Wednesday, January 13, 2010

Dah Terkenal Baru Nak Mengaku?

Gambar hiasan. Tiada mungkin ada kena mengena dengan entry ini. terima kasih.

"eh, tu mak sedara aku tu"
"eh, tu ex-girlfriend aku la"
"eh, tu kawan sekolah aku dulu"
"laa, member aku ni, popular dah sekarang ek?"
"ohh, aku kenal dia ni. kawan yang tak dikenali"

Haduh,
sebelum itu aku ingin meminta maaf kepada sesiapa yang terasa hati ataupun sesiapa yang memang ada hubungan sulit dengan mana-mana public figure ini.

Aku register, aku login, aku buka forum, penuh dengan ayat-ayat diatas. Semua pakat nak ada relation dengan sesiapa ini. "Weh, aku ade la bau-bau bacang dengan dia ni," kata Polan kepada forumer.

Nak tak nak saja aku percaya si Polan ini. Oleh itu, aku membiarkannya dengan tanpa rasa percaya ataupun tidak percaya. Neutral. Kalau satu, boleh aku maafkan. Ini dah berterabur reply kalau boleh semua dia nak ade hubungan. Aku dengan selamba meminta bukti yang kukuh. haha. Sampai sekarang aku menunggu. tidak ada bayang pun. aduh -.-

Kepada bloggers sekalian, anda percaya atau tidak?
Ripleys Believe It Or Not

*Sekali lagi, aku kehilangan idea untuk post entry baru. haha

4 comments:

  1. anda takde kena mengena dengan artis gakker? hehe

    ReplyDelete
  2. hahaha, ada eh, rozita tu kawan sedara kawan aku punya kawan punya mak. haha

    ReplyDelete