Wednesday, February 23, 2011

Hot Sangat Ke Kau Tu? Sedar Sikit :)

Assalamualaikum semuaa, apa khabar? Baik? ha, baik jangan baca. Angin tukar jadi tak baik jangan tanya kenapa. haha :) Okay, berkaitan dengan tajuk diatas, agak-agak aku nak menulis apa? Tentang perempuan. Oh, kutuk sekali. tunggu okay tunggu :D

Bila jumpa orang buat tak kenal tapi sebenarnya kenal sangat. Apa jenis tu? konon nak jaga standard lah sampai jeling pun tak? Tak kisah lah semua tu, tapi bagi aku yang memang ambil berat tentang kawan, yes, agak terkilan lah. Yelah, siapa aku ni? Tak KAYA macam awak tu, tak cukup HANDSOME nak kawan dengan awak kan?

Bukan dengan aku seorang? oh, memang kalau dengan budak-budak biasa ni memang tak la dia nak layan. Muka nak sentiasa terdongak je keatas? Mulut tu entah boleh senyum atau tak, tu aku tak tahu. Dah tinggi sangat lah? Bas, taknak naik. Nak kereta juga. So, mamat yang ada kereta jelah boleh dekat dengan dia ni. Haha, lawak-lawak.

Ish, rasa geram pulak nak tulis panjang-panjang. Sorry lah, aku kutuk-kutuk pun bukan macam kau. mencarut sana-sini. hina sana-sini. Orang lain pun ada perasaan kot? Satu lah, satu pesanan dari aku, Sedar Diri :) duit pun mak bapak bagi lahh :)

*kalau muka lawa macam dalam gambar tu , faham lah jugak, tapi kalau muka dah sama macam ishh. haha :D

Saturday, February 19, 2011

Facebook, Menyenangkan Menyakitkan.


Huh? facebook? tipulah kalau siapa yang tak pernah tahu apa benda itu, paling tak orang ingat itu spesis binatang baru. haha. Saja nak melawak petang-petang ini. Ha, aku dah deactivate facebook pun. Sebab malas nak bising-bising dekat sana lagi. Yelah kan, siapalah ku ini. haha. Ramai orang tanya aku kenapa nak deactivate? gaduh dengan awek? nak perhatian? Jawapan satu persatu aku jawab. Aku tiada girlfriend untuk digaduhkan. Dan aku juga bukan seorang attention seeker :) Aku cuma nak deactivate sebab aku dah bosan. Jawapan standard kan? tapi itulah jawapannya :)

" Get a life la Fuck! "
" Mood = cam bodooo! "
" Kau macam babi kan ? "
" Pukimak punya betina! "


Ha, ayat diatas salah satu sebab aku menyampah nak online facebook lagi. Nak memaki orang je. Apa? dah hilang semua ayat ayat baik yang nak dipercakapkan tu? Agak lah sikit nak maki orang tu. Buka profile umur baru 15 tahun, 16 tahun. Dah habis besar lah nak maki orang macam tu? Duit pun mak bapak yang suap lagi, Jangan nak macam tu sangat lah kan. Saja aku taknak sensorkan perkataan tu. Semua dah tau kan?

'Hyep' 'ThxzZz' 'SaYeRw' 'DeRr' 'EwwW'

Peh, tak berhenti kejap aku tulis blog, hilang akal nak tulis macam ni. Eh, sekolah mana ajar buat macam ni? Sini aku ajar balik sekolah tu. Dah habis style lah tu? Huh, memang tak. Tolong lahh. Nak kata tak pergi sekolah, default picture gambar pakai baju sekolah. Apa jenis tulis macam tu? Nak tulis macam tu pergi la kat MySpace. Jangan lah semak kat facebook ni lagi. Tolong okay, tolong.

Okay, nak cerita memang banyak aku tak puas hati dengan facebook ini. Oh bukan facebook, orang yang ada dalam tu. Aku tahu benda ini akan berterusan sampailah ada laman sosial baru sepertimana Myspace dahulu ditinggalkan. Saja juga aku nak deactivate sebab nak tumpukan kepada pelajaran oleh kerana RESULT PHYSICS YANG TERAMAT SANGATLAH RENDAH. Terima Kasih. Assalamualaikum !

Thursday, February 17, 2011

CityVille


Okay, inilah game yang aku main sepanjang aku berada di UiTM ini, segala assignment aku tinggalkan, segala test aku sia-siakan. memang baguslah kan. -_____-

*ambil keputusan, deactivate facebook. soon :)

Sunday, February 13, 2011

Contect Blog Cun,Lawo,Kemas


NorSyuhadaJohan

HAHA, saja bosan-bosan boleh masuk contest pun layan :D

Syarat-syarat :
1 : Warganegara MALAYSIA
2. Jantina : Lelaki
3: Blog, ni blog lah :D
4: Follow? sudahh :)
5 : tag 4? okee okee

Sangat lemah apabila perlu tag orang ini, jap jap
1. xxsya
2. Syakila
3. Dunia Sebelah Aki
4. Japierah

*oh, nak masuk? click banner tu :)

Saturday, February 12, 2011

Plagiarism, Copycat, Copyright Reserved.

Stealing, If you can't get what you want legitimately. Before that, tahu atau tidak apa itu Plagiarism? Tak tahu? Source from wikipedia, the wrongful appropriation, close imitation, or purloining and publication, of another author's language, thoughts, ideas, or expressions, and the representation of them as one's own original works. Ha, faham-faham lah sendiri :)

Ada sesetengah blog yang kononnya sangat concern dengan aktiviti copy-meng'copy' ini kan. Kononnya menentang habis-habisanlah kegiatan ini. Siap mengamuk tak bagi orang lain copy entry dia. Eh, tolong lahh. Macamlah semua kandugan blog kau tu semua kau sendiri yang buat. Layout pun ambil internet, footer buang lepas tu cerita macam kau buat sendiri. Itu Plagiarism, faham?

Ish, aku bukan nak menyokong semua ini, tapi agak-agak lah sikit kan. Tak payah lah teruk macam tu sekali, Macam ni sebenarnyaa, boleh nak copy, tapi letak lah "thanks to" ke, kalau nak poyo-poyo sikit "di-cilok daripada" orang tak marah kita kan? Orang pun tak marah kita nak copy. Hargai kerja orang sikit. Sikit cukup lah, tak minta hadiah pun kan? :)

Blog aku, blog biasa takde orang nak lalu pun, Kalau aku ambil gambar dari google memang aku takkan letak copyright, sebab dah taktau siapa punya. Sorry lah sangat-sangat. So, nak copy-copy lah. Unless stated gambar tu memang aku tangkap, entry memang aku yang buat dan fikir sendiri, memang kau tak boleh ambil senang-senang lah kan. :) Senang cerita, kita hargailah kerja orang lain sepertimana kita nak orang lain hargai kerja kita. Renung-renungkan dan selamat beramal :D

ish ariff, hentikan lah -____-