Wednesday, September 5, 2012

Random Post #3462256

Okay memandangkan tiada siapa lagi yang masih membaca blog ini . Kejap , ada lagi ke yang masih giat berkecimpung dalam arena blog ? aku rasa masing-masing dah mula berubah hati kepada Vlog yang lebih menjanji populariti yang naik secara mendadak . Dengan hanya berbekalkan muka yang cantik dan hensem , sesiapa kini boleh menjadi seorang Vlogger . Jadi apa lagi aku nak buat dengan blog ni ? Dah tak ada orang nak baca , boleh la aku merepek seorang diri membazirkan waktu yang sepatutnya aku guna untuk mengulangkaji pelajaran , menyiapkan assignment , dan bersedia untuk menghadapi lambakan test yang mula memualkan aku .

Dalam masa kurang daripada setahun . aku akan habiskan pengajian diploma aku , JIKA tiada repeat . Aku tak benci duduk sini . tapi environment yang membuatkan aku benci tinggal disini . Dengan seorang yang betalam-talam muka , dengan yang berlagak tak tentu pasal , dengan yang tak habis mengumpat , dengan yang suka merendahkan orang lain , dengan orang yang berperangai muntah , aku tak terkecuali . Jadi mari kita (saya+blog) bincangkan .

Bertalam-talam muka . perangai ini paling aku benci dan semua orang benci termasuk si talam itu sendiri . Depan berkawan baik , belakang perangai macam talam . Selamat kau jadi talam , ada reflection , jadi aku nampak apa yang kau buat . Aku belum buta . Berlagak tak tentu pasal , biala kita ada kedudukan , pangkat , harta yang tinggi dan banyak , aku tak salahkan kau untuk berlagak . Tapi jangan berlagak tak tentu pasal . Berbekalkan sebiji 'kemudahan' kau bermegah dengan semua orang . Itu bukan cara nak pikat perempuan bro .

Mengumpat . Ini lagi jahanam punya perangai . Mengumpat tu tak semestinya menfitnah . memang ada yang betul . tapi kenapa kita perlu buka aib orang lain ? Cuba bayangkan kalau ada orang pergi bukak baju kau depan orang ramai ? Kalau jackass mungkin tegar lah . Berperangai muntah ni jarang sikit , tergedik sana-sini , terpekik sana-sini . Aku lah tu . Yeke ?

Jadi aku tak boleh nak salahkan sesiapa kerana aku sendiri yang memilih untuk hidup dalam keadaan sebegini . Tu semua cuma sebahagian . Ramai lagi yang baik hati , senang berkawan , senang bercakap . Tak sembang tin milo, bunyi kuat tapi air ? habis . Biasalah manusia . sekali kita buat jahat , terus kena hukum tanpa memikirkan sepuluh lagi kebaikan yang terlah dia buat . Dan biasalah manusia juga , Megah dengan satu kebaikan yang dilakukan , lagi sepuluh keburukan ?

1 comment:

  1. hehehe..msih ade lg yg setia ngn blog..
    btw..manusia memng ade b'mcm2 prngai..so,sabar je la.. :D

    follow my blog
    http://melurmaruko.blogspot.com

    ReplyDelete