Thursday, September 16, 2010

Ceritut Hari Raya :)

Nah, Sepuluh ringgit duit raya. buat beli gula-gula, bukan dunhill fine-cut.

Ermm, dah masuk Nth (malas kira) hari kita menyambut hari raya. Setiap orang ada ceritut masing-masing. Aku juga sama :) Jom bercerita.

Malam raya, buat pertama kalinya, rumah datukku sunyi sepi daripada laungan mercun mahupun percikan bunga api kerana 1. stokis cuti 2. aku takde stok 3. stok yang tinggal adik pergi main tengahhari. Sangat bagus adikku ini. haihh. Seawal pagi raya, sedang lena tidur, aku dikejutkan untuk mengambil stok makanan untuk dihidangkan kepada tetamu. Laksa, satay, nasi dagang, mee hoon (salah ke?), dan sedikit kuih raya. eh, banyak. Selesai tugas, baju melayu ber'colour' hijau limau aku sarungkan dan siap untuk sembahyang mayat raya. Selepas itu, bermaaf-maafan antara ahli keluarga dan sanak saudara, dan seperti biasa, nama pun hari RAYA, pergi beRAYAlah kami kerumah-rumah saudara dekat-jauh-panjang-pendek-tinggi-rendah. Dan aku melihat SKYPE tidak berhenti menayangkan muka anak2 yang jauh di perantauan.

Big Family

Family

The Cucu's

tett, tutt, teuutt, sambungkan saya ke Part 2 please? :)

Thursday, September 9, 2010

Ucapan Selamat Hari Raya :)



Saya ARIFF ingin mengucapkan
Selamat Hari Raya Aidilfitri
kepada semua warga Facebook

yang kenal atau tak kenal
yang baik atau tak baik
yang rapat atau tak rapat
yang lelaki atau perempuan
yang miskin atau kaya
yang online atau offline
yang sihat atau sakit
yang islam atau bukan islam
yang gembira atau sedih
yang tinggi atau pendek
yang kurus atau gemuk
yang papelah atau papelah

Saya juga menyusun sepuluh jari
ingin memohon ribuan ampun maaf
atas segala kesalahan, kesilapan
TERsana, TERsini, TERsitu
harap dimaafkan ya ?
kosong - kosong balik
Selamat Hari Raya Aidilfitri
kepada ANDA SEMUA! :)

*penat aku fikir nak type ni. hehe :)

Wednesday, September 8, 2010

Posting baharu. laungan suara serak basah. hahaha

Tiba masanya untuk mengupdate blog yang sudah sekian lama bersawang dan semua pengunjung tidak lagi mengunjung ke sini :) tidak mengapa. salahku sibuk sehingga mengabaikan blog ini. maklumlah sudah bergelar siswa. :D

Jumaat, 3-09-2010 dari UiTM Pulau Pinang aku bertolak melalui Bas > Feri > Bas > Flight > Kereta baru sampai ke rumah tercinta yang berada di Shah Alam. Gembira dapat tidur dalam bilik sendiri, air-cond, katil yang empuk. HAHAHA :D

Seperti biasa, kehidupanku menjadi seperti sebelum SPM, lepak, lepak, lepak, dan lepak. Oh, fyi, Raya Assignments semua dah selamat dihantar ke lecturer :) Sambil membeli-belah baju raya. Hanya dapat 2 pasang kerana daripada pemerhatian, kurang SALE tahun ini -,-

Hari ini, pagi-tak-berapa-nak-pagi aku bertolak ke terengganu dan lebih terperinci lagi, Kemaman :) bagasi kecil, nak bukak zip 5 minit beserta beg laptop, hanya itu yang dibawa kemari :) Kini, sedang online di kampung. mujur ada internet. haha :D ternampak i beg plastik berisi mercun. habislah malam esok. haha :D

Itu kisah a.k.a sinopsis hingga minit ini :) harap masih mempunyai masa untuk menjenguk-dan-mengupdate blog ini lagi :) nantikan post hari raya pula. maybe malam ini, atau esok. bye bye :)

Wednesday, September 1, 2010

Selamat Hari Kemerdekaan Ke-53! :)


MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!
dah cukup. assignment :)
Selamat menyambut hari kemerdekaan yang ke-53 :)

Selamat Hari Kemerdekaan Ke-53! :)