Assalamualaikum,
Sering kita lihat hamba Allah menghulur tangan mengharapkan sedikit belas ihsan kepada hamba Allah yang melintasi. Dalam seratus seribu , berapa yang tegur ? berapa ramai yang hulur ? berapa ramai yang jeling ? berapa ramai yang buat tak nampak ? berapa ramai yang cuba mengelak ? Mereka tak memaksa, mereka cuma mengharapkan keikhlasan.
Walau 10 sen , tetap rezeki . Berapa gaji kau sebulan ? RM200 ? apa kau makan setiap hari ? Maggi ? nasi dengan telur ? Mereka nak harapkan sesuap pun samar-samar. Kau ada kudrat, kau boleh boleh berjalan, kau masih kuat. Mereka ? kalau tidak kerana sesuap nasi kosong untuk alas perut mereka tiada kudrat. Tak cukup bernasib baik ? Itu balasan kau dengan rezeki yang Allah bagi ?
Aku tak bercakap tentang segelintir yang buat kerja haram meminta dari orang dengan tujuan lain. Selagi kau tak pasti apa tujuan mereka , selagi tu pahala sedekah akan dapat. Melainkan kau dah tahu, kau cuma dapat 'Pahala' bersubahat kerana menggalakkan. Aku banyak cerita tentang mereka, kebanyakannya aku mesti menangis.
Sampai sekarang aku rasa sebak kalau bila aku jumpa golongan ini. Jadi aku ada cita-cita untuk tolong mereka satu hari kelak. Doakan aku.
inn syaa allah.. niat baik pastinya ada peluangnya nanti..
ReplyDeleteakak suka baca blog awak , kalau sudi follow la blog akak adoriaadam.blogspot.com :)
ReplyDelete