Sunday, July 4, 2010

Days in UiTM Penang. Part 1

Selamat semua, sudah sekian lama aku tidak meng'update' blog ini, *bersih-bersih sawang* Mungkin kerana aku terlalu sibuk? atau pun tiada idea yang mahu ditonjolkan disini. hahaha :D
Cukup mengarut, kembali ke topik yang telah dinyatakan :)

Feri, Feri, Feri..

Jumaat 25-06-2010, Aku sekeluarga telah menuju ke Pulau Pinang atas sebab ingin menghantarku ke UiTM keesokan harinya. Selama 4 jam *plusplus* perjalanan, diikuti dengan menaiki feri, aku sampai dan daftar masuk ke Northam Hotel. Tidur. Tidur. Tidur. Tidur. Tidur. okay cukup -,- Kemudian, dengan demam, sakit kepala, sakit kaki, aku berjalan di sekitar Pulau Pinang. mendapat urutan juga daripada salah sebuah kedai urut. SAKIT kot. tandanya banyak penyakit tu. haha :D

Kampus UiTM Pulau Pinang

Sabtu 26-06-2010, SEAWAL 11.00 pagi aku sampai di UiTM Pulau Pinang. Awal sungguh, dalam surat tulis mula pukul 8.30 pagi. Lambat 2jam 30minit. :D Masuk ke pintu masuk, dapat sehelai slip hostel. Dah dapat bilik. Satu blok baru yang dinamakan blok kristal, tersangat baru. baru sangat. sangat. KATIL tiada. LOCKER tiada. yang ada hanyalah TILAM beserta MEJA. sungguh bagus. haha. Selesai urusan. aku keluar menghabiskan masa-masa terakhir bersama keluarga. :)


2 comments: