Saturday, July 9, 2011

Life ;

When I was a kid, I didn't have a laptop, iPod, Blackberry, PS3, Wifi or designer clothes. I played outside with friends, bruised my knees, made up stories and played hide and seek. I ate what my mom made, and would think twice before I say "no" to my parents! Life wasn't hard, it was good & I survived.
-Facebook

Siapa kata hidup susah? Senang je sebenarnya. Yang jadikan susah itu kita sendiri. Bak kata orang 'Buat Teruk'. Yang susah-susah pergi susahkan diri tu kenapa? Pening tak? haha.

Okay, aku tak salahkan sikap manusia 100% sebab mereka boleh berubah mengikut persekitaran, keadaan sekeliling, dan peredaran masa. Cuba baca Quote atas itu , memang dulu semasa aku kecil tiada semua itu. Aku belajar internet pun darjah 5 kalau tak silap. Laptop, iPod, Blackberry tu jangan tanya lah. Sekarang baru ada, PS3 sampai sekarang tak pernah sentuh. Tapi boleh lihat, adik aku sendiri. Darjah 1 ada semuanya.

Tetapi semua itu, aku gantikan dengan bermain dengan rakan-rakan sebaya diluar. Panjat pokok, baling selipar, guli, longkang, kejar-mengejar, sorok-sorok dan macam-macam lagi.
Gembira lebih daripada apa yang aku ada sekarang. Tak sama bermain laptop dengan kejar mengejar, menghadap blackberry dengan hadap longkang tunggu berudu. Tak sama.

Bila hidup semakin dewasa, aku mula untuk bertindak dewasa. Mula melihat sekeliling dengan kesibukan, rushing sana-sini, kecewa. Aku mula disuntik dengan keadaan seperti itu. Tetapi aku tetap rasakan yang zaman kanak-kanak adalah zaman yang paling relax. Mungkin ini adalah satu sebab kenapa aku kadang-kadang berkelakuan seperti kanak-kanak.

Kesusahan dalam kehidupan itu perlu. Kenapa? Kerana untuk hadirkan kemanisan apabila kita mencapai kejayaan. Faham? Haha. Okay, apa beza kita dapat duit 1Juta orang bagi dengan dapat duit 1Juta daripada hasil kerja keras sendiri? Mau tak luak pun duit tu. Haha.

Sebenarnya tiada apa yang senang dalam hidup ini. Apa yang aku maksudkan adalah, lalui dengan tenang. Ikut rentak. Agak-agak terkeluar landasan, cuba masuk balik. Jangan tersasar jauh.

Pesanan dari ayah, " Belajar memang susah, baru semester3 dah pening susahlah. Semester5 dah pitam, Degree tumbang terus. Haha, tu belum kerja lagi, macam mana ? "

Betul lah tu, So first thing aku kena buat, Masuk dalam flow study balik, aku dah kelaut ni. 2 test dah jahanam. Sakit haha

Biasalah hidup. Nak senang masuk MLM ah. HAHA



No comments:

Post a Comment