbul org ketiga,si dia akan hilang akal dan sanggup berbuat apa saja untuk merebut kembali kekasihnya.
  19. Si dia menganggap kekasihnya sebagai org yg paling dipercayainya dan sanggup menyerahkan harta walaupun nyawanya sendiri.
  20. Si dia sanggup menitiskn air mata demi kekasihnya.. Bukan semua lelaki sanggup menitiskan air mata hanya untuk seorang perempuan.
Nampak permainan dia ? haha . The answer is yes , most of lelaki mesti macam ni . Kajian dah dibuat sendiri oleh aku , dari pemerhatian dari lelaki yang aku kenal . haha . Kami lelaki mungkin ada cacat dan cela , tetapi kami akan berusaha untuk jadi yang terbaik untuk kau , Perempuan . dah memang lumrah kan lelaki untuk perempuan dan perempuan untuk lelaki ? 

Friday, April 13, 2012

WAJA LED Light Bar Tail Lamp .


DAYM I LOVE THIS . 
ada siapa-siapa nak tolak murah murah tak ? hihi

Thursday, April 12, 2012

Get To Know Ourselves Better .

Your view on yourself:
You are down-to-earth and people like you because you are so straightforward. You are an efficient problem solver because you will listen to both sides of an argument before making a decision that usually appeals to both parties. 
 The type of girlfriend/boyfriend you are looking for:
You like serious, smart and determined people. You don't judge a book by its cover, so good-looking people aren't necessarily your style. This makes you an attractive person in many people's eyes.  
Your readiness to commit to a relationship:
You are ready to commit as soon as you meet the right person. And you believe you will pretty much know as soon as you might that person.  
The seriousness of your love:
Your have very sensible tactics when approaching the opposite sex. In many ways people find your straightforwardness attractive, so you will find yourself with plenty of dates. 
 Your views on education
Education is less important than the real world out there, away from the classroom. Deep inside you want to start working, earning money and living on your own.
  The right job for you:
You have many goals and want to achieve as much as you can. The jobs you enjoy are those that let you burn off your considerable excess energy. 
How do you view success:
You are confident that you will be successful in your chosen career and nothing will stop you from trying.  
What are you most afraid of:
You are concerned about your image and the way others see you. This means that you try very hard to be accepted by other people. It's time for you to believe in who you are, not what you wear.  
Who is your true self:
You are mature, reasonable, honest and give good advice. People ask for your comments on all sorts of different issues. Sometimes you might find yourself in a dilemma when trapped with a problem, which your heart rather than your head needs to solve.

 Haha , i don't know . personally i think it's 85% correct . 
Guys , You should try ! :) CLICK HERE

Wednesday, April 11, 2012

Betapa Aku Cinta Padamu - Afghan

Dihati Ini, Hanya Dirimu
Yang Aku Sayang, Yang Aku Rindu
Setiap Saat, Setiap Waktu
Kuingin Engkau Slalu Ada Disisiku

Izinkan Aku Kecup Keningmu
Izinkan Aku Peluk Dirimu
Izinkan Aku Hadir Didalam Mimpimu
Betapa Aku Cinta Padamu

Betapa Aku Aku Ingin Dirimu
Yang Kan Menjadi Bagian Dari Hidupku

:*

Tuesday, April 10, 2012

Orang Malaysia .

Apabila dikata kereta buatan Malaysia tiada kualiti , kita marah
Tetapi kita juga yang membeli kereta negara lain.

Apabila dikata jenama Malaysia tak berkualiti , kita marah 
Tetapi kita juga yang beli jenama negara lain.

Apabila dikata pemain bola Malaysia tak hebat , kita marah
Tetapi kita juga yang memuji pasukan negara lain.

Apabila dikata industri filem Malaysia bertaraf rendah , kita marah
Tetapi kita juga yang menonton filem negara lain.

Apabila dikata Malaysia mundur , kita marah 
Tetapi kita juga yang agungkan negara lain.

Apabila dikata Rakyat Malaysia di kelas ketiga , kita marah
Jadi ?

 Kenapa kita taknak beli kereta buatan Malaysia ? taknak pilih jenama Malaysia ? taknak sokong pasukan bola Malaysia ? Taknak tonton filem Malaysia ? Berangan nak jejak negara orang lain tapi Malaysia pun tak habis teroka .

'aku gunakan kita dalam teks kerana aku juga anak Malaysia'