Thursday, May 27, 2010

Saya Suka Saya Suka! XD

*ini bukan edit, ini kenyataan. tak percaya, klik untuk tumbesaran :)

Fuhh, lama juga aku tak buka blog ini, apatah lagi untuk mengemaskini. hahaha. sarang labah-labah sudah mula kelihatan, semut, lipas dan tikus berlari keriangan. Menandakan hampir berabad aku tak update blog. Hahaha *okay aku tipu*

Kerana apa? kerana sekarang aku lebih cenderung kepada memuatturun :) lagu, movie. hehe. harddisk ku sudah hampir penuh. iPod ku juga sudah penuh, Memory card serta Pendrive 2GB,4GB,4GB,8GB juga sudah penuh. Tak tahu nak sumbat mana. hahaha :D

Tak hairan lah. cuba tengok apa gambar tu tunjuk. MP3 5saat, Video Clip 30saat, Movie 11minit. hahaha, memang tak download sakanlah aku sejak terpasangnya UniFi dirumahku.

Dah, aku memang ketandusan idea nak tulis apa kat blog ini, hidup dah macam tak hidup. 26 june, please come to me! haha. ehh, Bye bye :)


Monday, May 17, 2010

Pakcik! Ais-Krim satu!


"Acik! nak ais-krim 50sen satu!"
"Acik, yg ni berapa ringgit?"
"Acik! saya menang tikam! Nak Hadiah!"
"Acik! Lolipop dua!"

Boleh bayangkan tak kalau anda yang berada ditempat pakcik tu sekarang? Dengan beratus murid-murid yang terpaksa dilayan. Aku lihat gelagat mereka, serupa. Serupa sebagaimana aku dulu. Berebut-rebut! Penjual seorang, pembeli ramai. Kalau niat dalam hati mereka nak mencuri, memang boleh sangatlah. Tetapi, itulah kanak-kanak. Tetap jujur dalam majoriti perkara. Sanggup berebut untuk bayar barang yg mereka beli.

Itulah kehidupan, tak semuanya senang. Sementara menunggu adikku keluar dari sekolah, aku memerhati dari jarak dekat, bagaimana urusan jualbeli dilaksanakan. Mentaliti kanak-kanak, tanpa soal bicara, terus hulurkan duit, RM1.00, RM5.00, RM10.00. SI pakcik tetap pulangkan baki dengan secukupnya. Jujur, itu yang aku dapat katakan.

Aku terfikir sambil melihat rupa pakcik, mungkin sekitar 50an? adakah hidup dia akan sebegitu selamanya? Kehidupan, satu takdir. Tetapi,

"Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah takdir suatu kaum melainkan mereka yang mengubahnya sendiri"

*minta maaf jika susunan ayat tidak memberansangkan, mahu berjinak dengan sastera. haha

Sunday, May 16, 2010

TM : UniFi

Di pagi hari yang suram,aku dikejutkan dengan satu deringan loceng rumahku. lalu aku melihat keluar, terpandang sebuah lori TM dihadapan rumahku. hairan? tak bayar bil kah? Takkan sampai nak potong internet aku kot. aku keluar, nampak bapaku sedang berunding dengan mereka. bawa beg kotak hitam bertuliskan UniFi. Uh, mcm pernah ku dengar nama itu. Selepas itu..

Ah, sudah, tak payah nak buat cerpen kat sini. haha :D Rumah aku kini dah dilengkapi dengan satu sistem comel iaitu HighSpeedBroadBand(HSBB). Coolio :D

Bukan itu saja, aku dapat satu CordlessPhone untuk buat panggilan ke talian tetap secara percuma, Satu Decoder HyppTV, dan Modem dan Router.

Jangan buang masa, jom test kelajuan :D

Movie (800Mb) dulu = 8 jam | kini = 30 minit
Lagu (5MB) dulu = 5 minit | kini = 6 saat
Youtube (10minit) dulu = 30 minit loading | kini = takpayah tunggu

laju tak laju? haha dan menunjukkan betapa lembabnya internet ku dulu =__='

Hehe, malas nak cerita panjang. untuk maklumat lanjut sila lawat website UniFi

Thursday, May 6, 2010

Formspring.me


Haha, kenapa aku buat account formspring? sebab aku malas nak tulis nama setiap kali nak tanya orang soalan dan aku nak follow orang. haha :)

Ada satu hari dimana semua orang nak membuka satu akaun dan seterusnya mempromosikan kepada orang lain di facebook, blog, friendster, myspace dan secara offline. aku buka satu persatu, pelbagai karenah manusia. bertanya, berbual, bergaduh, berkenalan dan pelbagai 'ber' lagi.

ada juga orang yang sanggup call, mesej, im nak suruh aku tanya mereka soalan -,- aku tanya la apa-apa, kambing dah makan? ayam dah sembelih? atuk dah tidur? etc etc

ha, sebagai seorang manusia, mesti ikut perkembangan. ada nak tanya apa-apa? kotak formspring aku berada disebelah kanan anda pada latitud 86 longitud 43. sila scroll kebawah jika tak nampak. terima kasih :)

12345689. kenapa 'tujuh' tiada? sebab keyboard aku dah rosak :)

Wednesday, May 5, 2010

Hard

it's hard to love someone and not be loved but its more painful to love someone and never find courage to tell that person what you feel,

"yeah, it's true,"

Saturday, May 1, 2010

UiTM : Diploma in Civil Engineering


Huh, aku dapat aku dapat aku dapat!

akhirnya, segala kerisauan, kemusykilan, ke'dupdap'an dalam diri ini sudah keluar. haha. Aku tidak perlu risau lagi untuk masuk ke matriks kerana sesungguhnya aku tidak mahu kesana. kolej swasta juga sudah ku tolak. tidak perlu untuk keluarkan duit beribu untuk kesana :)

apa-apa pun, ALHAMDULILLAH.. *sujud syukur*

Ha, sesiapa dapat serupa dengan saya? kenal kenal mau? :)