Hari ini merupakan hari terakhir aku berada di Shah Alam sebelum aku pergi ke Pulau Pinang untuk memulakna semester yang baru . Ya , bukan lah sesuatu yang sedih pun . Cuma ada sayu untuk tinggalkan rumah yang segala lengkap ini . Segala riang tawa , sedih hiba akan aku tinggalkan buat sementara waktu .
Bagi aku yang tidak pernah berjauhan dengan keluarga memang agak sukar . Lebih-lebih lagi semester ini aku mula duduk diluar , tiada dijaga lagi oleh pihak Universiti . Bermakna aku perlu hidup berdikari . Bukan senang , tapi orang lain boleh kan ?
Sedih memang sedih , gembira dicampurkan dalam perasaan setiap kali aku meninggalkan tempat aku membesar ini walaupun buat sementara waktu . Melihat wajah ibu bapa yang riang , walaupun aku tahu , mereka juga merasai kehilangan . Mana taknya , jika aku ada , aku lah selalu akan menghantar adik dan mengambil adik pulang kesekolah , membeli barangan dapur . Sulung kan :)
Dengan harapan mereka mengharapkan aku berjaya . Aku bawa setiap kali aku keluar sendirian . Walaupun aku tidak mengharapkan dekan , kerana aku bukan seorang yang secemerlang itu . Tetapi aku akan pastikan mereka tidak akan kecewa . Doakan aku .

Saja buat touching sikit . HAHA :'D
No comments:
Post a Comment