Thursday, September 16, 2010

Ceritut Hari Raya :) PART 2

(..baiklah, talian anda telah disambungkan. Terima kasih)

Okay, raya kedua. Aku sudah mahu pulang ke kampung kedua iaitu sebelah bapa yakni di Perak. Oh ya, sebelum ini di kampung pertama iaitu sebelah mak yakni di Terengganu. Singgah selama sejam dirumah, lalu terus bertolak ke Perak dan mengambil masa 3jam30minit tambah makan+solat+buang air, aku sampai kedestinasi yang ditujui. Masuk rumah, dengan pantas sepantas kaki aku berjalan, aku menyerbu pizza yang berada di atas meja. Dapat lah, dalam 3slice kot. cukup lah :) seperti biasa, menonton televisi sehingga larut malam. lalu tidur.

Pagi raya ke-3. tak pagi sangat, sebab tengah hari baru bangun tidur, pergi melawat kubur+tempat tinggal asal bapa+kenangan lama+nostalgia. Aku tak sedap badan, tidur sepanjang perjalanan. Sempat singgah ke kubur Sultan Perak dahulu kala. Nak jenguk tempat penyemadian J.W.W Birch, tapi jalan rosak, tanah runtuh. So, tak pergi. Singgah lagi ditepi kedai minum, kerana tiada makanan, hanya ada kuih raya. Lalu balik.

Seterusnya, beraya dirumah saudara, berjumpa duapupu yang sama menuntut di UiTMpp , duit raya dapat, Bagus :D malas panjang cerita, Lawat kubur lagi, lalu balik ke Shah Alam.

Nak cerita ke apa ada kat Shah Alam? tak payahlah. hahaha

No comments:

Post a Comment