Monday, May 17, 2010

Pakcik! Ais-Krim satu!


"Acik! nak ais-krim 50sen satu!"
"Acik, yg ni berapa ringgit?"
"Acik! saya menang tikam! Nak Hadiah!"
"Acik! Lolipop dua!"

Boleh bayangkan tak kalau anda yang berada ditempat pakcik tu sekarang? Dengan beratus murid-murid yang terpaksa dilayan. Aku lihat gelagat mereka, serupa. Serupa sebagaimana aku dulu. Berebut-rebut! Penjual seorang, pembeli ramai. Kalau niat dalam hati mereka nak mencuri, memang boleh sangatlah. Tetapi, itulah kanak-kanak. Tetap jujur dalam majoriti perkara. Sanggup berebut untuk bayar barang yg mereka beli.

Itulah kehidupan, tak semuanya senang. Sementara menunggu adikku keluar dari sekolah, aku memerhati dari jarak dekat, bagaimana urusan jualbeli dilaksanakan. Mentaliti kanak-kanak, tanpa soal bicara, terus hulurkan duit, RM1.00, RM5.00, RM10.00. SI pakcik tetap pulangkan baki dengan secukupnya. Jujur, itu yang aku dapat katakan.

Aku terfikir sambil melihat rupa pakcik, mungkin sekitar 50an? adakah hidup dia akan sebegitu selamanya? Kehidupan, satu takdir. Tetapi,

"Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah takdir suatu kaum melainkan mereka yang mengubahnya sendiri"

*minta maaf jika susunan ayat tidak memberansangkan, mahu berjinak dengan sastera. haha

4 comments:

  1. comell.. ingatdulu balik skolah je beli ais krimm

    ReplyDelete
  2. ko nih... mmg pndai la create situation.... aku teringat mase darjah 1 dulu.... huhuhu.... perangai jahat kat skolah... "acik!!! bg roti canai telur + teh tarik.... cpat tau!!!".... ayat yg slalu digunakan bersama mmbr2 skolah...

    ReplyDelete
  3. ” Assalamualaikum salam sejahtera,
    Pemanis kata pembuka bicara;
    Dari Blog kami bercerita,
    Untuk tatapan sahabat semua”
    ~~~@@@~~~
    http://firestartingautomobil.blogspot.com/
    http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/

    Salam sebuah persahabatan salam perkenalan dari kami salam dihulur tanda sebuah perkenalan ….Semoga kami menerima respon yang baik dari kamu…. Thanks againt…

    yup aku teringat masa aku sekolah dulu-dulu

    ReplyDelete
  4. hanila : hehhee, tula pasal :D

    cps : thx puji. haha :D selamat saya baik akt sekolah. haha :P

    afza : ni promote eh? komen seciput? :P
    ye, aku pun :)

    ReplyDelete