Nah, Sepuluh ringgit duit raya. buat beli gula-gula, bukan dunhill fine-cut.
Ermm, dah masuk Nth (malas kira) hari kita menyambut hari raya. Setiap orang ada ceritut masing-masing. Aku juga sama :) Jom bercerita.
Malam raya, buat pertama kalinya, rumah datukku sunyi sepi daripada laungan mercun mahupun percikan bunga api kerana 1. stokis cuti 2. aku takde stok 3. stok yang tinggal adik pergi main tengahhari. Sangat bagus adikku ini. haihh. Seawal pagi raya, sedang lena tidur, aku dikejutkan untuk mengambil stok makanan untuk dihidangkan kepada tetamu. Laksa, satay, nasi dagang, mee hoon (salah ke?), dan sedikit kuih raya. eh, banyak. Selesai tugas, baju melayu ber'colour' hijau limau aku sarungkan dan siap untuk sembahyang mayat raya. Selepas itu, bermaaf-maafan antara ahli keluarga dan sanak saudara, dan seperti biasa, nama pun hari RAYA, pergi beRAYAlah kami kerumah-rumah saudara dekat-jauh-panjang-pendek-tinggi-rendah. Dan aku melihat SKYPE tidak berhenti menayangkan muka anak2 yang jauh di perantauan.
No comments:
Post a Comment