Setiap orang mesti ada satu obsession yang kalau boleh, biar benda tu lekat seti pada mereka sepanjang mereka hidup . Aku juga ada , antaranya Bowling.
Aku bermula bermain pada umurku 12 tahun . bermula dari hari itu , minat aku kepada Bowling semakin bertambah . aku masuk kelab Bowling yang ada disekolah . dan bermula dari itu , aku mula bermain bersungguh-sungguh . Sehingga aku membeli bola sendiri . Permainan ku semakin baik dan semakin baik . Aku mula berani menyertai kejohanan . Tidaklah sehebat orang lain , tetapi aku puas , melihat semakin hari semakin improved.
Tetapi bermula aku masuk Universiti . Mungkin dengan kerja yang banyak , aku takboleh meluangkan masa untuk bermain . Dan setiap kali aku cuba untuk bermain , jari aku mula sakit . Tak tahu kenapa . Performance aku juga mula menurun . Sehingga semalam . aku cuba untuk bermain , tetapi keadaan jari semakin teruk . Aku cuba repair bola , but yeah . tiga tahun usage . Mesti rosak punyalah .
Sekarang , semangat aku yang dulu dah semakin tiada . sedih itu ada , tetapi aku bukanlah seorang yang akan bersedih untuk sesuatu yang remeh . Mungkin aku akan cuba lakukan sesuatu . Bola yang baru mungkin ? teknik yang baru mungkin ? Nanti . Yang pasti aku tidak akan berhenti bermain :)
No comments:
Post a Comment