Sunday, July 4, 2010

Days in UiTM Penang. Part 2

Ahad 27-06-2010, Bermulalah Orientasi selama 5 hari. Seperti biasa, diperlukan bangun pada pukul 4.30 pagi dan dikehendaki berkumpul pada pukul 5.00 pagi. AKU, bangun pukul 6.00 pagi. Seronok kan? haha :D Dari pagi, sehingga ke petang. SESI PENDAFTARAN. dianggarkan mengambil masa 6 jam *plusplus* untuk menyudahkan pendaftaran ini. Sakit tak sakit la nak tunggu kan? -,- Sempat lagi berjumpa ibu bapa buat kali terakhir sebelum mereka berangkat ke Selangor.

Isnin 28-06-2010, Sekali lagi aku bangun lambat -,- lalu didenda berlari beberapa pusingan dimana aku terlepas dari denda tersebut kerana mempunyai masalah sakit kaki. :) Terus ke Pusat Islam untuk solat subuh. Semasa kuliah, tiba-tiba aku berasa sebak di dada mengenangkan ibu bapa. Lalu, terhempas ke bumi beberapa titis air mata :'( berjalan kesana dan kemari sehingga malam tanpa mandi -,- Penat jangan tanya. Terima kasih.

Unit Kesihatan

Selasa 29-06-2010, Dari pagi sehingga malam, tidak putus orang mengucapkan selamat kepadaku kerana hari lahirku jatuh pada tanggal 29. :) Thanks everyone :) Pada hari ini juga, aku dimasukkan kedalam Unit Kesihatan UiTM dari pagi sehingga malam atas sebab SAKIT KEPALA yang teramat sangat.

Rabu 30-06-2010, Selesai solat subuh, aku kembali ke Unit Kesihatan untuk kembali berehat. Aku tidak mampu lagi untuk mengikuti sesi orientasi yang sedang berjalan. 3.30 petang, bapaku sampai ke sini, dan membawaku pulang. Jadual penerbangan FireFly pada pukul 8.15 malam. Satu aku tak puas hati. TAMBANG TEKSI dari UiTM ke Airport RM80? gila mahal. >:(

Maka habislah ceritaku di UiTM Pulau Pinang setakat ini :) Hanya berada disana selama 4 hari dah balik. HAHAHA ;D

1 comment: