Friday, January 22, 2010

Nostalgia 90-an

Kepada mereka yang lahir pada tahun 90-an, pastinya banyak kenangan manis dan sengal yang tidak dapat dilupakan ketika zaman persekolahan. Mari mengimbas kembali sebahagian memori yang tidak luput dari pemikiran kita hari ini :)

1. Salesman
- Tidak kiralah buku cerita, susu, minuman kultur, dan sebagainya. Pasti sebilangan besar murid-murid akan membeli tanpa memikirkan soal harga dan kualiti barang.

2. Program Nilam
- Ini sudah lama diperkenalkan iaitu meniru sinopsis di bahagian belakang buku ataupun menyalin semula daripada buku nilam rakan-rakan. Tradisi turun-temurun ini masih kekal sehingga sekarang.

3. Pencil Box / Case
- bagi murid-murid yang suka membeli-belah sudah pasti mereka memiliki sejenis pencilbox yang mempunyai dua penutup atas dan bawah. Bagi pencil case, ramai pelajar yang tergila-gilakan jenama 'Be Ready'. Trend.

4. Gusti Pemadam
- Permainan yang boleh dikategorikan sebagai judi kecil kerana ramai murid-murid yang berkecimpung dalam permainan ini, setelah mereka menang mereka akan mendapat habuan iaitu merampas pemadam yang kalah. Dengan hanya bermodalkan 20sen dan kemahiran, sudah boleh buka kedai pemadam.

5. Rotan Bulu Ayam
- Ini memang sudah menjadi kebiasaan guru-guru disekolah untuk menipiskan lagi diameter rotan itu dengan merotan murid-murid yang melanggar kesalahan.

6. Pendidikan Seni
- Kelas yang paling menggembirakan, kerana pada masa ini pelajar tidak perlu untuk memerah otak menjawab soalan. Pelbagai aktiviti dilakukan contohnya kolaj, cop ubi, anyaman dan seumpamanya.

7. Game 2D
- Ketika ini, apek kedai memang untung besar kerana habis pemainan video dijual. Contoh game : Mario World, Street Fighter, Sports Games dan sebagainya. Habis ditinggalkan kerja rumah berlari mengejar video game ini.

8. Kotak Chocolate / Tikam
- Bermacam-macam cara untuk menrik minat pelajar untuk membeli sesuatu yang tidak berfaedah. Contohnya, JoJo, Tora, Dingdang, dan sebilangan jenama lagi. Tikam pula dibeli dengan harga 20sen dan jika bernasib baik akan mendapat pulangan sebanyak RM5.

Ini adalah antara ingatan silam yang 'indah' yang masih lagi terpahat didalam kepala otak ni.
Ada sesiapa yang mahu beri suggestion? :)

4 comments:

  1. lebih kurang dengan nostalgia 80an je.

    ReplyDelete
  2. kasut lampu
    jam sailormoon[tatau eja >.<]
    beg roda.
    HAHA.

    ReplyDelete
  3. yes, absolutelyy
    i ade semua itu, xcept tht sailormoon. haha

    ReplyDelete