Monday, January 25, 2010

Hanya Kerana Seorang Wanita.


"Hey ladies jangan mau di bilang lemah,
Kita juga bisa menipu dan menduakan,
Bila wanita sudah beraksi dunia hancur,"
-Rossa, Hey Ladies

Aku sebagai seorang lelaki setuju benar dengan lirik lagu diatas. Kenapa? Jangan lagi dipersoalkan kehebatan wanita, yang boleh mempengaruhi sang lelaki seperti suatu masa dahulu empayar yang sangat besar dan berpengaruh dapat dihancurkan oleh insan yang bergelar Wanita.

"Darahmu menjadi sumbu pelita iman,
Sumaiyah kaulah lambang wanita solehah,
Tangan yang disangka lembut menghayun buaian,
Mengoncang dunia mencipta sejarah,"
- Hijjaz, Sumaiyah

Bukan aku ingin memperkecil kaumku sendiri tetapi sebagai lelaki kita harus ingat kata-kata yang sering juga didengari ini,"Dengan berdirinya seorang lelaki, Terdapat wanita yang menyokong dibelakangnya" *sorry, janji maksud sama*.

Kenapa aku post ini? aku berasa agak sedih apabila wanita ini diperlakukan seperti orang suruhan dan seumpamanya, tidak langsung terbit dari hati untuk menghargainya. Namun, sebenarnya pada statistik kini, hanya segelintir lelaki sahaja yang berperangai begitu, selebihnya masih lagi memegang kata-kata,"perempuan dicipta daripada tulang rusuk yang bengkok, lelaki yang harus meluruskannya," *sorry kalau salah, janji maksud sama*.

So, didalam dunia ini kita haruslah bekerjasama untuk membina masyarakat yang harmoni :) Memberi dan Menerima :)

*Hm, aku sudah lama tak update, visitor semakin kurang.
*Tidak banyak masa untuk ber'blog'ing
*Penat tidak terkata bekerja

Kata Google, Melayu :
-melayu seks
-melayu 3gp
-melayu boleh
-melayu lucah
-melayu seksi

Friday, January 22, 2010

Nostalgia 90-an

Kepada mereka yang lahir pada tahun 90-an, pastinya banyak kenangan manis dan sengal yang tidak dapat dilupakan ketika zaman persekolahan. Mari mengimbas kembali sebahagian memori yang tidak luput dari pemikiran kita hari ini :)

1. Salesman
- Tidak kiralah buku cerita, susu, minuman kultur, dan sebagainya. Pasti sebilangan besar murid-murid akan membeli tanpa memikirkan soal harga dan kualiti barang.

2. Program Nilam
- Ini sudah lama diperkenalkan iaitu meniru sinopsis di bahagian belakang buku ataupun menyalin semula daripada buku nilam rakan-rakan. Tradisi turun-temurun ini masih kekal sehingga sekarang.

3. Pencil Box / Case
- bagi murid-murid yang suka membeli-belah sudah pasti mereka memiliki sejenis pencilbox yang mempunyai dua penutup atas dan bawah. Bagi pencil case, ramai pelajar yang tergila-gilakan jenama 'Be Ready'. Trend.

4. Gusti Pemadam
- Permainan yang boleh dikategorikan sebagai judi kecil kerana ramai murid-murid yang berkecimpung dalam permainan ini, setelah mereka menang mereka akan mendapat habuan iaitu merampas pemadam yang kalah. Dengan hanya bermodalkan 20sen dan kemahiran, sudah boleh buka kedai pemadam.

5. Rotan Bulu Ayam
- Ini memang sudah menjadi kebiasaan guru-guru disekolah untuk menipiskan lagi diameter rotan itu dengan merotan murid-murid yang melanggar kesalahan.

6. Pendidikan Seni
- Kelas yang paling menggembirakan, kerana pada masa ini pelajar tidak perlu untuk memerah otak menjawab soalan. Pelbagai aktiviti dilakukan contohnya kolaj, cop ubi, anyaman dan seumpamanya.

7. Game 2D
- Ketika ini, apek kedai memang untung besar kerana habis pemainan video dijual. Contoh game : Mario World, Street Fighter, Sports Games dan sebagainya. Habis ditinggalkan kerja rumah berlari mengejar video game ini.

8. Kotak Chocolate / Tikam
- Bermacam-macam cara untuk menrik minat pelajar untuk membeli sesuatu yang tidak berfaedah. Contohnya, JoJo, Tora, Dingdang, dan sebilangan jenama lagi. Tikam pula dibeli dengan harga 20sen dan jika bernasib baik akan mendapat pulangan sebanyak RM5.

Ini adalah antara ingatan silam yang 'indah' yang masih lagi terpahat didalam kepala otak ni.
Ada sesiapa yang mahu beri suggestion? :)

WTF? I Never Been This Busy !

Day And Night!
Always working.
I don't know why.
I feel so black.
Huh -.-
Please, help me.
Away for 2days.
REST

Thursday, January 21, 2010

Ada Apa Dengan Facebook?

Myspace sepertimana orang ramai sudah tahu, banyak perkara-perkara yang boleh dikatakan sengal telah berlaku sejak dulu lagi. Sekarang, virus itu sudah merebak kepada seluruh warga facebook. Ada juga fenomena baru yang telah tercipta kini.

1. Berchatting di status
apa ini? aku sudah berkali-kali kena, habis bersepah notification aku dek orang comment status. Bila aku tengok, langsung tiada kena-mengena dengan status aku. kata lain, LARI TAJUK.

2. Pillow Fight
Ni aku tak pasti berapa ramai yang kena tapi profile aku sudah berterabur dengan pelbagai jenis bantal. Macam-macam corak ada. Sorry to say la, aku memang malas nak melayan semua perkara ini. buat pening saja.

3. Social Interview, Friend Exposed
Apps ini pasti sudah ramai yang telah mengetahui kewujudannya. Oleh itu, ada makhluk-makhluk yang baik menggunakan alasan ini untuk membocorkan rahsia besar seseorang. Agak-agak la cik adik, Main boleh tapi jangan lah sampai yang mempalatkan orang lain.

4. Game Addict
Yang ini aku tak pasti tetapi aku rasa ramai juga yang bermain games didalam facebook ini. Farmville, Farmtown, Barn Buddy, Mafia Wars, Restaurant City, Society, Cafe World dan bermacam-macam. Aku pun agak addict juga dengan farmville. :D tapi aku agak sedih juga sebab ada orang yang kena kutuk disebabkan terlalu obses terhadap game maya ini. Post di Wall minta hadiah sampai 24kali sehari. Siapa nak layan?

Well, itu sajalah renungkan aku kali ini. Ini cuma berdasarkan pemerhatian dan pengalaman aku sejak menceburi facebook ini. So, sesiapa yang tak puas hati? atau senang hati? Komen sahaja :)

Wednesday, January 20, 2010

Survey? Letter . Interesting :)

Rules:
It's harder than it looks! Copy to your own blog, erase my answers, enter yours, and tag twenty people.

Use the first letter of your name to answer each of the following questions. They have to be real...nothing made up! If the person before you had the same first initial, you must use different answers. You cannot use any word twice and you can't use your name for the boy/girl name question.

1. What is your name : Ariff

2. A four Letter Word : Alps

3. A boy's Name : Ahmad Izar *gay partner. haha*

4. A girl's Name : Anis Ashaari

5. An occupation : Architect

6. A color : An orange color *cheating*

7. Something you'll wear : A clothes *again cheating*

9. A food : Ayam or Chicken

10. Something found in the bathroom : Aaaa.. *idk*

11. A place : America

12. A reason for being late : Amazing girls

13. Something you'd shout : Aaaaaa! *tarzan voice*

14. A movie title : American Pie

20. The title of a song : Apologize

yeah, i tagged everyone :D

Sunday, January 17, 2010

Siapa Comel? Tekan Tekan :)

Sesungguhnya hari ini ariff akan melakukan satu lagi perkara yang bangang iaitu, LARI TAJUK.

Name tag manager ini. Wah, baru masuk kerja ni. *bangga*

Caption diatas tidak perlu dipercayai kerana dia cuma kuli berbayar didapur memasak dan menyiapkan makanan yang orang luar pesan. Muka diatas adalah muka setelah kerja, berseri lagi bukan? hehe

Saturday, 16 January 2010

Bagaimana aku dilantik sebagai salah satu petugas di tempat ini. haha

Cikgu 1: Ariff, kamu ada lesen?
Aku : Ada cikgu, tapi still L la. *tunjuk gmbr yang comel. haha*
Cikgu 1: Haa, Bagus2.
Selang beberapa minit,
Cikgu 1 : Ha, inilah dia yang ada lesen itu *tunjuk ke arahku*
Cikgu 2 : Ok, Kamu pergi ambil motor cikgu, follow budak yang hadapan sekali.
Aku : Orait! :D


Secara matematiknya, aku sudah terpilih untuk menyumbang tenaga kepada sekolah yang ku cintai. haha. Dah siap tugas, aku merembat motor itu, pergi keluar. Tetapi, aku baru nak lari, aku diatahan untuk pulangkan semula. hahaha

Saturday, January 16, 2010

Air Lawan Batu. Siapa Menang?

Batu apabila dihentam dengan batu yang lain, suatu saat kedua-duanya akan pecah.

Serupa juga dengan hati manusia, hati yang keras bertemu hati yang keras, suatu masa kedua-duanya akan membenci.

Batu apabila dihentam dengan air, lama kelamaan batu akan melekuk ke dalam.

Benar tak seseorang itu tidak perlu untuk menunjukkan kekuatan untuk menang?

Oleh itu, kita idak semestinya perlu menggunakan kekuatan untuk menang tetapi, jadilah seperti air yang sentiasa tenang dan mendapat kemenangan yang lebih besar kelak.

Bloggers, apa pendapat anda? Opinion please ;)

*Sorry aku tak dapat nak blogwalking sebab teragak sibuk dengan urusan :)

Friday, January 15, 2010

Ada Apa Dengan Myspace?

Waduhh, sebelum ini sudah sedia maklum beribu blog dah post entry tentang myspace ini. So, Berkemungkinan besar orang sudah bosan mahu baca seperkara ini. Tetapi aku nak post jua. hahhaa :D Oh, Kali ini aku tidak menciplak, aku tulis apa yang aku observe. Kalau ada yang serupa, harap baca sahaja.

Semakin hari, semakin tensi diriku terhadap myspace ini. Penuh dengan perkara yang aneh dan misteri menyelubungi hidup. Seperti sudah menjadi sebuah/sekeping/sebungkus trend budak-budak zaman sekarang untuk ikut turut serta dalam program yang tak bertauliah ini.

1. Huruf Besar , Huruf Kecil

WeH, KeNaPa KaU MeMeNaTkAn TaNgAn KaU TuLiS DeNgAn StYlE SeNgAl?

Aduh, sakit diriku memandang comment yang seumpama ini berada di dalam notifikasi sedang menunggu untuk disahkan. Geram? tak langsung. Tetapi sedih juga lah, mungkin tangannya terlalu gatal tak mahu duduk diam asyik nak menekan-nekan punat Caps Lock. Aku nak tulis contoh atas ni pun dah 2 minit.

2. Meng'hiperbola'kan Perkataan

Elloowwzz, Hyeez, Pown, Camniee, Apszal, Gellieesz

Sebelum itu, aku ingin meminta maaf kalau contoh yang aku berikan kurang memuaskan kerana aku bukan orang seoerti itu, :) Yang ini lagi satu, dah elok-elok dewan bahasa dan pustaka eja pendek, kau pergi panjangkan melampau ini kenapa? Aku tak tahu lah kalau kau jadi munsyi dewan, pergi ubah semua ejaan. Pengsan budak sekolah nanti nak mengeja satu persatu.

3. Berchatting Di Bulletin

Harap maaf, tiada contoh, sila imagine.

Orang macam ni elok letak dekat pusat pemulihan otak saja. Ataupun masuk sekolah balik. Kau faham tak apa maksud Bulletin? Itu adalah wahana untuk orang-orang yang mahu menyampaikan sesuatu berita dan maklumat terkini. Bukan untuk berbual, diulangi bukan untuk berbual. Bukan apa, bukan semua yang akan tekan view all bulletin itu. Aku baru post tak sampai 2 minit. dah hilang. Apa cerita?

4. Groups

Contoh tidak dapat diberikan atas alasan menutup aib.

Aku tak tahu la apa masalah aku sekarang, tapi aku tak boleh la nak tengok. BUkan aku geram dengan group tersebut, aku pun ada join groupies ini. Tapi yang aku geramnya, Profile name, Berjela-jela. 100 Group kau join, 100 la kau letak dekat profile kau? Tak kah kesengalan itu?

5. Penyamaran Profil Diri

Mat Sentul Bin Mat Cincau

Ini lah aku yang dapat observe. Berterabur. Bersepah profile yang dilaporkan penipu. Lelaki kata perempuan, perempuan kata lelaki. Itu boleh tahan lagi, ini siap boleh ambil gambar dari profile orang lain dan upload seterusnya mengaku itu adalah dirinya. Mengelirukan. So, aku sendiri telah mengambil inisiatif untuk membiarkan sahaja. haha

Aku tidak mahu bercerita lebih kerana aku malas. Dan banyak diluar sana mempunyai myspace. takut terkena hidung sendiri. Atas tadi cuma pandangan aku, observasi aku, dan pendapat aku. *pandangan pendapat sama kan?* Sebelum mengakhiri forum perdana kita kali ini, aku ingin meminta maaf atas segala kesalahan aku, kalau ada yang tersinggung dengan entry aku. Apa-apapun sila tengok Banner aku. haha. Sungguh jahat. Sesungguhnya aku bukan bersifat ekstrimis yang suka mencari gaduh. terima kasih.

Baju tu, sape mau beli? aku tak jual. haha

Thursday, January 14, 2010

Nuffnang Oh Nuffnang.

Kenapa kau buat aku sebegini rupa?
Kenapa? Aku tidak bersalah dalam hal ini. Bapak yang bersalah!

Anda semua lihatlah ini,
Tidak, Jemputanku ke malam blogger Astro B.yond telah diberi kepada blogger lain!
Ini adalah satu diskriminasi. Dimana terletaknya demokrasi? Apakejadahnya aku tidak dapat satu pun email dari nuffnang yang menyatakan aku terpilih. Aduh. *janganlah emo sangat*

Sedih pun tiada gunanya kerana event ini sudah berakhir. FIN

demit

I'm Not Single. Please Take Note. (:

Oh, note baru, i am SINGLE. hahaha

Huh, tak tahu kenapa secara tiba-tiba aku tengok cerita ini. Sebelum ini dah tengok dua tiga kali. Tak puas lagi kah? Yang lagi pelik, aku berjaya mengeluarkan air mata. aduh, sungguh bersifat kelembutan. tonton cerita sudah menangis. Betul atau tidak, terpulang kepada individu untuk mempercayainya.

"Boleh kah aku jadi lelaki sebaik itu?" Persoalan yang sentiasa berlegar-legar dalam pemikiran optimistik aku hari ini. *bangga, BM still ok. haha* Hm, biarkanlah dulu. Sekarang ubah pun untuk apa? Tunggu lah ade pasangan nanti :). Harap diriku tidak berubah ataupun diubah. hahaha

Oh, Selamat Hari Jadi / Lahir / Natal kepada sesiapa sahaja yang menyambut hari jadinya pada hari ini, 14 Januari 2010. Semoga roh hidup anda dicucuri rahmat dan barakah. amin

*siapa kata ariff kuat merepek angkat tangan.*

Wednesday, January 13, 2010

Dah Terkenal Baru Nak Mengaku?

Gambar hiasan. Tiada mungkin ada kena mengena dengan entry ini. terima kasih.

"eh, tu mak sedara aku tu"
"eh, tu ex-girlfriend aku la"
"eh, tu kawan sekolah aku dulu"
"laa, member aku ni, popular dah sekarang ek?"
"ohh, aku kenal dia ni. kawan yang tak dikenali"

Haduh,
sebelum itu aku ingin meminta maaf kepada sesiapa yang terasa hati ataupun sesiapa yang memang ada hubungan sulit dengan mana-mana public figure ini.

Aku register, aku login, aku buka forum, penuh dengan ayat-ayat diatas. Semua pakat nak ada relation dengan sesiapa ini. "Weh, aku ade la bau-bau bacang dengan dia ni," kata Polan kepada forumer.

Nak tak nak saja aku percaya si Polan ini. Oleh itu, aku membiarkannya dengan tanpa rasa percaya ataupun tidak percaya. Neutral. Kalau satu, boleh aku maafkan. Ini dah berterabur reply kalau boleh semua dia nak ade hubungan. Aku dengan selamba meminta bukti yang kukuh. haha. Sampai sekarang aku menunggu. tidak ada bayang pun. aduh -.-

Kepada bloggers sekalian, anda percaya atau tidak?
Ripleys Believe It Or Not

*Sekali lagi, aku kehilangan idea untuk post entry baru. haha

Tuesday, January 12, 2010

Teach Me About Love.

Am I Lonely?
Not at all. (actually, little yes there)

So, who wants to be my friends? (or could be special.haha) open for anyone. 16-19/mxs@clcm/Shah alam. (requirement for special one.haha)








actually, aku bosan sangat sekarang ni -.-
dan tiada idea nak post apa sudah. haha

Sunday, January 10, 2010

Photography | Editing. Comment Please? :)

assalamualaikum
Gambar dibawah telah diambil pada majlis harijadi ku bersama adikku yang ke 17 dan 8 tahun. Kamera yang digunakan adalah Canon 1000D. Buat pengetahuan semua, itu bukan aku punya. Pinjam sahaja. hahaha :D

Photo : Ariff | Edit : Ariff

Photo : Ariff | Edit : Ariff

Photo : Ariff | Edit : Ariff

Sila-silalah komen apa-apa yang patut iya? :)
Suatu hari nanti akan ku beli juga DSLR ini. berusaha! haha
Hah, AJL! :D *malas nak update tentang ajl*

Saturday, January 9, 2010

Current Mood : Blank

Seriously, I am bored
current status : listening a song from Nino's blog
Don't know why everyday i visit her blog to listen that song

Anyone? Idea please. -.-

Friday, January 8, 2010

Perlukah Bergaduh Macam Kanak-Kanak?


Hai.. Malam-malam macam ini pun ada lagi orang yang nak mencemarkan alam blog ini. -.- Dah tak reti nak bertaubat ke? Punya lah fikir, nak hina macam-macam. Menghabiskan masa dan tenaga sahaja. duh -.-

I don't care who you are
Where you're from
Don't care what you did
As long as I'm Happy. (:

Eih, kalau kau nak kutuk banyak-banyak pun tak apa. aku takkan ban kau, aku pun takkan delete shoutbox ini semata-mata soal yang remeh macam ini. thank you :)




Ohh, baru aku tau yang menghantar semua perkataan ini. : Mr. Tiramisu. Ni ada e-surat untuk kau. Daripada kau buat onar dekat blog orang, baik baca ni :)

Kehadapan Mr. Tiramisu, sini aku nak bagitau kau, kita bukan lagi kanak-kanak ribena lagi. We are not a child anymore. Please, change yourself to be atleast lagi matang dari sekarang. Aku takde masa la nak main permainan budak-budak, bergaduh mcm budak-budak yang still tak tau baik buruk. nak taknak kawan la. Tu semua bukan zaman kita lagi la. Kita dah 18 tahun. Bukan 18bulan. Aku tak pernah mention yang aku nak putus kawan ke ape ke right? Kau kate makbapak aku support aku amik lesen, kau? jgn nak tipu yang family kau tak support kau langsung. Aku pergi kerja bukan sebab aku takde duit. tp aku nk buktikan kat parents aku yg aku pon bleh wat keje. then, aku bleh cari duit poket sendiri. takdela nak mtk kt parents je kn? Mr.Tiramisu, ko pikir-pikirkanlah :) fon aku stakat ni tak off lagi, so, kalau kau rase kau btol, call aku then kte talk. aku taknak cakap pangjang2 kt sini.
~ariff~

haih, terpaksa aku jd emo jap. LOL -.-



Potong Potong Potong :D

Pertama sekali, Tajuk ini tidak ada kena-mengena dengan entry aku kali ini. haha :)

Nama : Kucingku Bukan Kucingku
Umur : 13 Bulan 24 Hari
D.O.B : 13 Oktober 2013
P.O.B : Rumah Sakit Kandang Kambing, Singapura
Sebab Lahir : Ibu dan bapa telah berbuat sesuatu sehinggakan satu jasad terbentuk dan membesar lalu terkeluar dari dalam perut.


"Ariff, boleh tak kalau tak melalut dengan sejauh-jauhnya? aduhh. Cakap je kau tengah bosan," kata diriku kepada diriku.

Sudah sudah. Hari ini banyak perkara yang telah berlaku. huh, apa yang sudah terjadi ini? pertama-tama sekali, aku diterima untuk bekerja di PizzaHut. haha. Dia suruh aku pergi apply penyata KWSP. *tua dah aku* Selepas itu, terdapat kempen "Allah, For Muslim Only! " di tempat letak kereta Masjid SSAAS. Aku ada beberapa pendapat dan pandangan tentang perkara ini, tetapi baik aku suarakan di tempat lain, tak kisah dimana-mana tetapi bukan di internet.

Hey, aku dah lulus la. Haha, Lesen L aku sepatutnya keluar 4.01.10 tapi hari ini baru dapat. aduh. Tak mengapa, aku tetap lulus. haha. So, terlepas satu cabaran yang mentensikan aku. * tak tensi sangat pun.haha* oleh kerana aku agak OK bawa kereta manual, Aku boleh la lulus P nanti :) insyaallah. Ada orang cakap dekat aku, "lepas aku dapat lesen ni, 1st sekali aku akan cari roadblock. hahaha". Betul jugak tu, selalu bawak haram je kan. haha :D



Akhir sekali, aku sudah bercita-cita untuk tidak mahu melalut dan terpesong dari tajuk, aku buatkan ia tidak melalut. haha
Haa, kepada Streamyx dan Wimax, bergaduh la kau orang berdua. aku tak mahu campur. yang mane best, yang itu aku pakai. ;)

Award! Thank You Nuffnangers (:


hey hey ;) nothing to say. blog aku yang tahap sengal ini pun ade jugak orang nak masuk. hehe. terharunya *menangis* Huh, tapi bila anda semua masuk, sila-sila lah letak link dekat shoutbox tu. boleh aku lawat blog anda pula ;)

nway, thank you juga kepada bloggers yang tak terlist tapi lawat blog aku yang tak seberapa ini :) aku tak pernah bagi award, hadiah apatah lagi. hehe insyaallah nanti :) *tengok dompet -.-*

ambil lah, sesiapa sahaja yang dah lawat blog ini layak untuk mengambilnya ;)
hehe, sorry lah kalau buruk or tak ikut ukuran. aku main buat je :D



Thank you :)

Thursday, January 7, 2010

50th Post :D Yesterday | Today (:

assalamualaikum
Favicon ku :)

Bahaha, tak sangka aku boleh tulis macam-macam eh? entahlah, aku sebenarnya tak tahu apa yang aku tulis. aduh *tepuk dahi*

Haha, esok aku ada interview dekat pizza hut. Semalam aku apply, semalam jugak dia call cakap Jumaat ini datang interview. Harap-harap diterima. Amin :) Bercerita tentang semalam, aku telah membuat satu misi yang aku pun tak sangka boleh buat, pergi mintak kerja almost semua kedai di **** mall. Akhirnya, pizza juga yang call aku. hehe :D So, aku harap dapat mengakhiri zaman kebosananku dirumah yang terlah berlangsung selama sebulan ini. Haha. Bila aku nak balik pula, ada seorang mamat janggut minta sedekah. Taktik dia memang terbaik.

1. Salam aku
2. Pegang tangan aku tak lepas
3. Cakap macam-macam
4. Tunjuk buku Yaasin
5. "sedekah, sedekah"
6. Dapat duit, blah. -.-

Aduh, aku ni dah la type orang yang tak boleh berdiri lama-lama dengar orang bebel ni, secara hormat aku bagi saja duit dekat dia. Then, tangan aku pun dilepaskan. Hadoi, ini dh dikira memaksa ni. -.-

Hari ini, pagi-pagi aku dapat panggilan, kate cikgu nak beli peralatan LK aku. So, aku terima lah tawaran tu. Dengan secara hormat, aku pergi menyibuk di sekolah melihat pelajar-pelajar yang masih belajar. haha :P Aku dapat menjual dengan harga RM80. Aku tak nafikan, LK things memang agak mahal. Tapi nak buat macam mana, dah kena ambil subjek tu, terpaksa lah beli. :) then aku pergi mall beli Earphone iPod ku. Akhirnya. haha

Aku RINDU sekolah la. :( but aku TAK RINDU belajar. hahaha

*kepada yang terlibat, aku pun tengah ambil lesen juga. boleh je kerja. alasan kau tak diterima pakai.

Wednesday, January 6, 2010

Memalukan? Pendapat Anda Para Lelaki?

Hari ini aku online myspace, ade 1 friend request, aku approve. Kira aku tak kisah siapa-siapa nak berkawan dengan aku. Tiba-tiba aku dapat 1 comment daripada orang yang add aku tadi. Aku fikir ia spam. aku terus deny. Selang beberapa minit, aku terbaca 1 buletin yang dihantar oleh orang yang sama. Rupa-rupanya, ~~


Hmm, apa nak jadi dengan dunia sekarang. :( Jana duit dari internet dengan cara MENIPU orang lain. Kalau ikut perspektif islam, hukumnya HARAM. Cubalah baca bulletin diatas. URL itu bukanlah kali yang pertama aku terima. Itu tak menghairankan aku tetapi ayat yang ditulis dalam buletin itu. Aduhh, apa ini?

Hmm, speechless.


Ini reply dia setelah ramai lelaki telah menegur dan memarahi dia. Aku adalah lelaki, patutkah aku rasa malu dengan statement ini? *hmm* Fikir-fikirkan lah.. Aduhh, lelaki? ada apa-apa nak cakap?

*Ingin dimaklumkan bahawa bukan semua lelaki sebegitu rupa, hanya segelintir. Diulangi, segelintir sahaja kaum lelaki yang bersifat sedemikian. terima kasih

*Muka yang berkenaan telah disensor atas permintaan Cik S (:

Survey Lagi? Obviously Bored -.-

[x] Gotten detention.
[ ] Gotten your phone taken away in class.
[x] Gotten suspended.
[x] Gotten caught chewing gum.
[ ] Gotten caught cheating on a test.
[ ] Arrived late to class more than 5 times.
[x] Didn’t do homework over 5 times
[x] Turned at least 3 projects in late.
[ ] Missed school cause you felt like it.
[ ] Laughed so loud you got kicked out of class.
[ ] Got your mum / dad etc. to get you out of school.
[x] Texted people during class.
[x] Passed notes.
[x] Threw stuff across the room.
[x] Laughed at the teacher.
[ ] Pulled down the Fire Alarm.
[x] Went on Myspace , Facebook , Xanga , etc. on the computer at school.
[x] Took Pictures during school hours.
[x] Called someone during School hours.
[x] Listened to an iPod , CD , etc... During class.
[x] Threw something at the teacher.
[x] Went outside the classroom without permission.
[ ] Broke the dress code.
[x] Failed a class.
[x] Ate food during class.
[ ] Gotten a call from school.
[ ] Couldn’t go on a field trip cause you behaved badly.
[x] Didn’t take your stuff to school.
[ ] Gotten a detention and didn't go.
[x] Stuck up your middle finger at a teacher when they were not looking.
[x] Cursed during class loud enough so the teacher couldnt hear
[x] Faked your parents signature.
[x] Slept in class.
[ ] Cursed at a teacher to their face.
[x] Copied homework
Total=23

MULTIPLY BY THREE : 23 x 3 = 69%

I SCREWED UP 69% OF MY HIGH SCHOOL LIFE (:

Geng Blogger

"Kenapa tak boleh nak register ni? Sakit kepala dah nak cari," keluhku sambil menghentam keyboard. -.-

Assalamualaikum bagi umat islam, Selamat sejahtera bagi bukan islam, ada tak sesiapa yang dah mendaftar atau baru mendaftar mahupun yang hendak mendaftar sebagai ahli GengBlogger ini? Aku nak daftar tak jumpe nak tekan mana. Aduhh -.-

Boleh aku minta tolong ajarkan? :)

Tuesday, January 5, 2010

Alvin And The Chipmunks 2 | Best!! :D

Very funny! ;)
itu yang aku dapat katakan tentang cerita ni selepas tonton di TGV Bukit Raja petang tadi. hehe *pergi curi-curi*. Selamat sempat balik rumah awal. kalau tak, memang kena penjara la. -.-

Cerita ini kalau hayatinya dengan sepenuh perasaan *cewah* ade mesej yang tersembunyi. Tak mahu cerita panjang-panjang, nanti bile anda tengok, dah tahu jalan cerita. tak best -.-. To all bloggers, let me know your responds about this movie ;)

'All The Single Ladies!' :D

*kenapa chipmunks ni comel sangat? nak bela satu lah :)

PLKN 2nd Batch

Aduh, kenapa aku dipaksa sebegini? tidak, tidak, dan tidak. Pagi tadi aku dan ayah pergi ke pejabat PLKN untuk mendaftar dan membuat rayuan untuk masuk ke 2nd batch. Habis tergendala sebilangan besar hasrat dan cita-cita jangka pendekku. -.- 3 bulan. Lama tak? berjauhan dari keluarga, kawan, internet, handphone, dan segala yang sedang mendampingi aku sekarang. *ayat nak comel* .

Hmm, pegawai tu cakap aku kena tunggu dulu keputusannya sebab kalau nak masuk secara 'sukarela' kena pergi 3rd Batch. So, waktu itu aku dah nak pergi sambung belajar. So, bapa aku buat rayuan untuk masuk ke 2nd Batch. Dan dia cakap peluang untuk aku masuk masih 50-50 *selamat*. Tapi aku masih takut kalau-kalau aku terpilih pula masuk dalam PLKN nii -.-. Kalau aku dapat, mungkin aku akan ditempatkan di BANTING. *dekat jee. fuhh* :D

Kepada blogger sekalian, sesiapa yang pernah pergi plkn ni? boleh tolong cerita serba sikit :) kalau best, boleh la aku ubah fikiran daripada 'terpaksa' kepada 'sukarela' :)

Monday, January 4, 2010

Ayuh, Kembali Ke Sekolah!

Pertama sekali, saya ingin ucapkan salam kepada anda semua (harus harus)

Hari ini, 4 Januari 2010 bermula sesi pertama persekolahan tidak kira sekolah rendah mahupun menengah. Kelihatan begitu ramai ibubapa yang bersemangat menghantar anak-anak mereka kesekolah. Tetapi, sampai bila semangat itu akan wujud? itu kita tak tahu. Hehe

Aku terasa pelik pada hari ini kerana, bermula 11 tahun yang lepas, aku pergi ke sekolah. Tetapi, hari ini? kenapa aku berada di rumah? masih belum mandi? masih belum bersiap? masih boleh post blog? Eh? mana pergi baju sekolah aku?

Oh, aku dah habis sekolah rupanya. Padanla macam pelik hari ini. Selepas tiga minggu aku menamatkan kertas LK SPM 2009, aku tidak lagi memikirkan soal sekolah. haha, Bahagia kan? :D

Adik-adikku cemburu sebab abangnya tak perlu pergi sekolah lagi. haha *bangga* :D

Gambar diatas merupakan adikku yang terakhir juga akan masuk ke alam per'tadika'an pada khamis ini. Haih, semua dah pergi sekolah. Aku je tak. *Rasa tua -.-*

Glitterati Hilang?


Assalamualaikum kepada semua nuffnangers,

Kenapa Status Glitterati Saya Hilang?

Sunday, January 3, 2010

EDIT PHOTO CONTEST

Hai :) Hari ni aku dgn tak semena-mena ingin membuka hati untuk menyertai concest yg dianggap best nih ;) organiser die bernama Cik Ros. So, kalau nak join contest ni, sila sila lah kunjung blog dia untuk keterangan lanjut ;)
LINK : EDIT PHOTO CONTEST

Ni lah gambar yang aku pertaruhkan untuk pertandingan edit-mengedit ini. Sungguh simple dan elegan. cewahh. hahaha. Semoga menang. PEACE ;)

Saturday, January 2, 2010

Huhu, Edit edit :)

Actually, aku tengah bosan. tiada apa yang dapat ku lakukan untuk menghiburkan hati ini. Jadi aku mengambil keputusan untuk meng'edit' gambar dan mereka sesuatu yang dianggap cantik tetapi itu sahaja yang dapat aku lakukan dengan meniru corak rekaan sehelai flyers yang aku rembat di sebuah bangunan di Singapura. Oleh itu, demi memantapkan lagi hasil kerja ku ini, para blogger sekalian, sila lah komen. :)

*skali skala jd sengal. apa salah eh? :D

Wajah Baru? :)

Huh, knp aku ltk gmbr nie eh? -.-
Err, gambar diatas tiada kena mengena dengan entry saya :)

Hahaha, dah puas merepek ariff? takdelah, tengah excited lagi ni, new year laa :D nmpknye, blog yang sengal ni pn kne tukar la sket2. hihihi. :) Tp tp, xtau la plk nk tkr ape. Haduhh

Haa, korg dh tgk header blog? Comel kann? :D hahaha *perasan*. Actually, aku still jeles dgn blog2 org lain yg dabom2 cantik dan comel ni. Tp aku bkn pndai sgt mengedit2 gmbr nih. So, pendamkan jelah. -_-

Ade org ckp aku tiru nama blog Hanis Zalikha. Dia pakai "inibelogsaya" and aku plk pakai "iniblogsaya". Ni aku nk buat pengakuan, Aku x terlintas langsng nk tiru sesiapa pny blog lah, ape lah, itu lah, ini lah. "iniblogsaya" diambil daripada URL blog ni sendiri "iniblogariff.blogspot.com". aku tukarkan ariff kepada saya sbb ariff 2 kn nama aku. So, ni blog aku mcm x sedap plk. hehe :D So, aku pilihlah "iniblogsaya".

*Psst, Hanis Zalikha ni cantik kan? :)

Friday, January 1, 2010

New Year! Sub-Post

Gambar diatas diambil tepat pukul 12.00 pagi 01.01.2010 :) Aku sambut dalam keadaan sederhana. di kampung halaman di Perak. 4.00 pm 31.12.2009, aku pergi bemain bowling bersama teman, tiba2 aku mendapat call daripada ayah untuk pulang ke kampung halaman. Akhirnya, aku bermain secara extreme dan pantas sehingga pkl 4.40 pm. Bayangkan 4 game 40 minit. hehe :D merapu dh markah, xleh concentrate la, ni sub-post aku untuk hari ini, Post secara rasmi akan dilakukan pada esok petang kerana battery laptop tidak mengizinkan. :)

*To Pogiee : Good Luck, x jmpe kau lame nnt. haha
* To Ateyn : Jgn nk sedey3 plk, u call je i, cnfirm angkat. hehe
* To Aby : U! nnt i ajk u main bowling lg, jgn ngade nk tolak. haha :D
* To All My Friends : Happy New Year! :) Kalau nk print gmbr ats 2 pn xpe, aku x kisah. hee~ :D


-off-

Happy New Year! :)

SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU 2010
HAPPY NEW YEAR 2010


Bermula tahun pertamaku sebagai seorang bekas pelajar :)
Bermula tahun pertamaku bekerja :)
2009, It Ends Tonight

Sorry, gmbr btl2 aku blm edit. Rush nk balik kampung. hehehe
Esk or Lusa aku buat :)
BYE3