Thursday, December 30, 2010

ada jugak orang macam ni kan?

umur berapa? 18.
study? belum.
kerja? baru berhenti.


cantik sikit, kau tu sekolah lagi, buat cara budak sekolah boleh kan?
oh, silap besar la nak tipu orang yang dah ORIGINAL 18 tahun ni.
serabutt. cerita semua nak letup.

Tuesday, December 14, 2010

Ed-Hardy for BlackBerry :D


Just got a new case of my Blackberry, Ed Hardy
Love Kills Slowly, HOHO :D

Saturday, December 4, 2010

List Barang Perlu Dibawa Ke UiTM,

Assalamualaikum, sebelum aku mengamuk didalam post selepas ini, baiklah tenangkan jiwa untuk post kan ini. Okay, ini untuk rujukan sendiri, nak ikut taknak ikut, ikut suka, :) Oh, barangan peribadi sahaja :)

- Kemeja, bawak 3 helai cukup. haha
- Baju-T Kolar, Seluar dalam 6 pasang bolehlah,
- Tie, bawak la ikut warna baju
- Untuk Semester 2, Lab Coat jangan tinggal rumah. haha
- Stoking, ikut lah nak berapa. haha
- Dah bawa stoking, kasut jangan tinggal.
- Beg, Laptop, Charger, Handphone, jangan lupa, nyawa tu. :D
- Student Card UiTM , jangan ada yang hilang sudah -,-
- Baldi, Toiletries, Hanger, dan sebagainya.
- Stationary, tak payah nak pinjam dah.
- Cadar, yang SINGLE bed ya.
- Seterika, Heater air, bagus untuk kesihatan.
- Dan lain-lain barangan, malas nak fikir :D

okay, itu sahaja bacara kita pada hari ini :) assalamualaikum :)

Cerita Ketiga Disember.

Perhatian, cerita ini sungguh tragik. haha

Seawal pukul 8.00 pagi waktu tempatan, aku terpaksa pergi ke Pulau Pinang dengan segera oleh kerana mempunyai urusan emergency disana, Sampai di Subang Airport, beli ticket, check-in lalu terbang bersama awan dania. oh, dia tiada. Dengan lenggang, luggage tiada, hand luggage tiada, buat tak tahu masuk dalam flight dengan tangan kosong. Pesawat mengambil masa 1jam untuk sampai ke destinasi, Oh, krew kapal yang agak saya tidak suka, harap pegawai atasan dapat mengambil tindakan -,-



Setelah sampai, airport sesak, aku sesat, cantekk. haha. oh jemaah haji yang telah pulang ke tanah air, bila aku nak pergi pulak ni. terus ke McDonald membeli Chocotop, menunggu teksi untuk melangkah kedestinasi. Ya, sangat mahal, RM44 untuk perjalanan sekangkang kera :) Dan apabila sampai ke Leneagles Hospital, tunggu ayah aku untuk discard, kemudian ke hotel semula dan Check-out.



Sebelum balik ke Shah Alam, singgah di UiTM Pulau Pinang dulu, slow talk dengan pengarah, selesai masalah kediaman di semester seterusnya, hehe :D Okay, makan dulu, beli bundle dulu, RM100 dapat 3 plastik besar, gila laa :D barulah balik ke Shah Alam :)


Ya, aku yang driving, ya allah, penat jangan kira. 5 jam drive, sekali berhenti, memang, memang penat, sakit pinggang, baru aku tau kesakitannya apabila memandu kereta jarak jauh ini, hehe. Sebelum tu, singgah di Kuala Lumpur, selesaikan urusan yang ada, lalu balik, ingatkan boleh tidur, Kemas beg pulak, cantek, haihh,

*haha, aku tau boring -,-

Thursday, December 2, 2010

Update from phone :)

Yeah, assalamualaikum to all readers :) this post is my first ever update form my lovely phone. Testing mode, just wanna know what will happen to my post. Hahaha. Okay, that's all :)

Tips : Simpan Duit

Assalamualaikum.

hehe, bagus, mulakan dengan salam. :) yahh, hari ini aku baik hati untuk meng'share' dengan kamu semua tips jimat duit yang telah saya amalkan sejak dulu lagi :) Actually, kenapa kita berjimat? nak bagi duit berlambak-lambak dalam saving? ke nak peram jadi jeruk? mahupun buat roket yang banyak? haha. Bagi aku, bagi aku lah kan, tiada guna aku nak simpan duit banyak-banyak tanpa arah tuju. semua tu sia-sia. kenapa? kenapa bila kita dah ada sebilangan duit yang agak besar jumlahnya, duit itu akan hilang sedikit demi sedikit? haha

1) Simpan duit kena ada matlamat,
- tak kira jangka panjang atau pendek, aim satu benda yang kita inginkan, contoh, nak beli laptop dalam masa 6bulan. so, mesti dapat punya dalam 6bulan asalkan bersungguh la. tapi kalau memang maksima 20sen je dapat sehari, jangan la target 6bulan jugak, ikut kemampuan. haha

2) Buat 1 akaun bank untuk simpanan
- Ha, cara ini aku rasa berkesan gila. haha. buat lagi satu akaun, kemudian masukkan semua duit simpanan dalam tu, contohnya, aku ada maybank, dalam tu semua untuk perbelanjaan sebulanan, dan satu lagi akaun RHB, untuk simpanan :) jangan lah buat maybank sebagai akaun simpanan kerana ATM maybank sangat bersepah dimana-mana. lain kalau kuat iman. haha

3) Buat checklist/wishlist.
- Ya, remaja seperti saya memang banyak nak dibeli, dan saya pasti ramai yang dah tau buat ini, :) caranya? sinkronais dengan cara yang pertama. haha

4) Cari seseorang untuk simpankan simpanan anda
- sebelum panjang lebar, jangan bagi kepada sesiapa yang langsung ataupun hanya 99% korang percaya. insyaallah, jahanam lah simpanan anda semua. haha. suruhlah ibu bapa, adik beradik, mahupun kawan yang BETUL boleh dipercayai untuk simpan duit anda, dan jangan lupa pesan, kalau mintak, jangan bagi. haha

5) Pinjamkan duit kepada orang lain,
- Oh, cara ini sungguh berisiko, tetapi juga sangat mulia :) bagi sahaja kepada sesiapa yang ingin meminjam duit anda, tak kira lah berapa jumlahnya, jangan bagi pinjam semua sudah -,- so, bila kutip hutang, boleh senyum sampai telinga :) tapi tu part paling bahaya. faham jela. haha

Cukuplah, bagi banyak-banyak bukan korang buat. haha, setakat ini,cara-cara diatas adalah sangat berkesan bagi saya untuk menyimpan duit nak dibandingkan dengan menyimpan duit di tabung bulung. renung-renungkan, dan selamat beramal :)

*huh, pernah mengamuk dekat orang sebab taknak bayar hutang,

Wednesday, December 1, 2010

Blackberry Blackberry Blackberry :D

Hi, berjumpa kita kembali bersama-sama abang bil dalam rancangan masak-masak kaw kaw.
haha, sorry, aku terlebih excited sikit, harap maklum, ini ada entry yang pendek. baca jelah :)

Okay, kali ini sekali lagi aku berasa berbangga kerana dapat mengumpul duit dengan sendirinya untuk membeli telefon bimbit yang boleh dikatakan idaman dari dulu. huh, bakar simpan duit still ada, bagus :) ya, blackberry, model apa? lama punya je. Yang pasti bukan Bold 2, Bold 3, mahupun Torch :) hanyalah curve, murah jela, function lebih kurang dengan Bold, tetapi internet-nya dua kali lebih lembab. haha :) bbm, facebook bukan lagi masalah, always connected 24 hours :)

Oh ya, aku sangat berminat untuk mengkaji keupayaan kamera sesebuah handphone, ini result :)



Ha, bolehlah, sama je dengan kamera handphone lain yang yang waktu dengannya :)
yang pasti, aku suka telefon ini, comel pun comel. haha,
I Love You Blackberry :)