Friday, January 15, 2010

Ada Apa Dengan Myspace?

Waduhh, sebelum ini sudah sedia maklum beribu blog dah post entry tentang myspace ini. So, Berkemungkinan besar orang sudah bosan mahu baca seperkara ini. Tetapi aku nak post jua. hahhaa :D Oh, Kali ini aku tidak menciplak, aku tulis apa yang aku observe. Kalau ada yang serupa, harap baca sahaja.

Semakin hari, semakin tensi diriku terhadap myspace ini. Penuh dengan perkara yang aneh dan misteri menyelubungi hidup. Seperti sudah menjadi sebuah/sekeping/sebungkus trend budak-budak zaman sekarang untuk ikut turut serta dalam program yang tak bertauliah ini.

1. Huruf Besar , Huruf Kecil

WeH, KeNaPa KaU MeMeNaTkAn TaNgAn KaU TuLiS DeNgAn StYlE SeNgAl?

Aduh, sakit diriku memandang comment yang seumpama ini berada di dalam notifikasi sedang menunggu untuk disahkan. Geram? tak langsung. Tetapi sedih juga lah, mungkin tangannya terlalu gatal tak mahu duduk diam asyik nak menekan-nekan punat Caps Lock. Aku nak tulis contoh atas ni pun dah 2 minit.

2. Meng'hiperbola'kan Perkataan

Elloowwzz, Hyeez, Pown, Camniee, Apszal, Gellieesz

Sebelum itu, aku ingin meminta maaf kalau contoh yang aku berikan kurang memuaskan kerana aku bukan orang seoerti itu, :) Yang ini lagi satu, dah elok-elok dewan bahasa dan pustaka eja pendek, kau pergi panjangkan melampau ini kenapa? Aku tak tahu lah kalau kau jadi munsyi dewan, pergi ubah semua ejaan. Pengsan budak sekolah nanti nak mengeja satu persatu.

3. Berchatting Di Bulletin

Harap maaf, tiada contoh, sila imagine.

Orang macam ni elok letak dekat pusat pemulihan otak saja. Ataupun masuk sekolah balik. Kau faham tak apa maksud Bulletin? Itu adalah wahana untuk orang-orang yang mahu menyampaikan sesuatu berita dan maklumat terkini. Bukan untuk berbual, diulangi bukan untuk berbual. Bukan apa, bukan semua yang akan tekan view all bulletin itu. Aku baru post tak sampai 2 minit. dah hilang. Apa cerita?

4. Groups

Contoh tidak dapat diberikan atas alasan menutup aib.

Aku tak tahu la apa masalah aku sekarang, tapi aku tak boleh la nak tengok. BUkan aku geram dengan group tersebut, aku pun ada join groupies ini. Tapi yang aku geramnya, Profile name, Berjela-jela. 100 Group kau join, 100 la kau letak dekat profile kau? Tak kah kesengalan itu?

5. Penyamaran Profil Diri

Mat Sentul Bin Mat Cincau

Ini lah aku yang dapat observe. Berterabur. Bersepah profile yang dilaporkan penipu. Lelaki kata perempuan, perempuan kata lelaki. Itu boleh tahan lagi, ini siap boleh ambil gambar dari profile orang lain dan upload seterusnya mengaku itu adalah dirinya. Mengelirukan. So, aku sendiri telah mengambil inisiatif untuk membiarkan sahaja. haha

Aku tidak mahu bercerita lebih kerana aku malas. Dan banyak diluar sana mempunyai myspace. takut terkena hidung sendiri. Atas tadi cuma pandangan aku, observasi aku, dan pendapat aku. *pandangan pendapat sama kan?* Sebelum mengakhiri forum perdana kita kali ini, aku ingin meminta maaf atas segala kesalahan aku, kalau ada yang tersinggung dengan entry aku. Apa-apapun sila tengok Banner aku. haha. Sungguh jahat. Sesungguhnya aku bukan bersifat ekstrimis yang suka mencari gaduh. terima kasih.

Baju tu, sape mau beli? aku tak jual. haha

5 comments:

  1. dah lama tak online myspace...
    nth2 dah bersawang...

    ReplyDelete
  2. betapa hinanya myspace di mata ramai orang still wont delete it. kenangan zaman sekolah tu! huhu

    ReplyDelete
  3. hye ariff...
    bab yg tulis huruf kecik dgn huruf besar tu..cik ros penah try kat entry cik ros sblm ni...haha..

    entry pndek je tp nk menaipnye lama..
    tp kan ia nye memantapkn still typing tau..hehe=D

    ReplyDelete
  4. aku suka taep macam ni . titik mesti jauh ye :)
    bes blog kau :)
    follow aku juge .
    http://catatanparadox.blogspot.com

    ReplyDelete
  5. Hazzy : hahaha, online la jap :D

    nn : tau xpe. dah btaun pakai -.-

    cik ros : hehehe, mmg lame. geram pon ade. :D

    yaya : ohhh, thx2 :) okayy,

    ReplyDelete