Friday, January 8, 2010

Potong Potong Potong :D

Pertama sekali, Tajuk ini tidak ada kena-mengena dengan entry aku kali ini. haha :)

Nama : Kucingku Bukan Kucingku
Umur : 13 Bulan 24 Hari
D.O.B : 13 Oktober 2013
P.O.B : Rumah Sakit Kandang Kambing, Singapura
Sebab Lahir : Ibu dan bapa telah berbuat sesuatu sehinggakan satu jasad terbentuk dan membesar lalu terkeluar dari dalam perut.


"Ariff, boleh tak kalau tak melalut dengan sejauh-jauhnya? aduhh. Cakap je kau tengah bosan," kata diriku kepada diriku.

Sudah sudah. Hari ini banyak perkara yang telah berlaku. huh, apa yang sudah terjadi ini? pertama-tama sekali, aku diterima untuk bekerja di PizzaHut. haha. Dia suruh aku pergi apply penyata KWSP. *tua dah aku* Selepas itu, terdapat kempen "Allah, For Muslim Only! " di tempat letak kereta Masjid SSAAS. Aku ada beberapa pendapat dan pandangan tentang perkara ini, tetapi baik aku suarakan di tempat lain, tak kisah dimana-mana tetapi bukan di internet.

Hey, aku dah lulus la. Haha, Lesen L aku sepatutnya keluar 4.01.10 tapi hari ini baru dapat. aduh. Tak mengapa, aku tetap lulus. haha. So, terlepas satu cabaran yang mentensikan aku. * tak tensi sangat pun.haha* oleh kerana aku agak OK bawa kereta manual, Aku boleh la lulus P nanti :) insyaallah. Ada orang cakap dekat aku, "lepas aku dapat lesen ni, 1st sekali aku akan cari roadblock. hahaha". Betul jugak tu, selalu bawak haram je kan. haha :D



Akhir sekali, aku sudah bercita-cita untuk tidak mahu melalut dan terpesong dari tajuk, aku buatkan ia tidak melalut. haha
Haa, kepada Streamyx dan Wimax, bergaduh la kau orang berdua. aku tak mahu campur. yang mane best, yang itu aku pakai. ;)

4 comments:

  1. Haha, betul tu..
    neway my house using BOTH..

    ReplyDelete
  2. hahaha.... baik streamyx or p1, same jer... tp streamyx lbey stable ar... p1 bkan sume tmpat ade coverage.... lgpon skrg nih goverment dh suoh TM a.k.a. streamyx upgrade cable line... x lame lg or r tuh... hehhee

    ReplyDelete
  3. tu la psl, kat kampung pi xde coverage :(
    takpe2, kekalkn streamyx, nnt laju la blek :D

    ReplyDelete