Thursday, March 6, 2014

Luar. Dalam.

Kau boleh update status "saya gembira" dekat Facebook.
Kau boleh tweet "aku manusia paling happy" dekat Twitter.
Kau boleh reply "Hahahahaha" dekat Whatsapp.
Kau boleh senyum, gelak tawa depan orang.

Tapi hakikat?

Siapa yang tahu apa sebenarnya dalam hati?
Tiada.
Hanya kau dengan Tuhan.

Thursday, January 30, 2014

Hidup Engkau. Hidup Aku.


Allah bagi kita nyawa, Allah bagi kita jasad.
Allah bagi kita perasaan.
Bukan untuk suka-suka, semua ada sebab.

Allah cipta manusia berpasangan.
Ada lelaki, ada perempuan.
Dan lumrahnya,
Kita akan suka antara satu sama lain.

Semua ni Allah yang bagi,
Bukan dia, dia, dia, dan dia.
Dia pinjamkan satu hati,
Kepada setiap manusia.

Dia suruh kita jaga,
Hati sendiri, hati orang.

Bukan hancurkan hati sendiri,
Bukan remukkan hati orang lain.

Monday, September 23, 2013

Croeso i Caerdydd | Welcome To Cardiff


Muhammad Ariff Bin Mohd Mokhtar
Master Of Engineering Program (M.eng) Civil Engineering
Cardiff University, Cardiff, Wales.


Ini gambar aku.
Ini tempat baru aku.
Ini hidup baru aku.
InsyaAllah.
Doakan. Aku berjaya.

Thursday, August 1, 2013

Tadah Tangan.

Senyap,

Saat tengah malam, hati kau jadi hiba.
Tiada siapa tahu kenapa termasuk kau.

Saat pagi hari, kau nak mulakan hidup.
Tapi taktahu macam mana nak mulakan.

Saat tengah hari, jalani hidup macam biasa.
Tengok kanan "Nothing is right".
Tengok kiri "There's nothing left".

Saat petang senja, badan ingin rehat.
Tidur. Kerja lain tangguh esok.

Saat malam mula muncul, otak mula berfikir.
Dah berapa lama aku macam ni ?

Ya Allah, dikala Ramadhan ini,
Aku tidak mengharapkan malam Lailatul Qadr,
Aku mahu Engkau tunjuk aku cara.

Salam Ramadhan.

Thursday, June 13, 2013

Kau bernasib baik. Sangat bernasib baik.


Assalamualaikum, 

Sering kita lihat hamba Allah menghulur tangan mengharapkan sedikit belas ihsan kepada hamba Allah yang melintasi. Dalam seratus seribu , berapa yang tegur ? berapa ramai yang hulur ? berapa ramai yang jeling ? berapa ramai yang buat tak nampak ? berapa ramai yang cuba mengelak ? Mereka tak memaksa, mereka cuma mengharapkan keikhlasan.

Walau 10 sen , tetap rezeki . Berapa gaji kau sebulan ? RM200 ? apa kau makan setiap hari ? Maggi ? nasi dengan telur ? Mereka nak harapkan sesuap pun samar-samar. Kau ada kudrat, kau boleh boleh berjalan, kau masih kuat. Mereka ? kalau tidak kerana sesuap nasi kosong untuk alas perut mereka tiada kudrat. Tak cukup bernasib baik ? Itu balasan kau dengan rezeki yang Allah bagi ?

Aku tak bercakap tentang segelintir yang buat kerja haram meminta dari orang dengan tujuan lain. Selagi kau tak pasti apa tujuan mereka , selagi tu pahala sedekah akan dapat. Melainkan kau dah tahu, kau cuma dapat 'Pahala' bersubahat kerana menggalakkan. Aku banyak cerita tentang mereka, kebanyakannya aku mesti menangis.

Sampai sekarang aku rasa sebak kalau bila aku jumpa golongan ini. Jadi aku ada cita-cita untuk tolong mereka satu hari kelak. Doakan aku.