Friday, November 18, 2011

Back to Study Life :)

Assalamualaikum ! mungkin kerana suara saya tidak sedap dan lantang , saya tidak membuat Vlog . Haha . okay , hari ini , Jumaat 18/11/2011 , selepas selesai solat Jumaat , aku akan berangkat pulang ke Pulau Pinang untuk memulakan semester baru di UiTM Pulau Pinang . Dalam hati taknak tinggalkan rumah , tapi nak buat macam mana . Hidup perlu diteruskan :)

Bukan lama mana pun , bukan takkan balik Shah Alam ni balik kan ? Ikutkan hati nak je buat fast track . duduk UiTM Shah Alam , setel masalah . Haha . Tapi itulah , ingat degree senang ? So , Bagi sesiapa yang nak masuk fast track HANYA sebab nak duduk Shah Alam , hentikan . Sewa rumah yang mahal , makanan mahal , Mana ada bas percuma dekat luar . Senang kata taraf hidup mahal . Sanggup ?


Subjek pada semester 4 kali ini , 9 kesemuanya . Ada satu tertinggal , takboleh register , sebab sistem yang bebal . Walaupun , tak banyak credit hour yang tinggi , tetapi , sakit jugak . Haha . yelah tu . Harap-harap boleh naikkan pointer yang sudah jatuh menjunam terjun keladang gandum -____-

Oh oh oh ! oleh kerana aku dah menginstall Sony Vegas Pro didalam Laptopku ini , maka . aku mencubanya dengan penuh keyakinan . Ternyata lebih baik dari Windows Movie Maker :D sekian dari saya :)





Tuesday, November 15, 2011

Greyson Chance VS Justin Bieber

Hari ini , satu fenomena baru telah muncul , tiba-tiba nama seorang budak daripada Amerika Syarikat telah melonjak naik , Greyson Chance . siapa dia ? Youtube , youtube , and youtube . Yeah , AIM lepas Greyson Chance ada berduet dengan seorang lagi Youtubers , Najwa Latif dalam lagu Paparazzi . Macam pernah dengat , betul sangkaan aku setahun dulu , budak ini akan popular . Seorang budak yang berumur 14tahun sudah mula mencipta nama di seluruh dunia . amazing huh ?

Tapi ingat tak dulu ? seorang budak yang juga seorang artis Youtube , Justin Bieber ? yang dahulunya video muzik 'Baby' yang mendapat rangking Most Viewed and Discussed Youtube Video ? Sekarang dia sudahpun berumur 17 tahun . Aku rasa entah berapa juta peminat dia kan ? kan ?




See ? sekarang ramai yang mula tunjukkan ke-fanatik-kannya terhadap Greyson dan mula menolak Bieber . kenapa ? Mentaliti orang Malaysia dah macam tu . Nak buat macam mana . kononnya , Greyson punya suara lagi sedap , lagi berbakat , dan macam-macam . Dan paling teruk , yang cakap ni adalah , BELIEBERS . Dulu punyalah download semua lagu , tampal poster , pergi konsert , sanggup beli SUPRA warna purple , kaya lagi ada yang siap beli Beats . lepas tu , kutuk . 

Mann , this is seriously not right ! bagi aku , dua dua ada bakat . kalau tak takkan lah boleh popular kan ? Aku pun suka dengar lagu Waiting Outside The Lines , That Should Be Me pun siap karaoke dalam bilik air . Okay aku faham ada segelintir yang tak suka muzik yang dibawa oleh seseorang . Tapi perlu ke kita mengutuk ? 

Aku dengar , tengok , ramai orang-orang dekat luar sana kutuk artis Malaysia , Najwa Latif sebab dia menyanyi tak sedap , kononnya merosakkan lagu ketika AIM . I were there ! dia menyanyi okay . tak ada cacat cela . Well , mungkin lah tak sesedap Greyson tu , tapi , still not bad for 16 years old kan ? Atleast dia popular . kau hadoo ? -___-

Up to you lah nak pilih siapa , dua dua okay . tapi jangan lah sampai nak kutuk orang lain , cuba buang mentaliti tu . macam mana nak berjaya kalau dah asyik condemn orang je ? 

By the wayyy , ini ada seorang peminat Greyson Chance , haha i like this little girl lah :) 

kita berkenalan hanya dalam muka bukuu , kau hantar pesan dan suruh aku terima kamu ohh ohh baby ohhh uoowhh uoowhhh waiting outside the liness ! hambek medley haha

Monday, November 14, 2011

Anugerah Industri Muzik ke-18

Fuh , penat sebenarnya malam ini setelah menidurkan diri selama sehari suntuk . Hanya bangun untuk makan haha . Cerita pun taknak banyak . cukup dengan sedikit gambar dan cerita disebaliknya .


Ha , nampak tiket itu ? takde yang special . hanya tak dijual sahaja . Yeah , special thanks to Najwa Latif kerana memberi tiket ini kepada saya . Pergi pun sebab adik punya pasal . ikutkan jela . boleh juga tengok live ni . Pada mula orang agak tiada . mungkin aku terlalu awal haha . bila pintu dah dibuka . ini jadinya .

 Suasana sekitar Stadium Putra Bukit Jalil

Ini dia punya ramai , selamat aku tinggi -____-

Dapat pula tempat duduk yang agak strategik . Tengah tengah . okay lahh . not bad stage dia . tapi maybe aku yang tak berapa suka warna biru , sebab warnanya agak kegelapan . haha .


Minta maaf gambar yang kurang kualitinya . DSLR telah digunakan oleh adik . so blackberryku ini lah yang menjadi peneman . Nak cerita banyak , orang malas baca . Jom saksikan persembahan Greyson Chance dan Najwa Latif ni . Sorry lagi sebab kualiti tak berapa baik . indoor shoot memang macam ni -__- tambah lagi dgn tak bawa tripod kan . aduh .


Friday, November 11, 2011

11 . 11 . 11

OKAY SEBENARNYA KENAPA DENGAN TARIKH ITU ??!

Huh , lupa nak bagi salam . Assalamualaikum . Dekat Facebook , Twitter , BBM , dan semua tempat yang boleh update status , majoriti bercerita tentang tarikh yang kononnya keramat ini . Pelbagai andaian yang dibuat untuk cuba menyesatkan orang. Dah la kita senang terpengaruh . Banyak juga yang aku dapat daripada orang-orang sebegini .

Yang Paling dan terpaling Popular . Muak aku baca -____-
Dalam kitab satanic the holy is satan. Yg Mr St Wingston Father Satan bagi tahu yang 11.11.11 hari kebangkitan anak setan dan dajjal yang akan memerintah dunia. Dan org akan memuja2 pada hari keramat yg bratus tahun Wiliam satan tunggu-tunggukan. Sebenarnye orang tak akan tahu apakah makna tarik tersebut malah pada hari Jumaat datangnya ...kami untuk menyesat semua agama Islam, Kristian dan Buddha. Dan di mana nanti Yahudi dan kami akan gembira kerana kebodohan manusia yang ada agama tapi tidak guna dengan betul. Sesungguhnya father of god satan akan terus menyesat ank2 adam, St Mary and Crist Jesus. Maka kiamat akan muncul pada hari Jumaat dan tarikh ini bermakna untuk kami. Semperna keturunan kami 6.6.6 9.9.9 dan 11.11.11.
Apa ke bebal , dah 6.6.6 lepas tu 9.9.9 then 11.11.11 ? aku boleh betting bila tarikh 12.12.12 naik , benda alah ni ada balik . Yang kedua , bagi yang berjiwang karat berkarat .
To those that going to purpose someone on 11.11.11 I wish you'll get your happiness with someone that you love but remember you can't love more than 1 person. True love only consists of 2 hearts, beating together as 1 :)
11.11.11, According to the mayans, Tonight is the night of love, god created love on this date 15000000BC ago.. Maybe you will find your true love tonight, change ur DP with the person u want to date+married-couple.. Love of ur life.. ♥
Memanglah tarikh ni lawa comel . tapi cakap jela nak pilih sebab senang ingat . -__- tak adanya miracle kononnya true love , blessed love segala bagai . Lepas tu nak tayang gambar boyf/girlf . Apa semua tu ? aku pelik sungguh . Dan ada jugak orang yang sound post post diatas ini dengan keterlaluan , Kalau marah sekali je sudah laa . ini dok laknat orang sebab percaya , masuk neraka kena bakar , eh kau tu siapa lah ? relax boleh tak . yang nak emo sangat dah kenapa ? Period ? ke breakup time 11.11.11 ? 

Aku tak tahu lah bagi orang lain macam mana , tapi bagi aku , ianya cuma satu tarikh yang akan berlalu seperti tarikh yang lain . 13.12.11 pun lawa , 11.12.13 pun lawa . punya banyak tarikh lawa ni , biasalah tu . tak payah nak semangat sangat . Dan tolong , jangan sebarkan benda yang bukan bukan , aku takut ada orang percaya . Berdosa sebar benda yang takbetul dan memudaratkan ni .

Apa-apa pun , aku nak tidur . sekian . Assalamualaikum :)

Thursday, November 10, 2011

FREE MOVIEEE ! HEWHEW


I don't caree, gue mahu nonton Paranormal Activity 3 jugaaaaaaaaaaa !

Nak masuk Universiti ?



IMMA TOP TIER :B
yours? hehe
Picture credit to : Arief Arf

Sunday, November 6, 2011

Selamat Hari Raya AidilAdha

Selamat Hari Raya Aidiladha dari saya kepada semua pengunjung blog ini , semoga sesiapa yang sedang menunaikan fardhu haji dapat melaksanakannya dengan sempurna , sesiapa yang akan menunaikan ibadah korban dapat melaksanakannya mengikut hukum , dan budak-budak yang dia rasa dapat dia akan dapat duit raya , minta maaf . ini raya korban . Hehe .

Okay , selamat bercuti , selamat menjamu selera , dan selamat hari raya ! Assalamualaikum :)

Monday, October 24, 2011

#OctTwtFest Happening !

Hello ! Yeah after sehari event baru nak post kan ? padahal dah beratus orang dah post sejak semalam . Sebenarnya malas , tapi , oleh kerana masa yang ada terbuang , buat juga lah . haha .

Okay, OctTwtFest ? Bagi pengguna twitter sepatutnya tahu . October Twitter Festival . Nak describe pun tak tahu . haha . lebih kurang macam pengguna twitter dikumpulkan pada satu tempat dan berkenalan antara satu sama lain . Haha . Event ini diadakan pada 22 Oct 2011 , di Digi HQ, Shah Alam .

Ada pelbagai aktiviki yang ada dekat sini , board games , guitar hero , PES , live show , karaoke , dan jualan di booth yang ada . Paling penting , tercatat dalam book of records , gath paling ramai participation berjumlah 2600++ . Aku check-in foursquare , terus dapat Epic Swarm . Haha . Itu pengguna 4sq sahaja yang tahu .

Ramai artis yang datang , Lisa Surihani , Imran Ajmain , Dr. Fazley , Amir AF , Maulana AF , Fazura , dan ramai lagi . Semuanya diletakkan pada satu taraf yang sama , tiada VIP atau VVIP . so , sesiapa sahaja boleh bertegur sapa . We're all VIP's . Overall , memang happening , semua sporting ! Rugi sikit sebab kena balik awal . Ingat nak stay sampai malam kan , but nak buat macam mana . :) so lets , picture is worth a thousand words :)






























Haha , enough with the pictures :) ini baru petang . belum malam lagi . dengan goyang inulnya . Haha . yeaa insyaAllah . akan join lagi next TwtUp ! :) Ohh ohh , follow this !

Okbai :D



Friday, October 21, 2011

Alahai .

Kalau taknak cakap taknak . Jangan bagi sejuta alasan . Jangan ingat orang lain bodoh . Jangan nak mulakan .
Nak main api dengan aku , boleh . Tapi ingat ,

Don't play games with someone who can play better ,

Thursday, October 20, 2011

Simple post via Motorola Xoom Tablet

yeah ! for the first time this blog publish the post via tablet . quite awesome y'know ! suka betul gua main touch touch ni . it remind me about the latest acer laptop , Iconia . what's that ? yeah that is the first dual screen laptop with full function of windows .

boleh search sendiri dekat youtube or google or whatever search engine . belum masuk Malaysia lagi . but estimated price is RM 3000 ++. ah pandai pandai lah cari sendiri . haha

Okay i'm still not not used to this qwerty keyboard of this tablet. okay that's all. good bye .

sleep time. night

Wednesday, October 19, 2011

Random Post

Setiap orang mesti ada satu obsession yang kalau boleh, biar benda tu lekat seti pada mereka sepanjang mereka hidup . Aku juga ada , antaranya Bowling.

Aku bermula bermain pada umurku 12 tahun . bermula dari hari itu , minat aku kepada Bowling semakin bertambah . aku masuk kelab Bowling yang ada disekolah . dan bermula dari itu , aku mula bermain bersungguh-sungguh .  Sehingga aku membeli bola sendiri .  Permainan ku semakin baik dan semakin baik . Aku mula berani menyertai kejohanan . Tidaklah sehebat orang lain , tetapi aku puas , melihat semakin hari semakin improved.

Tetapi bermula aku masuk Universiti . Mungkin dengan kerja yang banyak , aku takboleh meluangkan masa untuk bermain . Dan setiap kali aku cuba untuk bermain , jari aku mula sakit . Tak tahu kenapa . Performance aku juga mula menurun . Sehingga semalam . aku cuba untuk bermain , tetapi keadaan jari semakin teruk . Aku cuba repair bola , but yeah . tiga tahun usage . Mesti rosak punyalah .

Sekarang , semangat aku yang dulu dah semakin tiada . sedih itu ada ,  tetapi aku bukanlah seorang yang akan bersedih untuk sesuatu yang remeh . Mungkin aku akan cuba lakukan sesuatu . Bola yang baru mungkin ? teknik yang baru mungkin ? Nanti . Yang pasti aku tidak akan berhenti bermain :)

New Baby Guitar :D


As promised before , ni ada dah video ni :)

Oh , Assalamualaikum ,

 Yeah , sebenarnya guitar ini guitar lama . tetapi telah dihidupkan semula dengan sentuhan baru . Dicatkan dengan warna merah jambu . kenapa ? dont ask me why . I just like it ! :D Dengan sejumlah wang yang bernilai RM45.50 , ini yang terhasil .

Spray Paint - RM6.50
Guitar String - RM24.00
Sticker - RM5.00
Pins , Saddle - RM10.00

Oh oh , String ni tak best sangat , still sakit jari nak tekan, nanti nak try super light punya lah :)




Jangan dipersoalkan kesedapannya, sebab aku tahu memang tak sedap . haha . Saja je nak try this new reborn guitar . Amboi ayat :D record guna D3100 . taktahu kenapa part video dia pergi compress . padahal widescreen . 40 kali convert tak jadi . -,-

Okay , done with this . bye :)

Monday, October 17, 2011

Miam Cafe , Bukit Jelutong

Wah , blogger ada layout baru lah , boleh tahan ;)

Okay , assalamualaikum . Lama tak update . Alasan utama , Malas :) faham-faham jelah . haha . Actually 2 hari lepas ada buat makan-makan bersama keluarga besar . Yeah , family aku dan 2lagi family saudara atas menyambut makcik aku yang baru sahaja mendapat Phd. baru-baru ini .

Aku nak cerita tentang restoran ini , restoran ini terletak di Bukit Jelutong, nak describe dekat mana tak reti , tapi dia berhampiran dengan tutti frutti . Orang bukit jelutong tahu kot . haha . Bukan murah punya restoran nak cakap awal-awal tetapi taklah semahal hotel 5bintang. boleh imagine ? haha

Restoran yang serba putih dan hiasan dalaman yang cantik telah menarik minat aku . tetapi , don't judge the book by its cover :) makanan sampai tidak mengecewakan , boleh katakan sedap , tetapi ada yang lebih sedap yang aku pernah makan sebelum ini lah :)

Boleh lah cuba pergi sana try makan , tak salah rasanya spend banyak sikit untuk makan kan ? :)


Saturday, October 15, 2011

Bersih Habuk

BERSIH HABUK.
kbye :P

Wednesday, September 28, 2011

Photography Post.



THE TEH SUSU PROJECT .

Thursday, August 25, 2011

Ucapan Bergambar



Monday, August 15, 2011

Random Post .


Yes. ini ada post yang sangat random. Bagaimana ini boleh terhasil ? Ini kerana dah lama aku tak update post yang ber'genre' sebegini dan agak bosan. Walaupun assignment banyak tidak disentuh . Tetap bosan . Peduli pulak . Hahaha .

Okay , start dengan apa. Hidup aku mungkin ? Hidup aku biasa . sama seperti orang lain . Cuma ada satu tabiat yang memang aku suka buat. Berjalan bersendirian . Bukan jalan kosong . tetapi sebagai pemerhati . Aku memang suka perhatikan orang . Corak hidup , cara pergaulan , dan macam-macam lagi . Kadang-kadang di Shopping Centre, dalam kesibukan aku duduk diam di satu sudut . Sama juga di taman. Di kala petang , orang sedang beriadah aku duduk diam menonton aksi mereka . Okay cukup dengan itu .

Orang kata aku friendly sangat ? Betul kah ? Mungkin . Aku cuma mahu lihat orang disekeliling aku tersenyum . Aku akan cuba unutk membuat mereka terhibur walaupun aku mungkin akan memalukan diri sendiri . Tak banyak . Aku mesra dengan semua orang . Bukan setakat para pelajar . Pakcik cleaner, makcik cleaner, makcik foodcourt, Nurse unit kesihatan, apa lagi . sebahagian staff yang pernah aku kenal . Tak kenal usia .

Cerita lain , sewaktu aku didalam suatu program . Pada hari terakhir, aku bertanya kepada ahli kumpulan yang lain ' Siapa percaya aku anak sulung '. Dan tepat jangkaan aku . tiada siapa yang percaya. Kerana aku berperangai seperti budak-budak yang tidak cukup umur , tak serious , tak bertanggungjawab. Tapi jangan lupa . aku boleh juga berperangai seperti orang dewasa. Lebih serious dan bertanggungjawab . "Itu semua permainan" ayat yang aku selalu ungkapkan .

Hanya orang yang betul rapat dengan aku , adik-beradik yang pernah tengok aku menangis . Dan hanya mereka juga yang pernah tengok aku marah . Bukan marah biasa . Mengamuk punya marah . Haha . Dan orang biasa hanya boleh tengok aku gembira segembiranya. :) susah juga hidup pendam macam-macam ni . Haha :)

Sekian sudah entry random ini , Selamat pagi . Sahur dulu okay ? :)

My Heart's A Stereo .


...Ooo ...Ooo ...Ooo ...

Sunday, August 14, 2011

Next To You ,

You’ve got that smile,
That only heaven can make.
I pray to God everyday,
That you keep that smile.

Yeah, you are my dream,
There’s not a thing I won’t do.
I’ll give my life up for you,
Cos you are my dream.

And baby, everything that I have is yours,
You will never go cold or hungry.
I’ll be there when you’re insecure,
Let you know that you’re always lovely.
Girl, cos you are the only thing that I got right now

One day when the sky is falling,
I’ll be standing right next to you,
Right next to you.
Nothing will ever come between us,
I’ll be standing right next to you,
Right next to you.

You had my child,
You make my life complete.
Just to have your eyes on little me,
That’d be mine forever.

And baby, everything that I have is yours
You will never go cold or hungry
I’ll be there when you’re insecure
Let you know that you’re always lovely
Girl, cos you are the only thing that I got right now

One day when the sky is falling,
I’ll be standing right next to you,
Right next to you.
Nothing will ever come between us,
I’ll be standing right next to you,
Right next to you.

We’re made for one another
Me and you
And I have no fear
I know we’ll make it through

One day when the sky is falling
I’ll be standing right next to you

One day when the sky is falling,
I’ll be standing right next to you,
Right next to you.
Nothing will ever come between us,
I’ll be standing right next to you,
Right next to you.

Stand by my side
When the sky falls
Oh baby
I’ll be there

You’ve got that smile,
That only heaven can make.
I pray to God everyday,
To keep you forever.

Erm . No Topic Posted.

I Just Miss Her .
take me back if I have gone too far .
correct me if I am wrong.

i need reality, not fantasy.

Thursday, August 11, 2011

Aku Perlu.

Aku perlu , untuk selesaikan semua ini.
Silibus yang semakin menghimpit diri.
Boleh atau tidak, itu bukan persoalan.
tetapi cabaran.

Kau tak tahu, kau belajar.
Kau tak faham, kau bertanya.
Kau bukan bodoh, cuma kurang pandai.

Aku perlu, perbaiki semua ini.
Masa semakin suntuk.
Dia cemburukan aku.

Ingat ibu, ingat bapa.
Penat lelah mereka,
Memberikan keselesaan hidup.

Ingat orang yang tersayang.
Setia memberi nasihat.
Tak henti-henti.

Fikirkanlah Ariff.

Wednesday, August 10, 2011

Karma ,

Biar kau tahu , aku bukan boneka,
Akulah aku , aku bukan boneka,
Kini kau tahu , lewat hariku,

Dan karma kan mengambil tempat,
Menjemput kau buatku.

- Karma, Faizal Tahir

Seorang.


Berseorangan ? Ya , itu yang terbaik .
Bukan mahu menjauhkan diri,
tetapi untuk menjernihkan keadaan.

Sepertimana aku cakap dahulu.
Aku ada perasaan.
Tetapi mungkin aku yang terlebih.
Aku faham kau, aku faham.
Aku pernah merasainya dulu.

Assalamualaikum,

Tuesday, August 9, 2011

Old Memo .

Found in my Blackberry Notes , 2010

I like her, very much, very much,
I want to see her everyday,
I want to talk to her every second,
I want her to be mine.

But I know, it will never happened,
I'm just her friend, like others,
Nothing special in her eyes,
I know, I can see that, all that.

I like her since the first time I saw,
She's pretty, nice and kind,
I try to approah her, and keep trying,
Because I didn't want to lose her.

How nice if her can read this, but never.
She'll never know about this.

There are 3 words that i wish to tell,
"Saya Suka Awak"


Monday, August 8, 2011

Aku . Tetap.

Aku manusia biasa,
Tak lepas dari kesilapan. Itu biasa.
Kerana itu lumrah.

Aku lelaki , tetapi ada perasaan.
Marah, sedih, dengki, cemburu.
Semua ada.

Hidup ini memang susah.
Puaskan hati semua orang?
Tak boleh jawapannya.

Kadang-kadang, aku rasa bersalah.
Untuk kebahagiaan aku, orang lain menangis.
Tetapi , sampai bila aku perlu mengalah?

Dalam hati, aku seorang yang tahu.
Aku baca, aku teliti satu persatu.
Ternyata masih lagi ada rasa.

Aku cuba, senyum, tawa.
Pendam semuanya seorang diri.
Aku dah biasa, biasa.

Kalau aku menjerit perlukan seseorang.
Siapa? keluarga yang akan datang.
Selain itu? Tiada.

Aku perlukan seseorang.
Siapa yang mahu?
Datang kepadaku.

------------- Tiada.


Monday, August 1, 2011

Ramadhan 2011

ehsan gambar :http://haffizmohdnoor.blogspot.com/

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK


Sunday, July 24, 2011

Goodbye Shah Alam ,

GOODBYE :)
alaa , raya nanti balik juga . HAHA

saya suka awak .

Friday, July 22, 2011

Pengembaraan Bermula (Part 2)

Sambungan daripada Pengembaraan Bermula (Part 1) .
17 Julai 2011

Balik daripada Explorace yang sangat memenatkan itu, rehat sekejap , hilangkan rasa sengal kaki tangan pinggang leher . Makan malam dan seterusnya ceramah tentang pengurusan . Sejujurnya tak banyak input aku dapat kerana allergic menguasai diri . So kurang selesa . sampai lah tidur . Mandi sekali je sehari . Terbaiklah . haha .

18 Julai 2011

Hari ketiga , Program hari ini adalah ceramah tentang kewangan , dan sejujurnya lagi aku tak faham sangat . Haha :D Dan selepas itu , simulasi permohonan aktiviti . Sejujurnya memang susah nak buat dalam masa satu hari . Aku buat dulu pun dah tahap koyak kertas . Punya tension . Tgk gambar jelah okay :) berapa jam nak setelkan . dari pagi sampai malam . haha

Tekun buat kerja ..

Aku lagi tekun . Hahaha

Makan je kerja -,-

Check file . haha

Selesai semua itu , sebilangan kami bermain kereta api . Ini tak payah cerita lah . Its just a game actually . Kita boleh nak fikir logik kalau keadaan sebenar :) Then bersalaman memandangkan malam terakhir disitu . Minta maaf , menangis sana-sini . Haha . Balik dorm, kemas segala barang . Esok pagi terus angkat je . Haha.

19 Julai 2011

Okay, ini adalah penghujung hari . seperti biasa , dulu kena paksa , bila nak kena balik , rasa sedih pulak . Aku sendiri pelik . Haha . biasa lah tu . :) Hari ini tiada acara formal . cuma lawatan pusing satu Fruit Farm ni .



Selepas itu , acara kemuncak selain makan tengah hari dan sebelum balik ke destinasi masing-masing . Melantak durian . Haha, jap aku sertakan satu gambar lagi :D

Haa , agak-agak puas hati tak dapat banyak tu makan durian ? :D Semua tu free okay , Terima Kasih kepada Melaka Tropical Fruit Farm . :) After that , semua bawa turun beg , susun dalam bas , dan bertolak .

Huh , what a meaningful experience . lama aku tak pergi program macam ini sebenarnya :)

Sekian ..

Thursday, July 21, 2011

Pengembaraan Bermula (Part 1)

Mungkin entry ini agak panjang . 4 Hari punya program yang dikenali sebagai KPO. Kursus Kepimpinan organisasi . Blog ini sebagai diari untuk jadikan bahan bacaan masa hadapan . haha :)

16 Julai 2011

Seawal 8.30 pagi bertolak daripada UiTM Pulau Pinang dan sampai di Melaka Tropical Fruit Farm lebih kurang 4.30 petang . Aku pergi dalam keadaan terpaksa kerana cuti terpaksa dikorbankan selama 4 hari . Tak banyak aktiviti yang dibuat pada hari itu . Cuma berkenalan dan sedikit aktiviti ringan . Diasingkan mengikut kumpulan yang telah ditetapkan dan dorm masing-masing .

17 Julai 2011

1st Briefing

Bangun seawal 6.00 pagi untuk solat berjemaah bersama-sama . Setelah selesai minum pagi , aktiviti Explorace dimulakan . Aku mula berasa sedikit seronok . Kami semua dihantar ke Stadium Hang jebat sebagai checkpoint pertama. Kami diminta untuk mengira kerusi di tingkat 5, row pertama, dan mencari klu disemua tempat duduk stadium .

Tengoklah macam mana nak cari -,-

Boleh bayangkan lah sebesar stadium itu , nak cari kad yang besar sikit dari IC. Memang pedih haha . Setelah lebih kurang sejam disitu , tugas selesai . Kami diminta untuk ke Taman Botanikal Melaka yang sejauh 10km tanpa dibekalkan kenderaan , terpaksa juga kami membayar bas UiTM yang masih berasa disitu .

Okay , Rehat jap . Muka kepenatan haha


Sampai di sana , Kami diminta untuk Melukis poster berasaskan tanah liat, daun kering , dan ranting kayu . Tak rupa poster dah . Haha . Berjaya lagi . Setelah itu , kami diminta pula ke Taman Tasik Melaka . Oh , disini yang memakan masa yang sangat lama , Tersesat . Hampir 2 jam berjalan tanpa arah tujuan . Letih jangan tanya lah . Nak pengsan . Haha . Sebenarnya tempat tu hanya 1km dari Taman Botanikal . Sangat geram haha .

Haha, muka sorang2 :D

Sampai disana , setiap kumpulan perlu singkirkan dua peserta , aku volunteer kerana kaki terseliuh , susah nak berjalan . perit . Haha . Seterusnya, UiTM Bandaraya Melaka . Disitu tugas agak senang , kami diminta menangkap gambar seolah sedang menampung tulisan UiTM itu . Berjaya . Terus ke bangunan Stadhuys. Kami diminta untuk menjual Jeruk dengan harga minimum RM6 . Haha , memang Foreigner la target . Selesai lagi .

Haha , Ada lagi satu tugas sebelum berakhir . Kami diminta untuk menyanyikan lagu 'Standing In The Eyes' bersama Foreigner . Haha , ini paling best . dapat pula yang sporting . Thanks dude!



Haha , Last check point . Dataran Pahlawan . Lega bila sampai disana . Penat menjadi hilang serta merta . Walaupun tak menang , tetapi boleh habiskan semua task yang diberikan . itu yang kami bangga . Good job :)



Bersambung..

Saturday, July 9, 2011

Life ;

When I was a kid, I didn't have a laptop, iPod, Blackberry, PS3, Wifi or designer clothes. I played outside with friends, bruised my knees, made up stories and played hide and seek. I ate what my mom made, and would think twice before I say "no" to my parents! Life wasn't hard, it was good & I survived.
-Facebook

Siapa kata hidup susah? Senang je sebenarnya. Yang jadikan susah itu kita sendiri. Bak kata orang 'Buat Teruk'. Yang susah-susah pergi susahkan diri tu kenapa? Pening tak? haha.

Okay, aku tak salahkan sikap manusia 100% sebab mereka boleh berubah mengikut persekitaran, keadaan sekeliling, dan peredaran masa. Cuba baca Quote atas itu , memang dulu semasa aku kecil tiada semua itu. Aku belajar internet pun darjah 5 kalau tak silap. Laptop, iPod, Blackberry tu jangan tanya lah. Sekarang baru ada, PS3 sampai sekarang tak pernah sentuh. Tapi boleh lihat, adik aku sendiri. Darjah 1 ada semuanya.

Tetapi semua itu, aku gantikan dengan bermain dengan rakan-rakan sebaya diluar. Panjat pokok, baling selipar, guli, longkang, kejar-mengejar, sorok-sorok dan macam-macam lagi.
Gembira lebih daripada apa yang aku ada sekarang. Tak sama bermain laptop dengan kejar mengejar, menghadap blackberry dengan hadap longkang tunggu berudu. Tak sama.

Bila hidup semakin dewasa, aku mula untuk bertindak dewasa. Mula melihat sekeliling dengan kesibukan, rushing sana-sini, kecewa. Aku mula disuntik dengan keadaan seperti itu. Tetapi aku tetap rasakan yang zaman kanak-kanak adalah zaman yang paling relax. Mungkin ini adalah satu sebab kenapa aku kadang-kadang berkelakuan seperti kanak-kanak.

Kesusahan dalam kehidupan itu perlu. Kenapa? Kerana untuk hadirkan kemanisan apabila kita mencapai kejayaan. Faham? Haha. Okay, apa beza kita dapat duit 1Juta orang bagi dengan dapat duit 1Juta daripada hasil kerja keras sendiri? Mau tak luak pun duit tu. Haha.

Sebenarnya tiada apa yang senang dalam hidup ini. Apa yang aku maksudkan adalah, lalui dengan tenang. Ikut rentak. Agak-agak terkeluar landasan, cuba masuk balik. Jangan tersasar jauh.

Pesanan dari ayah, " Belajar memang susah, baru semester3 dah pening susahlah. Semester5 dah pitam, Degree tumbang terus. Haha, tu belum kerja lagi, macam mana ? "

Betul lah tu, So first thing aku kena buat, Masuk dalam flow study balik, aku dah kelaut ni. 2 test dah jahanam. Sakit haha

Biasalah hidup. Nak senang masuk MLM ah. HAHA



Tuesday, July 5, 2011

He and She ,

he saw you
he met you
he wanted you
he liked you
he chased you
he got you
he had you
he loved you
he got bored
he left.

she seen you
she desired you
she bump into you
she gained you
she adored you
she followed you
she fancied you
she loved you
she got bored
she see other man
she abandoned you.

see ? what's the difference ?

Wednesday, June 29, 2011

Happy Birthday To Me !


HAPPY BIRTHDAY TO ME !
*okay get back to work :)

Saturday, June 25, 2011

Juara Maharaja Lawak 2011 - SEPAH


SEPAH MENANG . OKBAI

Sunday, May 29, 2011

Post Ringkas :)

Hari ini merupakan hari terakhir aku berada di Shah Alam sebelum aku pergi ke Pulau Pinang untuk memulakna semester yang baru . Ya , bukan lah sesuatu yang sedih pun . Cuma ada sayu untuk tinggalkan rumah yang segala lengkap ini . Segala riang tawa , sedih hiba akan aku tinggalkan buat sementara waktu .

Bagi aku yang tidak pernah berjauhan dengan keluarga memang agak sukar . Lebih-lebih lagi semester ini aku mula duduk diluar , tiada dijaga lagi oleh pihak Universiti . Bermakna aku perlu hidup berdikari . Bukan senang , tapi orang lain boleh kan ?

Sedih memang sedih , gembira dicampurkan dalam perasaan setiap kali aku meninggalkan tempat aku membesar ini walaupun buat sementara waktu . Melihat wajah ibu bapa yang riang , walaupun aku tahu , mereka juga merasai kehilangan . Mana taknya , jika aku ada , aku lah selalu akan menghantar adik dan mengambil adik pulang kesekolah , membeli barangan dapur . Sulung kan :)

Dengan harapan mereka mengharapkan aku berjaya . Aku bawa setiap kali aku keluar sendirian . Walaupun aku tidak mengharapkan dekan , kerana aku bukan seorang yang secemerlang itu . Tetapi aku akan pastikan mereka tidak akan kecewa . Doakan aku .

Saja buat touching sikit . HAHA :'D

Tuesday, May 24, 2011

Back To LIFE .

UiTM Permatang Pauh , Pulau Pinang . 3rd Semester .

5 Days more to go .

Sunday, May 22, 2011

Blogger : Hanem So :)

Haha , for the really first time aku bercerita tentang orang yang spesifik dalam blog ni . And orang itu adalah Hanem So . Unik kan nickname dia ? haha :D Aku dengan dia ? tiada apa-apa cuma kawan . Ayat tak tahan tu . haha . Apa-apa pun mesti nak tengok rupa dia macam mana kan ?

Dah tengok ? kepada lelaki jangan tergoda . Dia ada boyfriend .
apa-apa jadi aku tak bertanggungjawab . Haha .

Yeaa , she is one of my cyber friends . But dah jadi real friend sebab dah meet up kan ? So no more virtual between us . haha . She's nice . First time jumpa dekat tempat kerja dia , Kenny Rogers . Dah alang-alang makan sekali kan . :D Resit pun still tersimpan lagi . Sweet tak ? kannnn ! haha . Then jumpa lagi for the second time dekat tempat sama . Yela mana lagi kan ? Dia kerja sana . apa boleh buat . haha .

Time raya , aku decide nak pergi beraya rumah dia . Berani mati jugak lah . Apa nak jawab dekat ayah dia ? Kawan sekolah ? Kawan kerja jauh sekali . Diam-diam jela . Haha . Parents dia pun sangat ramah . Padanlah anak pun macam tu kan ? haha . I like her family , happening . Sesat segala bagai nak pergi rumah dia , Ayah dia juga yang tolong bagi direction . Sampai jugak lahh kann .

Pening nak hurai panjang-panjang . Nak tahu characteristic ? Be friend with her :) aku pun sampai boleh tersuka sekejap dengan dia ni . Haha :P Eh , nak tengok tak sweet aku ? haha

Nampak nama dia ? real ni ! haha

So , 1 hope that kita kawan till the end of the world lah kann , :) Selagi jasad dikandung badan . Apa la aku merepek malam-malam ni . -__- Siapa kata facebook takboleh cari kawan ? :) Blog dia boleh tekan link nama di atas :) Sekiann .

Bila Dah Bercinta , Macam-macam hal .

Assalamualaikum,

Siapa yang tak pernah melalui perkara ni ? Jarang lah kita boleh dengar aku tak pernah couple ni . Paling tak pun suka sama suka . mesti ada even sekejap . Aku pun sama . Pernah lalui semua ni . So bila aku buat post ni , aku tak bolehlah sound aku main hembus tapi tak pernah rasa or lalui pun . kan kan ? :)

Suasana couple memang indah kan . Kalau boleh 24 jam nak melekat . jalan sana-sini sampai tak ingat dunia . Sebab tu orang selalu cakap , kalau dah bercinta , memang tak ingat dunia . haha . Aku lama dah tak berkecimpung dalam benda-benda ni semua . Tapi aku ramai kawan yang still couple . Soo , gelagat yang pelbagai ni dah bosan aku tengok . haha . Tapi aku nak cerita yang agak negatif sikit . sapa nak dengar yang positif kan ? haha . :)

1. Bergaduh sebab Facebook.

Paling ramai lah ni . Apa lah masalahnya . aku tahu la semua orang ada facebook kan . Aku tengok si lelaki jealous kalau si perempuan ni sembang dengan lelaki lain . Kalau boleh semua dia nak kacau . Macam tu jugak lah sebaliknya . Lepas tu update status nak maki-maki . Apabenda ? Deactivate jela facebook tu -,-

2. Bila dah gaduh , sibuk nak jealouskan pasangan.

Ni satu hal , apa ke bodoh sangat ? Dah takde kerja lain nak buat ? Ni belum break lagi , baru gaduh dah sibuk nak cari pasangan lain kononnya nak lupakan masa lalu . Padahal dalam hati nak bagi jealous . Tak fikir ke orang lain punya perasaan ? Baiklah cari jalan nak berbaik semula . kan ?

3. Tak bagi berkawan.

Ini aku paling pantang la . Aku nak tanya , sejak bila bernikah ni ? Tak payah nikah laa . Tunang pun belum . Jap , tak payah tunang , Parents pun tak tahu lagi ! So logik tak ? yang si perempuan pulak Lurus sangat pergi ikut cakap . Konon sayang sangat lah . Lepas kena tinggal , baru terhegeh nak cari kawan . Macam itu ke cik kak ?

Rasanya 3 cukuplah . aku bukan nak hurai panjang-panjang . Nak lebih-lebih pandai lah observe sendiri . okay :) Sekian . Ingatlah , baru je couple , belum ada ikatan apa-apa . Lain lah dah kahwin . nak buat apa-apa pun orang tak kisah .

Friday, May 20, 2011

T-Shirt Geng Blogger Crew !

Tudiaa aihh ! dah keluarr :D

Baje blogger dah keluar . Design dia boleh tahann . Beli lah satu , Pakai ramai-ramai :D
Harga murah , Sehelai RM25 Termasuk kos penghantaran !
Saiz pun banyak dari XS sampai la XXXL .
Tarikh Order 20Mei sampai 31Mei Sahaja !

Untuk Keterangan Lanjut : KLIK SINI

Meh sambar ramai-ramai ! haha

Tuesday, May 17, 2011

Review : BlackBerry 9900 / 9930

Aduhai , aku tengok dah tension . belum beli lagi . Haha . Blackberry 9900 . Keluaran baru yang Menggabungkan Touchscreen dan Qwerty Keypad . Masih belum announce dekat Malaysia . Agak-agak bila tu ? Itu yang kita tak tahu . Bentuk seakan Bold 9000 , ciri seakan Bold 9780 tapi upgrade sikit . Haha . OS7 pun sekali harung keluar dengan Blackberry ni , aku punya boleh sampai OS5 je . Sedih jugak lah kan . Haha .

Processor 1.2GHz yang lebih tinggi dari Blackberry Torch , dekat dua kali ganda . 8GB internal . Boleh record HD video . Ada Accelerometer . So boleh shake-shake ni confirm . Haha . Yang lain-lain lebih kurang sama je Spec dengan Bold 3 . :)

So , Kumpul lah duit , sila lah sambar. ! haha :D

Target sekarang , still Bold 3 . Sabar , akan ku upgrade BB ini . hehe :D

Monday, May 9, 2011

That Should Be Me ,

That should be me , holding your hand
That should be me , making you laugh
That should be me , this is so sad
That should be me , that should be me
That should be me , feelin' your kiss
That should be me , buying you gifts
This is so wrong , i cant go on
Till you believe that should be me

Selamat Hari Ibu !

Ha , Hari Ibu semalam ? Biar lah nak post hari ini . :P


Okay bye , mengantuk nak tidur . haha :)

Ayat rempit ? Dah lapuk lah. Ayat English Celup.

Haa, pelik tengok gambar ni ? aku lagi lah . Tapi cubalah search 'celup' dekat Google .

Hari ini , aku dah tengok bersepah blog dah bercerita , memaki , mem'palang' kononnya memang teruk sangat lah bahasa yang digunakan oleh 'mat rempit' ini. Tapi nak lah tanya kan dekat mat rempit luar sana , ada ke kamu semua guna bahasa tu ? Sebentar aku bagi contoh : AwAkSz , aPewW, AdeW . Ada ? aku pun pelik . haha . bari pandangan aku lah kan , lagi elok kalau aku tukar 'Bahasa Rempit' ni kepada 'Bahasa-budak-baru-nak-up' ataupun 'Bahasa-budak-tak-pergi-sekolah' . Lagi elok kot ? haha . Oh one more thing , aku rasa ejaan yang salah . bukan bahasa .

Yang asyik bising tentang ni pun , aku rasa elok cari cermin kan ? haha . Diri sendiri pun sama . Sudahlahh . Kalau nak aku cerita panjang tentang 'Bahasa' ni , boleh search blog lain lah kan . :)

Ini trend sekarang aku pun tak tahu . Ye . aku tahu kita orang Malaysia . Kenapa eh ? Kononnya lah kan , speaking sana-sini . Aku pun kadang-kadang speaking juga . Tapi tak payah la nak bajet speaking sampai habis tunggang langgang ayat kau susun . Sedang asyik aku ber'fb' , keluar satu uploaded picture yang bertulis 'Hangout with ze gurls' . Ya , dah boleh nampak permainan dia . Ze tu menatang apa ? Nak kata tak belajar English , masuk Sunway college , Taylors bagai yang dimana kat sana memang tak tahu speaking , boleh campak laut .

Kalau gurls tu aku malas nak highlight . Pandai la fikir sendiri . Ada lagi perkataan English lain yang konon nya di'style'kan ikut kesesuaian peredaran masa . Katanya lah . Nak listkan , lupa . :D Next time okay . Nak kena buat research dulu . So , nak panggil apa pula kalau guna bahasa ni ? Aku bagi peluang la kepada mat mat diluar sana untuk bagi nama . haha. :D

'Hangout with the girls' bukan susah pun kan ?

*pergi cari cermin besar-besar , tengok diri sendiri dulu . :)

Saturday, May 7, 2011

Love Is ...

Love is when my mum's laughing at my dad unfunny jokes,
Love is when you start confusing with you own feeling,
Love is when you read this and all you think is HER,

Back . But not really . Hahaha :)

Okay , dah berapa lama aku tak update blog ni . rasa malas semakin meninggi dan menebal dalam diri . kemudian ditambah lagi kesibukan yang sangat tidak mengizinkan . Memang pening jugak la dua tiga hari ni kan . Ingat dah habis exam boleh lah rehat sekejap . makin banyak kerja rupanya . Okay laa dari kena exam kan ? haha . Actually aku tak tau nak tulis apa . memang lemah bab-bab nak tulis random tanpa topik ni . takde idea yang nak dicurahkan . Tapi nak update juga . Ini lah jadinya . Haha . Okay , biar ada topik . aku seorang juga yang akan baca pun . cantik ! haha .

Aku blogwalk , jadi silent reader dekat ramai blog . semua buat ucapan Mother's Day . aku pun pening dah bila sebenarnya hari ibu ini. rasanya lepas hari guru atau sebelum . dah tanya semua orang , semua cakap 8th May ini . okay lah dah dapat tahu kan . Boleh buat special entry nanti :)

Apa lagi nak tulis ni , kehidupan semasa cuti sem ? Pekerjaan yang biasa . driver , itu pun memang biasa lah kan bagi orang lain pun. kecuali yang tiada lesen . hahaha :D Tak kisah sangat , aku memang suka driving . Rasa puas hati haha . Nak lepak belum ada mood lagi , rasa nak lepak sorang-sorang dulu . then baru call yang lain . :) sementara malam-malam sebelum tidur , guitar . peneman aku . Kira apa suara sedap ke tak , bukan nak upload kat youtube . Haha .

Comel tak ? hahaha :D

Okay , aku dah penat rasa nak tidur . Selamat malam semua :)