Tiba masanya untuk mengupdate blog yang sudah sekian lama bersawang dan semua pengunjung tidak lagi mengunjung ke sini :) tidak mengapa. salahku sibuk sehingga mengabaikan blog ini. maklumlah sudah bergelar siswa. :D
Jumaat, 3-09-2010 dari UiTM Pulau Pinang aku bertolak melalui Bas > Feri > Bas > Flight > Kereta baru sampai ke rumah tercinta yang berada di Shah Alam. Gembira dapat tidur dalam bilik sendiri, air-cond, katil yang empuk. HAHAHA :D
Seperti biasa, kehidupanku menjadi seperti sebelum SPM, lepak, lepak, lepak, dan lepak. Oh, fyi, Raya Assignments semua dah selamat dihantar ke lecturer :) Sambil membeli-belah baju raya. Hanya dapat 2 pasang kerana daripada pemerhatian, kurang SALE tahun ini -,-
Hari ini, pagi-tak-berapa-nak-pagi aku bertolak ke terengganu dan lebih terperinci lagi, Kemaman :) bagasi kecil, nak bukak zip 5 minit beserta beg laptop, hanya itu yang dibawa kemari :) Kini, sedang online di kampung. mujur ada internet. haha :D ternampak i beg plastik berisi mercun. habislah malam esok. haha :D
Itu kisah a.k.a sinopsis hingga minit ini :) harap masih mempunyai masa untuk menjenguk-dan-mengupdate blog ini lagi :) nantikan post hari raya pula. maybe malam ini, atau esok. bye bye :)
No comments:
Post a Comment