Pulau Pinang ,
Banyak ajar aku erti hidup sendiri , hidup bermasyarakat . Dekat sini , kawan-kawan aku adalah keluarga aku . Jadi salah pilih kawan , jahanam hidup . Sini aku sedar , baik mana pun kau, tetap ada yang tak suka . Itu manusia , dengki . Aku juga belajar berdikari .Basuh baju sendiri , cari makan sendiri , duit pun cukup-cukup sebulan .
Aku makin berani berhadapan dengan orang , bercakap dengan orang tak dikenali , dan macam-macam lagi . Itu yang tak ada sewaktu sekolah , atau pun aku tak dapat peluang tu waktu sekolah . Cara hidup masyarakat orang sini , walaupun tak jauh beza dengan Shah Alam, tetap ada perbezaan . Aku belajar untuk adapt . Sampai aku sendiri boleh cakap utara dengan baik .
Pengalaman baik, buruk. Semua aku lalui.
Cinta. Aku juga belajar untuk mencari kehidupan . Ada orang kata terlalu awal. bagi aku tidak, sebab dia datang dengan sendiri. Aku tak mencari semata-mata , aku nak jaga kalau boleh sampai akhir nafas aku . Adibah Shazwani Binti Azmi. aku sayang kau lebih dari diri aku sendiri .
3 tahun aku susah senang dekat Pulau Pinang , negeri orang ni , banyak tempat aku teroka . lebih dari tempat tinggal aku sendiri. Ramai orang aku jumpa . Jadi macam mana aku nak tinggalkan Pulau Pinang ni macam tu sahaja ? Aku sedih sebab terpaksa tinggalkan kawan-kawan yang bersama aku sepanjang aku dekat sini . Bila boleh jumpa ? aku tak tahu. mungkin waktu Degree ? itupun kalau aku sambung dekat sini. Kalau aku ditakdirkan terbang ?
Terima kasih kawan sekelas, teman serumah, Akid, Adib, Ajid, Enot, Apek, Syed, Anep, Shuk, Aim, Aziz, Kepet, Amy, Acap, Jan, Shah, Rafiq, Anis, Bob, Zabid, Pokleh, Ayep, teman bowling , teman hidup aku yang aku sayang sebab banyak ajar aku erti hidup dekat sini,
Selamat Tinggal, Pulau Pinang . See you when I see You. :)