Thursday, April 22, 2010

Beautiful Blogger Award :)

Photobucket

Uih, Apo kono eh jang? dah sekian lama aku tak berapa nak update blog ini, tup tap aku dapat award. cool la tu? Ooo, memang cool sebab aku pun dah lama tak terima apa-apa award di blog aku ini. Tapi aku pelik sebab kalau nak award ini, kena buat dulu syarat-syarat yang ditetapkan. aku dengan agak-agak tiada kerja, buat sahaja dengan senang hati :)

1. Buat satu entry mengenai award ini (CHECK)

2. Ucap terima kasih serta letak link pemberi award pada entry tersebut (CHECK)

Disini aku ingin berterima kasih kepada Miss Lollipop kerana telah memilih saya untuk menerima award ini :)

3. Senaraikan 15+1 bloggers untuk menerima award ini (CHECK)

i.Eykameow
ii.Dunia Sebelah Zara
iii.BerryCrazy
iv.Zana
v.Winda
vi.CammyCamelia
vii.EdaOlala
viii.Natasha
ix.Farhana
x.Rashidah Kamil
xi.Roy Roches
xii.Farihah
xiii.Gardenia Boys
xiv.Wanie
xv.Hanani
xvi.Farah

4. Beritahu penerima awards yang mereka mendapat award tersebut (CHECK)

5. Senaraikan 7 perkara tentang anda (CHECK)

i. Tinggi
ii. Lelaki
iii. Teruna
iv. Besar
v. Tak kecil
vi. Biasa-biasa
vii. Tak luar biasa

*Uih, akhirnya aku berjaya untuk mewujudkan satu post dibulan April. syabas untuk aku! :D

Monday, March 29, 2010

Tunjukkan Bakat Anda | Ery Farieha

Hahaha, nampak sangat aku sedang tiada kerja untuk dibuat. sesungguhnya memang betul kerana aku baru sahaja berhenti kerja tempoh hari. Tak mahu cakap banyak, aku join lagi satu contest buat header jugak, daripada Miss Ery. Mari tengok syarat-syarat yang sudah ditetapkan :)

1. Jadi Followers (check)
2. Tajuk "Tunjukkan Bakat Anda (check)
3. Tampal banner pada blog (check)
4. Masukkan gambar Miss Ery dalam header (check)
5. Letak "Ery Farieha" serta blog URL (check)
6. Post comment di entry INI (check)

So, tanpa melenguhkan mulut membaca, inilah header yang aku pertaruhkan :)


So, agak-agak boleh menang tak? :)

Friday, March 26, 2010

25 Mac 2010 | Tragedi Pesawat Terhempas di UUM



TAKZIAH KEPADA KELUARGA ALLAHYARHAM MEJAR ZULRIHAN.

sebak. takut. sedih. apa nak jadi? semakin lama semakin banyak tragedi yang berlaku secara tiba-tiba. Dalam surat khabar banyak kemalangan nyawa yang sangat menyedihkan. innalillahiwainnailaihirojiun. Ya Allah, aku bermohon kepadamu, jauhilah aku daripada semua kecelakaan yang tidak diingini ini dan kau ambillah nyawaku dikala aku berada dalam keadaan yang tenang, bukan melalui kecelakaan. Amin..

Monday, March 15, 2010

Contest "HEADER FOR ROWENA"

Okay, sementara ada masa terluang ini, boleh la aku mengembangkan bakat aku yang tiada ini untuk mengedit header sempena perayaan pertandingan 'HEADER FOR ROWENA'. Mari check adakah aku telah melepasi sempadan syarat yang telah ditetapkan:

1. Open to all bloggers.. (Check)
2. Mesti 18 tahun ke atas (Check)
3. Original Design (Check)

4. Ada Pict Cik Rowena (Check)
5. Quote "MyLifeIsSweetLikeCandy" (Check)
6. Tema tak kisah (Check)
7. Buat Entry&Tinggalkan Link (Check)
8. Pict Lembu (Check)

Dan inilah dia hasilnya setelah bertungkus lumus selama 15 minit. :)



Harap-harap menang. Hihi, Kepada Cik Rowena dan sesiapa, Sila-sila lah Komen ya? :)

Tuesday, March 9, 2010

Pizza Hut New Promotion | Chunky Loaded

12,13? Berapa hari sudah aku tidak update blog ini? malas nak kira. Sibuk punya angkara, eh, campur penat bekerja sekali. Aku erasa semakin malas untuk update blog ini. Tetapi, bila aku buka nuffnang, jumlah visitor sudah rebah menyembah-nyembah. Oleh itu, aku ambil inisiatif untuk tidak tidur dimalam hari untuk mencipta topik baharu.

Dah lihat dua ketul pizza disebelah ini? Haha, belum pernah? aku dah siap makan lagi. haha :D Inilah pizza terbaru yang akan dikomersialkan pada 10/03/2010 iaitu esok. :) Sila-silalah datang ke mana-mana cawangan pizza di malaysia okay? Rasanya harga tidaklah mahal. *apa kesah, aku makan free. Haha*

So, kalian semua, aku mahu tidur untuk bangun keesokan harinya. Satu nasihat dari aku, tidurlah untuk kesihatan. terima kasih,

*Bulan ini bulan terakhir aku berkerja. Cukuplah tiga bulan :)