Monday, April 30, 2012

Assalamualaikum , tak jawab DOSA .





*gambar hanyalah perhiasan semata-mata , jika ada pertikaian, akan dibuang serta-merta*

Boleh kaitkan tak gambar ni dengan tajuk di atas ? Haha . ya ayat di atas memang satu ayat yang sangat BERKESAN untuk lelaki menegur perempuan yang tak dikenali . Mungkin kerana pada umumnya , salam sunat diberi , dan wajib untuk dijawab . tak jelas ? contoh situasi :

Amat : Puitt puitt ! puitt puitt !
Linda : *eh mamat ni , ingat dapat laa aku nak tegur dia ?*
Amat : Amboi sombongnya !
Linda : *memang aku sombong , padan muka kau*
Amat : ASSALAMUALAIKUM ! TAK JAWAB BERDOSA TAU ! 
Linda : *alamak , tak jawab dosa pulak* Wa'alaikumussalam.
Amat : Eleh tadi sombong sangat , last-last tegur balik jugak.

Nampak situasi di situ ? gambarkan sahaja dimana-mana lokasi . Bagi pembaca yang bukan Islam , di dalam Islam apabila seseorang itu memberi salam , maka kita wajib untuk menjawab salam tersebut . Tetapi , ramai yang diluar sana suka untuk menggunakan agenda agama untuk kegunaan yang tidak elok . adi apa yang patut untuk dilakukan oleh perempuan tersebut ? 
Jika perempuan itu adalah orang asing (ajnabiyah) bagi lelaki tersebut, apatah lagi perempuan itu tergolong dalam kategori  perempuan yang cantik yang ditakuti menimbulkan fitnah, maka  makruh lelaki itu memberi salam kepada perempuan seperti ini. Jika dia(lelaki) memberi salam juga, haram bagi perempuan itu menjawab salam tersebut. Begitu juga bagi perempuan haram memberi salam kepada lelaki dan jika dia(perempuan) memberi salam juga, makruh bagi lelaki menjawab salam tersebut.

Jika perempuan yang ajnabiyah itu pula adalah perempuan yang sudah tua, sekira-kira tidak menimbulkan fitnah, maka boleh(sunat) perempuan itu memberi salam kepada lelaki dan wajib lelaki itu menjawab salamnya, begitu juga hukumnya salam lelaki kepada perempuan tersebut.

Adapun jika perempuan itu yang terdiri dari bilangan yang ramai, dibolehkan(harus) bagi seorang lelaki memberi salam kepada mereka atau sekiranya lelaki terdiri dari bilangan yang ramai, maka boleh(harus) mereka memberi salam kepada seorang perempuan, dengan syarat tidak ditakuti terjadinya fitnah, sama ada kepada lelaki atau perempuan tersebut.
Jadi jelas tak ? Tak perlu rasanya saya nak berhujah panjang-panjang . Petikan diatas saya rasa dah cukup terang . Dan saya dah buat kajian juga , kesemua sumber memberitahu perkara yang sama. Tetapi jika masih ada kemusykilan , boleh rujuk kepada orang yang lebih pakar berdekatan anda . Terima Kasih . Assalamualaikum :)

1 comment:

  1. nak jawab jawab pun berpada pada.. kalau susah jawab dalam hati... www.redlomo.com :)

    ReplyDelete