Sunday, May 22, 2011

Bila Dah Bercinta , Macam-macam hal .

Assalamualaikum,

Siapa yang tak pernah melalui perkara ni ? Jarang lah kita boleh dengar aku tak pernah couple ni . Paling tak pun suka sama suka . mesti ada even sekejap . Aku pun sama . Pernah lalui semua ni . So bila aku buat post ni , aku tak bolehlah sound aku main hembus tapi tak pernah rasa or lalui pun . kan kan ? :)

Suasana couple memang indah kan . Kalau boleh 24 jam nak melekat . jalan sana-sini sampai tak ingat dunia . Sebab tu orang selalu cakap , kalau dah bercinta , memang tak ingat dunia . haha . Aku lama dah tak berkecimpung dalam benda-benda ni semua . Tapi aku ramai kawan yang still couple . Soo , gelagat yang pelbagai ni dah bosan aku tengok . haha . Tapi aku nak cerita yang agak negatif sikit . sapa nak dengar yang positif kan ? haha . :)

1. Bergaduh sebab Facebook.

Paling ramai lah ni . Apa lah masalahnya . aku tahu la semua orang ada facebook kan . Aku tengok si lelaki jealous kalau si perempuan ni sembang dengan lelaki lain . Kalau boleh semua dia nak kacau . Macam tu jugak lah sebaliknya . Lepas tu update status nak maki-maki . Apabenda ? Deactivate jela facebook tu -,-

2. Bila dah gaduh , sibuk nak jealouskan pasangan.

Ni satu hal , apa ke bodoh sangat ? Dah takde kerja lain nak buat ? Ni belum break lagi , baru gaduh dah sibuk nak cari pasangan lain kononnya nak lupakan masa lalu . Padahal dalam hati nak bagi jealous . Tak fikir ke orang lain punya perasaan ? Baiklah cari jalan nak berbaik semula . kan ?

3. Tak bagi berkawan.

Ini aku paling pantang la . Aku nak tanya , sejak bila bernikah ni ? Tak payah nikah laa . Tunang pun belum . Jap , tak payah tunang , Parents pun tak tahu lagi ! So logik tak ? yang si perempuan pulak Lurus sangat pergi ikut cakap . Konon sayang sangat lah . Lepas kena tinggal , baru terhegeh nak cari kawan . Macam itu ke cik kak ?

Rasanya 3 cukuplah . aku bukan nak hurai panjang-panjang . Nak lebih-lebih pandai lah observe sendiri . okay :) Sekian . Ingatlah , baru je couple , belum ada ikatan apa-apa . Lain lah dah kahwin . nak buat apa-apa pun orang tak kisah .

2 comments: