Saturday, July 10, 2010

Hidup aku Berubah.

Hidup aku mula berubah sejak mula memasuki UiTM pada 26 JUN lepas.
Tidak lagi serupa dengan sebelum ini,
Semuanya SENDIRI. bukan pelajar sekolah, tetapi siswa universiti.
Baju dipakai dua tiga hari sekali, seluar pun sama.
Basuh sendiri, tangan kecut. tak pernah buat sebelum ini.
Tidur hanya berkipas. tiada lagi AIRCOND.
Berkongsi adalah satu perkara biasa, tetapi aku tidak. perlu biasakan.
berlainan bahasa, berlainan budaya, berlainan adat.
perlu belajar berdikari. berdiri diatas kaki sendiri.
rindu setiap hari dirasai. ibubapa. kehidupan sebelum.
itu semua dulu. kini sudah berubah.
tinggalkan segala kesenangan, berjinak dengan kesusahan.
Orang lain boleh hidup. mereka manusia biasa.
bermakna aku juga boleh hidup.
seperti mereka. Sehingga berjaya :)

Tuesday, July 6, 2010

Goodbye

Goodbye All! back to Penang today.
*bukan lama mana pun. raya balik. hahaha ;D

Monday, July 5, 2010

Photography EOS 1000D







Segala komen sangat dihargai! :)

SSK - Aku Tak Famous Lagi

SSK - Aku Tak Famous Lagi

Aku tak famous lagi, masih ramai yang tak kenal
Masih tak berduit, pegi kolej bawak bekal
Free show aku bedal, sebab belum ada nama
Belum boleh demand, belum sampai masanya
Belum jadi wajah poster, buat gadis pengsan
Aku nak jadi emcee, bukannya jadi bohjan
Tak perlukan rancangan berlandaskan undian
Dan tak pernah terkilan tak dapat rap untuk iklan
Aku tetap aku, dan aku tak famous lagi
Masih belum ada hummer, masih bawak kenari
Masih lepak kat mamak dengan Joe dan NBE
Takde orang sibuk-sibuk nak bergambar dengan kami
Jangan lari duduk balik, aku masih belum habis
Aku mintak korang dengar, bukan kasi album laris
Kalau laris, ape salahnya, dah memang lagu sedap
Semua killer takde filler, itu aku berani cakap

Kami bukannya nak mengejar populariti
Kami buat muzik untuk puaskan hati kami
Peminat semua kamu memang dihargai
Pendengki teruskan mendengki, kami tetap di sini

Korang nak gapai bintang aku naik star lrt
Tak payah hati-hati sebab tak femes lagi
Lagu takde kat radio, muka tak masuk tv
Tak dapat lagi tajaan adidas atau nike
Tapi aku puas hati, aku nak buat muzik
Tak nak cium bontot korang, tak nak berpolitik
Media kalau tak nak tolong, tolong jangan kritik
Kalau femes nanti orang fitnah aku homofobik
Awek-awek lentik, pandang aku sebelah mata
Tapi aku tak kisah, sebab dah berpunya
Brader-brader panggil weh macam aku takde nama
Tapi semua kan berubah kalau aku masuk mangga
Sedara buat tak kisah sebab tak tau apa-apa
Anggap aku loser, menyusahkan keluarga
Mama dan ayah, buat rilek rilek aje
Sebab tau abang akan menggemparkan Malaysia

Kalau dah femes kat msn kena busy
Nak elak mamat-mamat yang mengaku homie
Nak elak bini marah awek lain panggil baby
Buat sesi dengan Mawi belajar handle kontroversi
Tapi tetap didekati, mulut-mulut bau longkang
Aweks datang tayang longkang, tidak jatuh kami terbang
Bukan nak bergebang, tapi realiti sekarang
Pokoknya bila femes ramai yang nak engkau tumbang
Bila dah femes karang mesti layan heroin
Fazura, Nora Danish dan juga Elly Mazlein
Buat lagu main-main lirik tak payah pening
Bila dah ada nama radio tetap akan main, kan?
Kalau dah femes kami nak jadi lagi femes
Nak jadi lagi besar daripada Adibah, Noh dan Estrella
Minum dgn Kokokaina
Dan sebenarnya nak berduet dengan Yuna
Kakak kau tampal poster, abang kau suka aku
Adik kau nak berkenalan dengan adik aku
Mak bapak korang nak jadikan aku menantu
Kami buat korang sedar REALITI TV TU PALSU.

Download Lagu Ini

*Lagu untuk sesiapa yang agak-agak nak jadi famous tak bertempat :)

Sunday, July 4, 2010

Wabak Demam Denggi


Bermula daripada Rabu minggu lepas, aku demam teruk. tetapi tanpa apa-apa pemeriksaan, aku biarkannya pulih dengan sendiri. Jumaat, mula sakit-sakit sendi dan otot. Aku biarkan juga. Sabtu, mendaftar di UiTM dengan keadaan demam. Selasa dan Rabu, aku dimasukkan ke Unit Kesihatan di UiTM. Rabu malam aku pulang ke Shah Alam. Khamis, pergi ke KPJ Medical Center. Buat pemeriksaan, dan didapati POSITIVE denggi. Admitted di hospital semalaman. Keesokan, aku dibenarkan pulang. Platelets count semakin tinggi. Aku stabil. Diberi MC selama seminggu. Kini aku berehat di rumah :)

Days in UiTM Penang. Part 2

Ahad 27-06-2010, Bermulalah Orientasi selama 5 hari. Seperti biasa, diperlukan bangun pada pukul 4.30 pagi dan dikehendaki berkumpul pada pukul 5.00 pagi. AKU, bangun pukul 6.00 pagi. Seronok kan? haha :D Dari pagi, sehingga ke petang. SESI PENDAFTARAN. dianggarkan mengambil masa 6 jam *plusplus* untuk menyudahkan pendaftaran ini. Sakit tak sakit la nak tunggu kan? -,- Sempat lagi berjumpa ibu bapa buat kali terakhir sebelum mereka berangkat ke Selangor.

Isnin 28-06-2010, Sekali lagi aku bangun lambat -,- lalu didenda berlari beberapa pusingan dimana aku terlepas dari denda tersebut kerana mempunyai masalah sakit kaki. :) Terus ke Pusat Islam untuk solat subuh. Semasa kuliah, tiba-tiba aku berasa sebak di dada mengenangkan ibu bapa. Lalu, terhempas ke bumi beberapa titis air mata :'( berjalan kesana dan kemari sehingga malam tanpa mandi -,- Penat jangan tanya. Terima kasih.

Unit Kesihatan

Selasa 29-06-2010, Dari pagi sehingga malam, tidak putus orang mengucapkan selamat kepadaku kerana hari lahirku jatuh pada tanggal 29. :) Thanks everyone :) Pada hari ini juga, aku dimasukkan kedalam Unit Kesihatan UiTM dari pagi sehingga malam atas sebab SAKIT KEPALA yang teramat sangat.

Rabu 30-06-2010, Selesai solat subuh, aku kembali ke Unit Kesihatan untuk kembali berehat. Aku tidak mampu lagi untuk mengikuti sesi orientasi yang sedang berjalan. 3.30 petang, bapaku sampai ke sini, dan membawaku pulang. Jadual penerbangan FireFly pada pukul 8.15 malam. Satu aku tak puas hati. TAMBANG TEKSI dari UiTM ke Airport RM80? gila mahal. >:(

Maka habislah ceritaku di UiTM Pulau Pinang setakat ini :) Hanya berada disana selama 4 hari dah balik. HAHAHA ;D

Days in UiTM Penang. Part 1

Selamat semua, sudah sekian lama aku tidak meng'update' blog ini, *bersih-bersih sawang* Mungkin kerana aku terlalu sibuk? atau pun tiada idea yang mahu ditonjolkan disini. hahaha :D
Cukup mengarut, kembali ke topik yang telah dinyatakan :)

Feri, Feri, Feri..

Jumaat 25-06-2010, Aku sekeluarga telah menuju ke Pulau Pinang atas sebab ingin menghantarku ke UiTM keesokan harinya. Selama 4 jam *plusplus* perjalanan, diikuti dengan menaiki feri, aku sampai dan daftar masuk ke Northam Hotel. Tidur. Tidur. Tidur. Tidur. Tidur. okay cukup -,- Kemudian, dengan demam, sakit kepala, sakit kaki, aku berjalan di sekitar Pulau Pinang. mendapat urutan juga daripada salah sebuah kedai urut. SAKIT kot. tandanya banyak penyakit tu. haha :D

Kampus UiTM Pulau Pinang

Sabtu 26-06-2010, SEAWAL 11.00 pagi aku sampai di UiTM Pulau Pinang. Awal sungguh, dalam surat tulis mula pukul 8.30 pagi. Lambat 2jam 30minit. :D Masuk ke pintu masuk, dapat sehelai slip hostel. Dah dapat bilik. Satu blok baru yang dinamakan blok kristal, tersangat baru. baru sangat. sangat. KATIL tiada. LOCKER tiada. yang ada hanyalah TILAM beserta MEJA. sungguh bagus. haha. Selesai urusan. aku keluar menghabiskan masa-masa terakhir bersama keluarga. :)


ARGENTINA ♥


I will always support you! HAHA :)
see you again for the next FIFA