Saturday, November 27, 2010

Jangan Nak Kampung Sangat Lah, Budak Kampung!

'gila kampung kau ni'
'apahal kau ni kampung sangat?'
'balik kampung tanam jagung la weh!'
'kau ni layak duduk kampung je'

Saya boleh sure 100% kamu semua pernah dengar ayat-ayat ni kan? Cuma sama ada keluar dari mulut orang lain ataupun diri sendiri. Kampung, kenapa orang sekarang mendefinisikan kampung sebagai tempat yang sangat asing? kerana budaya mereka? cara hidup? beberapa persoalan yang bermain difikiran, mulakan, pakai baju kurung dikira kampung, pergi masjid setiap hari dikira kampung, tidak bergaul dikira kampung, tidak mengikuti trend terkini juga dikira kampung. Kenapa?

Adakah ia bermakna orang bandar adalah sempurna ataupun jauh lebih baik dari orang kampung? Pergi club/karaoke baru dikira orang bandar, pakaian mengikut trend baru dikira orang bandar, bergaul bebas baru dikira orang bandar. Ya, itulah realiti sekarang, jadi semakin ramai remaja sekarang mahu menjadi salah seorang 'budak bandar'.

Ingat dahulu, bandar satu pun tiada, yang ada hanyalah kampung yang banyak, seberang sana, seberang sini. Mereka mengikuti satu revolusi dimana bandar-bandar mula diwujudkan dan disitu mempunyai pelbagai agenda yang datang dari mana-mana sumber. Kampung? tetap begitu. Minum kopi di kedai kopi, sapu daun dihalaman rumah, dan lain lagi perkara yang biasa dilakukan.

Dengan itu, pelbagai budaya dari luar datang, remaja dengan sifat mahu mencuba mula mengikuti satu-persatu budaya asing sehinggakan ada yang sudah lupa asal usul nya yang cuma bermain guli dan menikmati ais kacang ditepi warung.

Aku sendiri, sudah melihat pelbagai jenis situasi yang berkaitan dengan ini, perempuan yang memakai baju kurung dilabel sebagai 'budak kampung' dan kemudian bertukar kepada pakaian yang 'tahapapapa'. orang yang tidak pernah menjejakkan kaki ke kelab malam, diperkatakan sebagai 'budak kampung' dan kemudian berubah kepada setiap hari ke kelab dan mula melupakan masjid yang setiap hari dijejakinya. Lelaki/perempuan yang tidak bergaul dipinggirkan menyebabkan mereka berasa tertekan dan mula untuk bergaul bebas. dan pelbagai lagi.

Tidak mahu mengulas, kerana setiap individu mampu untuk mengulas sendiri, aku berikan persoalan-persoalan diatas untuk kita sama-sama fikirkan. Jika melihat dari sudut lain, lebih banyak negatif menjadi seorang 'budak bandar' daripada berterusan menjadi 'budak kampung' yang sejati. betul atau tidak? Jawapan? Lu Fikirlah Sendiri. haha :)

*penat tengok seorang demi seorang bertukar. haha

No comments:

Post a Comment