Wednesday, October 20, 2010

Kemalangan Pertama Kali?

Terbaca Harian Metro keluaran lepas, terpampang di muka depan, seorang perempuan berumur 18 tahun meninggal dunia akibat kemalangan menaiki bas ekspress. Lebih sayu apabila diberitahu bahawa dia pertama kali menaiki bas ekspress setelah merayu kepada ibunya. Aduh, sangat menyedihkan.


Rohata Adam, 43, ibu kepada Sharene Sofia Fadzry Tan, 18, penumpang bas ekspres yang maut dalam kemalangan itu berkata ini merupakan tragedi malang untuk anaknya yang pertama kali menaiki bas ekspres. “Anak saya sebelum ini tidak pernah berjalan jauh berseorangan, kalau nak jalan jauh pun kami pergi sekeluarga menaiki kereta,” katanya.


Beliau berkata anaknya ke Kuala Lumpur kerana ingin berjumpa dengan seorang rakan dan sepatutnya pulang ke Melaka pada esok (Selasa).

Anak bongsu daripada dua beradik itu antara 10 penumpang bas ekspres Delima yang terbunuh dalam kemalangan ngeri meragut 12 nyawa di Kilometer 222.9 Lebuh Raya Utara-Selatan, lewat petang kelmarin.

Rohata tidak menduga permintaan Sharene Sofia yang beria-ia mahu ke Klang, Selangor, menemui rakannya sehingga merajuk beberapa hari kerana tidak dibenarkan pergi, ibarat petanda ajalnya sudah hampir.

Menurut Rohata, dia dan suaminya, Fadzry Tan Abdullah, 45, keberatan melepaskan anak mereka menemui rakannya yang dikenali ketika dia mengikuti Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) di negeri ini tahun lalu.

“Bagaimanapun, Sofia merajuk dan memujuk agar saya membenarkannya pergi bermalam dua hari di rumah rakannya itu.

“Tidak mahu dia merajuk berpanjangan, akhirnya saya membenarkannya pergi,” katanya yang ditemui di rumah ibunya di Kilometer 14, Kampung Umbai, dekat sini, semalam.
Tak sangka, betul. Ajal maut di tangan tuhan, Malang tidak berbau. Saya disini semenjak berada di UiTM, tidak pernah sekali aku menaiki bas untuk pulang ke halaman. Takut? ya, memang takut dengan sebilangan pemandu bas yang memandu tanpa sebarang aspek keselamatan yang diambil. Ya Allah, kau jauhkan aku daripada kecelakaan seperti ini. Kepada keluarga Sharene Sofea Fadzry Tan, saya disini mengucapkan takziah. Semoga roh si-dia dicucuri rahmat Allah SWT. Al-Fatihah.

*Teringat kata-kata, cakap ibu jangan lawan

1 comment: