Myspace sepertimana orang ramai sudah tahu, banyak perkara-perkara yang boleh dikatakan sengal telah berlaku sejak dulu lagi. Sekarang, virus itu sudah merebak kepada seluruh warga facebook. Ada juga fenomena baru yang telah tercipta kini.
1. Berchatting di status
apa ini? aku sudah berkali-kali kena, habis bersepah notification aku dek orang comment status. Bila aku tengok, langsung tiada kena-mengena dengan status aku. kata lain, LARI TAJUK.
2. Pillow Fight
Ni aku tak pasti berapa ramai yang kena tapi profile aku sudah berterabur dengan pelbagai jenis bantal. Macam-macam corak ada. Sorry to say la, aku memang malas nak melayan semua perkara ini. buat pening saja.
3. Social Interview, Friend Exposed
Apps ini pasti sudah ramai yang telah mengetahui kewujudannya. Oleh itu, ada makhluk-makhluk yang baik menggunakan alasan ini untuk membocorkan rahsia besar seseorang. Agak-agak la cik adik, Main boleh tapi jangan lah sampai yang mempalatkan orang lain.
4. Game Addict
Yang ini aku tak pasti tetapi aku rasa ramai juga yang bermain games didalam facebook ini. Farmville, Farmtown, Barn Buddy, Mafia Wars, Restaurant City, Society, Cafe World dan bermacam-macam. Aku pun agak addict juga dengan farmville. :D tapi aku agak sedih juga sebab ada orang yang kena kutuk disebabkan terlalu obses terhadap game maya ini. Post di Wall minta hadiah sampai 24kali sehari. Siapa nak layan?
Well, itu sajalah renungkan aku kali ini. Ini cuma berdasarkan pemerhatian dan pengalaman aku sejak menceburi facebook ini. So, sesiapa yang tak puas hati? atau senang hati? Komen sahaja :)
baru je nak ceburkan diri dlm FB ;D
ReplyDeletehahaha, boleh jee :)
ReplyDelete