Sunday, July 15, 2012

Hanya Aku Cinta Kau Seorang ,




Somehow cerita ni dapat buat aku rasa feel dia .
7.5/10

Tuesday, June 19, 2012

STICKY POST !

Teman-teman yang dikasihi sekalian , Nak minta tolong like gambar aku tangkap ni eh eh ?

Like page ni dulu :  
http://www.facebook.com/pages/Carlos-Nizam-Photography/255446284512032

Pastu like gambar ni :  
http://www.facebook.com/photo.php?fbid=371833642873295&set=a.365398380183488.84572.255446284512032&type=3

dengan gambar ni skali :
http://www.facebook.com/photo.php?fbid=371833516206641&set=a.365398380183488.84572.255446284512032&type=3

Kalau boleh promote la sekali dengan wall korg . hehe . Terima kasih semua ! :)
LIKE anda sangat dihargai ! :)

Wednesday, May 9, 2012

Syamkamarul - IamNEETA - Youtube Talent

Haha , assalamualaikum ,

Kalau dengar pasal youtube tak lain tak bukan mesti menyanyi , takpun Vlog . Memang , itu lah trend yang ada  di seantara Malaysia sekarang ini . Macam dulu , si gadis Youtube kita , Najwa Latif yang namanya mula melonjak naik , dengan sekelip mata je . Dulu aku pernah dengar suara dia dalam youtube masa view hanya beratus , dan aku tak sangka langsung dia boleh popular . Rezeki masing-masing :)

Hari ini , aku nak bercakap tentang seorang lagi Youtube talent yang sebenarnya dah lama , tapi mula nak mencipta nama . Syam Kamarul . Okay , jujur aku cakap , suara dia memang lain , Aku sendiri terpesona dengan suara dia . Korang boleh lah check out youtube channel dia , syamkamarul. Oh nak promote satu lagu yang dia cover , YES SANGAT SEDAP . Oh lagi , dia lah yang duet lagu Sahabat dengan Najwa Latif . haha


Hah , dah dengar ? sedia nak dengar satu lagi ? haha , yes satu lagi talent youtube yang aku rasa dah pun under NAR Records , sebab aku tengok dekat MV dia ada watermark NAR . satu bumbung dengan Najwa Latif jugak lah ni . IamNEETA . Ini satu kumpulan sebenarnya . Terdiri dari tiga orang . Haha , bila dia popular , aku baru perasan , dulu aku pernah juga tengok channel dia sebelum ni , record dekat studio bekas telur . style kan cara kedap bunyi dia ? Haha . So , check out dia punya channel , IamNEETA aku dah hyperlink tadi . Oh , dengar juga single baru , Tuhan Tolong Aku , :)


Yeah , itulah dua bakat Youtube Malaysia . jadi sokonglah Industri tempatan , mereka perlukan sokongan anda semua , tak salah nak sokong artis luar negara , tapi 'Hujan emas di negeri orang , Hujan batu di negeri sendiri , sambung sendiri ' kahkahkah. Bagi aku , not bad jugak lah lagu-lagu baru ini hehe .

Monday, April 30, 2012

Assalamualaikum , tak jawab DOSA .





*gambar hanyalah perhiasan semata-mata , jika ada pertikaian, akan dibuang serta-merta*

Boleh kaitkan tak gambar ni dengan tajuk di atas ? Haha . ya ayat di atas memang satu ayat yang sangat BERKESAN untuk lelaki menegur perempuan yang tak dikenali . Mungkin kerana pada umumnya , salam sunat diberi , dan wajib untuk dijawab . tak jelas ? contoh situasi :

Amat : Puitt puitt ! puitt puitt !
Linda : *eh mamat ni , ingat dapat laa aku nak tegur dia ?*
Amat : Amboi sombongnya !
Linda : *memang aku sombong , padan muka kau*
Amat : ASSALAMUALAIKUM ! TAK JAWAB BERDOSA TAU ! 
Linda : *alamak , tak jawab dosa pulak* Wa'alaikumussalam.
Amat : Eleh tadi sombong sangat , last-last tegur balik jugak.

Nampak situasi di situ ? gambarkan sahaja dimana-mana lokasi . Bagi pembaca yang bukan Islam , di dalam Islam apabila seseorang itu memberi salam , maka kita wajib untuk menjawab salam tersebut . Tetapi , ramai yang diluar sana suka untuk menggunakan agenda agama untuk kegunaan yang tidak elok . adi apa yang patut untuk dilakukan oleh perempuan tersebut ? 
Jika perempuan itu adalah orang asing (ajnabiyah) bagi lelaki tersebut, apatah lagi perempuan itu tergolong dalam kategori  perempuan yang cantik yang ditakuti menimbulkan fitnah, maka  makruh lelaki itu memberi salam kepada perempuan seperti ini. Jika dia(lelaki) memberi salam juga, haram bagi perempuan itu menjawab salam tersebut. Begitu juga bagi perempuan haram memberi salam kepada lelaki dan jika dia(perempuan) memberi salam juga, makruh bagi lelaki menjawab salam tersebut.

Jika perempuan yang ajnabiyah itu pula adalah perempuan yang sudah tua, sekira-kira tidak menimbulkan fitnah, maka boleh(sunat) perempuan itu memberi salam kepada lelaki dan wajib lelaki itu menjawab salamnya, begitu juga hukumnya salam lelaki kepada perempuan tersebut.

Adapun jika perempuan itu yang terdiri dari bilangan yang ramai, dibolehkan(harus) bagi seorang lelaki memberi salam kepada mereka atau sekiranya lelaki terdiri dari bilangan yang ramai, maka boleh(harus) mereka memberi salam kepada seorang perempuan, dengan syarat tidak ditakuti terjadinya fitnah, sama ada kepada lelaki atau perempuan tersebut.
Jadi jelas tak ? Tak perlu rasanya saya nak berhujah panjang-panjang . Petikan diatas saya rasa dah cukup terang . Dan saya dah buat kajian juga , kesemua sumber memberitahu perkara yang sama. Tetapi jika masih ada kemusykilan , boleh rujuk kepada orang yang lebih pakar berdekatan anda . Terima Kasih . Assalamualaikum :)

Wednesday, April 25, 2012

Lelaki ? seperti perempuan juga. :)

Assalamualaikum,
Aku tak tahu kenapa aku post benda seumpama ini , mungkin seseorang telah memberi idea secara tidak langsung . Blog ini sangat jarang diisi dengan perkara seperti ini . haha . Bagi perempuan , lelaki sangat jarang memahami dirinya kerana lelaki anggap perempuan adalah satu ciptaan yang sangat rumit dan kompleks dari segi hati dan perasaan . Tapi , perempuan juga anggap lelaki ini mudah , jadi dia tak nampak apa yang sebenarnya . *drumroll* 20 yang terbaik ! *nada hagemaru*
  1. Si dia bersungguh2 melakukan sesuatu utk kekasihnya dgn rela dan bukan kerana terpaksa.
  2. Si dia sentiasa ingin menghiburkan kekasihnya dan sanggup berubah demi menyenangi hati pasangannya.
  3. Si dia byk menasihati kekasihnya kerana si dia amat menyayangi kekasihnya.
  4. Si dia sentiasa takut kehilangan kekasihnya.
  5. Si dia sentiasa mengawasi pergerakan kekasihnya kerana si dia sentiasa berasa curiga jika kekasihnya dikacau lelaki lain.
  6. Si dia tidak suka ada lelaki lain rapat dgn kekasihnya.
  7. Si dia mudah merasa cemburu dan sensitif apabila kekasihnya tidak menumpukan sepenuh perhatian kepadanya.
  8. Adakalanya si dia seperti seorang anak kecil yang meminta perhatian kerana si dia mahu kekasihnya melayannya lebih dari org lain.
  9. Si dia menjadi org yg paling rajin dan sanggup membantu kekasihnya melakukan apa saja.
  10. Si dia pandai merajuk hati kerana ingin dipujuk dan dimanjai oleh kekasihnya.
  11. Si dia akan menggelabah apabila kekasihnya berjauhan daripadanya terlalu lama.
  12. Si dia sentiasa memastikan keselamatan kekasihnya.
  13. Si dia mementingkan kekasihnya daripada dirinya sendiri.
  14. Si dia kerap bertanya adakah kekasihnya mencintainya kerana si dia tidak mahu kasih sayang antara mereka menjadi luntur.
  15. Si dia tidak akan melayan perempuan lain yg tidak ada urusan penting dengannya.
  16. Si dia cuba meluangkan lebih byk masa dgn kekasihnya walaupun terpaksa mengorbankan masa dirinya sendiri.
  17. Si dia membanggakan kekasihnya di depan org lain.
  18. Apabila timbul org ketiga,si dia akan hilang akal dan sanggup berbuat apa saja untuk merebut kembali kekasihnya.
  19. Si dia menganggap kekasihnya sebagai org yg paling dipercayainya dan sanggup menyerahkan harta walaupun nyawanya sendiri.
  20. Si dia sanggup menitiskn air mata demi kekasihnya.. Bukan semua lelaki sanggup menitiskan air mata hanya untuk seorang perempuan.
Nampak permainan dia ? haha . The answer is yes , most of lelaki mesti macam ni . Kajian dah dibuat sendiri oleh aku , dari pemerhatian dari lelaki yang aku kenal . haha . Kami lelaki mungkin ada cacat dan cela , tetapi kami akan berusaha untuk jadi yang terbaik untuk kau , Perempuan . dah memang lumrah kan lelaki untuk perempuan dan perempuan untuk lelaki ?